Nuffnang

Tuesday, December 5, 2017

Perghh!!! Tular Pemandu Teksi Onani Hantar Pelajar Ke Sekolah



-foto FB Potcharadech Phongphian
  (Ubah saiz teks)
BEBERAPA keping gambar telah dimuat naik ke Facebook pada Sabtu oleh pengguna Potcharadech Phongphian yang mendakwa seorang pemandu teksi melakukan onani ketika menghantar tiga pelajar perempuan ke sekolah.
Phongphian dalam postingnya yang tular itu berkata salah seorang daripada tiga pelajar itu adalah adik perempuannya yang dalam perjalanan ke sekolah di kawasan Pak Nam di Thailand, dalam kejadian pada Khamis.
Salah seorang daripada mereka berjaya mengambil gambar perbuatan tidak senonoh pemandu itu, sebelum mereka bertindak keluar dari kereta, lapor Sanook.
"Mereka sedar apa yang berlaku dan kecewa dengannya," katanya.
Phongphian berkata walaupun kebanyakan pemandu teksi adalah orang yang baik-baik, sikap buruk yang ditunjukkan oleh pemandu terbabit telah mencetuskan rasa takut dan membahayakan penumpang.
Lebih buruk lagi apabila ia berlaku pada waktu pagi, tidak seperti insiden sama yang biasanya berlaku pada lewat malam melibatkan penumpang wanita.
Posting tersebut menyeru orang ramai untuk berkongsi gambar ini dan mahukan polis menjejaki pemandu itu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung