Nuffnang

Friday, September 26, 2014

AZMIN UMUMKAN BARISAN EXCO SELANGOR YANG BAHARU .. KOMPOSISI 4 PKR 3 PAS 3 DAP.


AZMIN UMUMKAN BARISAN EXCO SELANGOR YANG BAHARU .. KOMPOSISI 4 PKR 3 PAS 3 DAP.



Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan oleh YAB Azmin Ali pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut:

  • Amirudin Shari (PKR) *
  • Daroyah Alwi (PKR)
  • Elizabeth Wong (PKR)
  • Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)*

  • Ean Yong Hian Wah (DAP)
  • Teng Chang Khim (DAP)
  • V Ganabatirau (DAP)

  • Ahmad Yunus Hairi (PAS)
  • Iskandar Abdul Samad (PAS)
  • Zaidy Abdul Talib (PAS)*
* Muka baru

Difahamkan jawatan Timbalan Speaker yang disandang oleh Nik Nazmi akan diberikan kepada ADUN PAS apabila dewan bersidang November ini.

Kira jawatan Exco dan Timbalan Speaker bertukar tangan dari PAS ke PKR begitu sebaliknya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung