Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, September 29, 2014

Nasruddin tuduh kerajaan DAP Pulau Pinang tiru gaya PAP


Nasruddin tuduh kerajaan DAP Pulau Pinang tiru gaya PAP

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS, Nasrudin Hassan Tantawi  hari ini mengecam kerajaan DAP Pulau Pinang susulan pemecatan ahli majlis mereka kerana kritikannya, serta menuduh parti itu meniru gaya pemerintahan PAP di Singapura.
Nasruddin, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata kesal dengan tindakan pemecatan itu yang dibuat melulu tanpa sebarang surat tunjuk sebab.
“Lebih tragis, tindakan ke atas Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.
“Kelihatan tindakan DAP mutakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu berikutan ucapan kritikal semasa Muktamar PAS minggu lepas.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata tindakan kerajaan negeri itu tidak menggambarkan ciri pemerintahan Islam yang sering digambarkan.
“Kritikan membina dibalas racun tuba sekali gus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan ketua menterinya,” katanya.
Nasrudin berkata, tindakan sedemikian seolah-olah kerajaan negeri menaruh dendam terhadap PAS.
“Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit.”
Nasrudin juga mempersoalkan kerajaan DAP yang bersikap cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik tindakan tersebut.
“Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum? Saya yakin isu yang dibangkitkan Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas,” katanya.
Beliau juga menggesa supaya Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu yang rapat dengan ketua menteri untuk campur tangan dalam isu tersebut.
“Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Iszuree,” katanya.
Iszuree pada 19 September lalu semasa berucap sebagai perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat berucap mengenai mengenai pengusiran penduduk tradisional untuk memberi laluan kepada projek pembangunan baru di negeri ini.
Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.
Beliau ditegur rakannya dalam majlis perbandaran daripada DAP dan PKR yang berkata, kerajaan negeri mempunyai dasar untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang diduduki setinggan, tambahan lagi ada usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas perkara itu.

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung