SEORANG pensyarah dikritik bertindak keterlaluan semasa mengajar pelajarnya tentang 'seks selamat'.
Wanita berkenaan dikecam selepas menunjukkan sendiri cara untuk menyarungkan kondom dengan mulut.
Rakaman video wanita itu berlutut dan memasukkan kondom pada kemaluan plastik yang dipegang oleh seorang lelaki telah menimbulkan kemarahan selepas ia tular di Brazil.
Ketika demonstrasi itu dilakukan, rakan-rakan sekelasnya dilihat bergelak-ketawa dan ada yang menjerit.
Ia dipercayai telah dirakamkan di sebuah universiti di Bahia, timur laut negara Amerika Selatan, tetapi belum disahkan.
Tiada seorang pun di dalam kelas itu kelihatan sangat terkejut ketika wanita berambut gelap itu memberikan 'tunjuk ajar'.
Paparan skrin video dari Youtube.
Ahli-ahli politik Brazil turut mengkritik apa yang mereka lakukan.
Ahli Parlimen negara untuk Rio de Janeiro sejak tahun 2003, Flavio Bolsonaro menulis tweet apabila rakaman itu tersebar di negara Amerika Selatan: "Patutkah guru berpura-pura (melakukan perbuatan seks) supaya dia boleh meletakkan kondom?."
Rakaman ini bermula dengan wanita kontroversi itu berkata 'Saya akan buat demonstrasi praktikal untuk anda' sambil memegang kondom ketika sekumpulan remaja lelaki dan perempuan berkumpul.
Penduduk tempatan Rafael Esteves menulis di media sosial: "Tahniah kepada guru itu. Mengajar gadis bagaimana untuk tidak mendapat penyakit kelamin."
Seorang lagi menulis: "Hanya di Brazil perkara-perkara seperti ini boleh berlaku. Bagi saya ini kurang menghormati pendidikan dan masyarakat. Sekolah dan universiti harus menjadi tempat di mana mata pelajaran seperti matematik dan bahasa Portugis diajar, bukan perkara bodoh ini." -
No comments:
Post a Comment