Nuffnang

Friday, December 29, 2017

Perghh!!Kantoi! Hotel Di China Cuci Cawan Guna Berus Tandas


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/12/28/14/12/cuci.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
 

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/12/28/cuci-cawan-guna-berus-tandas/#AVycRFF3w6oGfZPi.99

TIGA hotel terkenal di timur laut China gagal dari aspek kebersihan asas selepas kakitangan pembersihannya dirakam menggunakan berus cuci tandas untuk mencuci cawan dan pinggan mangkuk, media negara itu melaporkan.

Pengawas perbandaran bagi kebersihan, pelancongan, makanan dan keselamatan dadah di Harbin, wilayah Heilongjiang mengesahkan penyiasat membuat kesimpulan bahawa rakaman yang dikeluarkan oleh Video Pear pada Selasa adalah asli dan hotel-hotel tersebut telah diberi amaran untuk memastikan ia tidak berulang lagi.

Menurut Beijing Youth Daily, tukang cuci di tiga hotel di bandar itu - Sheraton, Shangri-La dan Kempinski telah dirakamkan melanggar proses standard pembersihan hotel untuk bilik tetamu.

Pekerja pembersihan di Shangri-La dan Kempinski telah dirakamkan mencuci cawan bilik dengan berus tandas. Mereka juga membasuh tuala di tandas sebelum menggunakannya untuk membersihkan lantai.

Sementara itu tukang cuci di Sheraton pula telah dirakam menggunakan berus yang sama untuk membersihkan besen air dan tandas.

Pekerja di ketiga-tiga hotel itu telah mengadu mengenai beban kerja mereka yang berat, menurut laporan itu.

Video itu diambil dengan kamera tersembunyi oleh seorang wartawan Pear Video yang bekerja di hotel-hotel tersebut sebagai pelatih.

Harga bilik di ketiga-tiga hotel itu untuk satu malam adalah antara 700yuan hingga 2,700 yuan (AS$105 hingga AS$ 410).

Selepas pemeriksaan bersama, pihak berkuasa bandar telah mengesahkan kesahihan laporan itu dan mengarahkan tiga hotel tersebut untuk menangani masalah ini.

Hotel-hotel lima bintang Beijing telah melancarkan siasatan ke atas tuduhan cadar kotor.

Menurut laporan, mereka juga didenda tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Akaun media sosial rasmi Kempinski Harbin melahirkan rasa kesal atas kejadian itu dan berjanji akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkannya daripada berlaku lagi.

Shangri-La Harbin dalam satu kenyataan berkata ia telah memulakan siasatan dalaman.

"Jika apa yang ditunjukkan dalam video itu terbukti benar, ia adalah satu pelanggaran serius standard kebersihan kami dan ia tidak dapat diterima," katanya sambil menambah hotel itu juga akan meningkatkan pemantauan kerja dan latihan kakitangan.

"Pada masa yang sama, kami juga akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membolehkan semua langkah kebersihan dapat dilaksanakan."
Baca lebih lanjut di 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung