Nuffnang

Friday, November 3, 2017

Pura-Pura Tanya Arah Kemudian Rogol Mangsa

 

Pura-Pura Tanya Arah Kemudian Rogol Mangsa


PETALING JAYA: Seorang gadis yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam menjadi mangsa samun dan rogol seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan malam Khamis.
Menurut paparan skrin aplikasi WhatsApp yang tersebar di laman Facebook, mangsa dikatakan berseorangan ketika sedang menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.
Menurut laporan sebuah portal berita, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat dipetik sebagai berkata, suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta.
Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam dan dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian.

i
Antara mesej yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp berhubung insiden itu.
Jelas Shafien, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Selain merogol mangsa, Shafien berkata suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit pelajar wanita itu.
"Mangsa turut dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.
Mangsa dengan dibantu kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam selepas kejadian.
Malah, insiden berkenaan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak malam Khamis.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung