Nuffnang

Tuesday, July 24, 2018

Perghh !!! Ronaldo hilang sabar ditanya soalan sensitif!


Ronaldo hilang sabar ditanya soalan sensitif!


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/07/23/21/21/cristiano%20ronaldo%201.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
PEMAIN bola sepak Cristiano Ronaldo berdepan saat kekok semasa menghadiri program bual bicara di China apabila diajukan soalan oleh hos Gao Xiaosong untuk Youku TV.
Memetik laporan GB Times, Ronaldo melawat Beijing selama dua hari pada Khamis lalu.
Selepas temu bual tersebut, seorang jurubahasa diminta untuk menterjemah video temu bual antara Ronaldo dan pembantunya, mengumumkan di Weibo iaitu platform media sosial ala Twitter di China bahawa Ronaldo hilang sabar dan memendekkan sesi tersebut.
Ronaldo dan pihak yang mengiringinya turut menyumpah dalam bahasa Portugis.
"Cristiano Ronaldo hilang sabar, terutama selepas Gao Xiaosong bertanya tentang perancangan persaraannya.
"Ronaldo berasa dia berada di puncak kerjayanya dan perbincangan mengenai persaraan itu dianggap terlalu awal dan dia meminta pembantunya mengakhiri temu bual itu dengan segera," dedah penterjemah itu di media sosial.


Ronaldo ke Beijing atas kerjasama bersama Nike. - Instagram? @Cristiano
Katanya, ketika masa untuk temu bual itu sudah tamat, Gao bertegas untuk bertanya soalan terakhir yang membuatkan Ronaldo dan ahli pasukannya menyumpah dalam bahasa Portugis.
Penterjemah itu turut mencadangkan agar Youku mengambil pengacara wanita yang cantik untuk mengendalikan temu bual itu kerana dia mendapati wajah Gao tidak menarik.
Gao yang cukup dikenali oleh golongan muda di China turut memberikan reaksi di Weibo.
"Penterjemah ini agak tidak profesional," katanya.
Gao.
Tambah Gao, Ronaldo tiba lewat sejam daripada waktu yang dijadualkan sebelum pasukannya memotong tempoh temu bual menjadi 31 minit, walhal sesi yang ditetapkan adalah selama 45 minit.
Berkenaan soalan tentang persaraan Ronaldo pula, Gao berkata bahawa pemain berusia 33 tahun itu telah menjawab soalan sama yang diajukan oleh media barat.
Gao menegaskan bahawa soalan itu termasuk dalam senarai soalan yang akan ditanya dan sudah dipersetujui oleh pasukan Ronaldo.
Pengacara tersebut mendakwa pihak Ronaldo yang mungkin mempunyai masalah kerana sebelum ini Gao pernah menemubual orang popular lain termasuk Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, bilionair Bill Gates dan Presiden Ireland tanpa sebarang masalah.
Menurut Gao, siaran temu bual itu terpaksa ditunda berikutan kejadian tersebut.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung