Isu terbaru yang hangat diperkatakan adalah kenaikan harga lesen kereta (kelas D) dan motosikal (kelas B2) yang khabarnya dinaikkan bermula 14 Julai 2014 berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang telah dinaiktaraf oleh JPJ.
Jika kenaikan harga itu sahih, bermakna harga lesen untuk kereta (kelas D) meningkat dari RM1300 ke RM2000 manakala harga lesen motosikal (kelas B2) meningkat dari RM600 ke RM1050. Kenaikan ini terlalu tinggi dan sukar diterima, malah mungkin menyebabkan lebih ramai rakyat yang rela tidak membuat lesen memandu.
Apa pun kita nantikan penjelasan oleh Menteri Pengangkutan baru, Dato' Seri Liow Tiong Lai esok.
No comments:
Post a Comment