image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/12/19/17/11/nenek.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
BANGKOK: Kehidupan seorang warga emas berusia 66 tahun yang hidupnya dihimpit kemiskinan berubah menjadi hartawan dalam sekelip mata.
Neng Khamjaras dari Tambon Najan di Muang Kalasin seakan tidak percaya apabila mengetahui bahawa dia telah memenangi hadiah utama berupa wang sebanyak sejuta Baht (RM124, 510) melalui cabutan bertuah pada 16 Disember.
Cabtuan bertuah itu diberikan kepada penduduk yang mempunyai pendapatan rendah yang berdaftar dengan skim kebajikan kerajaan.
"Saya tidak pernah menyangka akan memenangi sejuta Baht!" katanya yang masih tidak percaya selepas kerani Jensak Ayarat memaklumkan mengenai perkara itu kepadanya pada Isnin.
"Selepas saya dapat duit itu, saya akan simpan di dalam bank dan buat merit terutamanya untuk adik perempuan yang meninggal dunia dua tahun lalu. Ia adalah satu hasrat yang ingin saya lakukan," katanya.
Neng percaya bahawa kemenangan itu adalah rahmat daripada sikapnya yang gemar membantu orang lain terutamanya mendiang ibu bapanya dan tujuh beradik yang lain.
Wanita itu juga tidak berkahwin dan menjaga anak-anak kepada adik beradiknya yang lain ketika mereka keluar bekerja. - The Nation/Asia News Network
No comments:
Post a Comment