Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, December 31, 2009

Setahun Sudah Berlalu


Salam Sejahtera,

Setahun sudah berlalu ,
Usia ku setahun bertambah
Adakah amalan ku bertambah.
Setahun sudah berlalu
Januari muncul kembali
Bagaikan kehangatan semalam

Setahun sudah berlalu
Ubanku makin bertambah
Rambutku semakin memutih

Setahun sudah berlalu
Jari jemari ku dulu halus
Kini telah kasar

Setahun sudah berlalu
Kulit ku dulu halus dan cantik
Kini semakin mengendur
Diakhir lembaran tahun masihi ini
Ku pohon darimu Ya Allah
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lalu...wassalam


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, December 30, 2009

REFORMASI KEWANGAN

Salam sejahtera.

KRISIS kewangan global berkemungkinan telah mencetuskan gesaan terhadap pasaran dan kerajaan untuk mengetatkan lagi peraturan, tetapi setahun selepas krisis kredit berlaku, usaha reformasi kelihatan masih jauh lagi. Sebagai golongan marhain kita perlu bersedia dalam menghadapi hari yang mendatang. Krisis kewangan yang paling bijak ditangani oleh Islam telah dihuraikan dalam surah Yusuf.

Al-Quran surah "Yusuf" ayat 43 sehingga ayat 48 :

ayat 43 .Raja berkata {kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya}: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir {gandum} yang hijau dan tujuh butir lainnya yang kering. Hai orang-orang yang terkemuka, terangkanlah kepadaku tentang takbir mimpiku itu, jika kamu dapat menakbirkan mimpi.

"ayat 44.~ Mrk menjawab: "{Itu} adalah mimpi-mimpi yang kosong dan kami sesekali tidak tahu menakbirkan mimpi".

ayat 45.~ Dan berkatalah orang yang selamat di antara mrk berdua dan teringat {kepada Yusuf} sesudah beberapa waktu lamanya; "Aku akan memberitakan kepadamu tentang {orang yang pandai} menakbirkan mimpi itu, maka utuslah aku {kepadanya} ".

ayat 4 6.~ {Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf ia berseru}: " Yusuf, hai orang yang sgt dpt dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir {gandum} yang hijau dan {tujuh} lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mrk mengetahuinya".

ayat 47.~ Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun {lamanya} sebagaimana biasa maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di butirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.

ayat 48.~ Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya {tahun sulit} kecuali sedikit dari {benih gandum} yang kamu simpan.

ayat 49.~ Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan {dengan cukup} dan di masa mrk memeras anggur"


Ternyata Islam telah mengajar kita mengenai berjimat cermat . Al Quran diturunkan kepada kita sebagai rujukan dan “ hidayah” kepada kita semenjak 1431 tahun yang lalu. Apa yang perlu , hanya kita saja perihatin dan merancang kehidupan dalam konteks kewangan hadapan.

Krisis kewangan Global telah memberi pengajaran kepada kita.
krisis kewangan global 1984-89/90 , krisis kewangan asia 1997/98 -spekulasi mata wang dan IMF , krisis 9/11 yang menjurus menjunam pasaran 2001
Krisis global pasaran dunia bagi tahun 2008 pasaran yang junam merudum dengan banyaknya kilang dan syarikat swasta ditutup.

Tahun 2010 dengan ada nya Perjanjian AFTA dengan Negara luar.. banyak kesimpulan dan ulasan yang tak terurai disini. Apa yang perlu adalah kita perlu bijak menabung dari sekarang. Sama ada menabung di Tabung Haji atau membeli emas sebagai pelaburan..Pelaburan emas dikatakan amat menarik dewasa ini. Tapi jangan lupa habuan kita di akhirat nanti. Yang penting Niat. mahu Iklas bro... Wassalam .

" Zakat Di dahulukan, Asnaf diUtamakan"



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, December 28, 2009

Maslahah Umum Di Utamakan



Salam Sejahtera.

Satu Cerita di Zaman Khalifah Saidina Omar B Abdul Khatab.

Pada satu malam beliau keluar meronda, dan mendengar suara menyanyi dengan nyayian yang mencurigakan , perempuan itu bercita-cita hendak meminum arak atau dapat bersama dengan Nassar B Hajjaj, sama ada keinginannya itu benar-benar,atau sekadar berhubur dengan kata-kata yang mengasyikkan dan tanpa tujuan lain.

Ekoran peristiwa itu , Ke esokan harinya Saidina Omar memerintahkan supaya Nassar B Hajjaj datang menemuinya, tiba-tiba dihadapannya seorang pemuda tanpan dan rambutnya cantik ikal mayang, lalu beliau memerintahkan supaya dicukur rambutnya, akan tetapi ketampanannya makin bertambah berseri. Umar menyuruh supaya pemuda itu dibalut serban, namun didapati lebih tampan lagi wajahnya, maka beliau mengambil keputusan membuang daerah ke Basrah, kerana takut mempersonakan wanita, dan menimbulkan fitnah.

Kesimpulanya cerita di atas bagaimana seorang khalifah menyelesaikan masalah , walaupun pemuda tersebut tidak melakukan kesalahan, kerana seorang khalifah mengambil keputusan menutup jalan dari berlaku keburukan dan menjaga maslahah umum.

Bagaimana pemuda kita masa kini, yang cantik dihuduhkan, dibotakkan sendiri ala punk. boh warna pulak tu....


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sunday, December 27, 2009

MELAKUKAN KEJAHATAN TAK KEMANA


Salam. Sejahtera. maaf banyak hari tak kemas kini.

Kerap kali berlaku dalam sejarah kehidupan manusia, pemimpin yang jahat selalunya dijatuhkan. sebagai contoh.

,1. Kaum Bani Israil yang terkenal dengan kedegilan dan kezaliman, telah dikuasi oleh Firaun yang lebih zalim lagi. Setelah 500 tahun Firaun berlaku zalim barulah Allah S.W.T datangkan Nabi Musa untuk menghapuskan kezaliman itu.

2. Khalifah Bani Abbasiah yang lalai dan mula zalim di akhir akhir pemerintahan dihapuskan oleh satu kaum lebih ganas dan zalim iaitu orang -orang Tatar.

3. King farouk yang zalim dan penindas rakyat Mesir telah dijatuhkan oleh tentera pimpinan Jeneral Najib yang didalangi oleh Gamal Abdul Nasir. Kemudian setelah menjadi Presiden dia berlaku zalim keatas pejuang pejuang Islam.

4. Hafez Al Assad dari Syria dan Saddam Hussein dari Iraq ternyata lebih kejam daripada pemerintahan Sultan mereka yang mereka jatuhkan. Akhirnya Saddam Hussin dijatuhkan dengan penuh keaiban.

Itu lah yang dikatakan hidup di dunia , kita kata kita kuat sebenarnya kita lemah, hanya Allah saja yang berkuasa. Takbir, Takbir , Takbir. Bersambung.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, December 21, 2009

Sujud Hanya Kepada Allah



Dari Ja'afar Bin Abi Thalib. R.A ( Ketua Rombongan Ke Habsyah )


" Dihadapan Raja Najasyi : Tidak sujud setelah diperintahkan sujud dan berkata,"


" Kami adalah kaum yang tidak menyembah melainkan kepada Allah sahaja "


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Salam sejahtera buat semua........

Sambungan dari posting yang lalu.

Abu Dzar berkata " Ya Rasulullah tambahkanlah "

Baginda bersabda " hendaklah engkau berani berjihad sebab kelakuan ini ( perang untuk meluhurkan dan membela Agama Allah) adalah sebagai pertapaan umatku.

Abu Dzar berkata lagi " Ya Rasulullah tambahkanlah "

Baginda bersabda " cintailah orang-orang miskin dan bergaulah dengan mereka."

Abu Dzar berkata lagi " Ya Rasulullah tambahkanlah "

Baginda bersabda " katakanlah apa yang benar sekalipun pahit rasanya".

Biar hidup secara sederhana dan jangan ikut orang. Rumah dunia, walau hebat, cantik tersergam sekalipun, akan ditinggalkan jua.

Jangan lupa dgn satu lagi rumah yg ALLAH sediakan. FirmanNya (mafhum):`Dan ALLAH mengemukakan satu misal perbandingan kpd org-org mukmin, iaitu perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: `Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga..............' AT-TAHRIM: 11

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 dengan penuh keinsafan dan kesyukuran . Semoga segala amalan kita tahun ini diterima oleh Allah dan di harapkan pada lembaran buku amalan kita tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. Amin. Maaf kan Mas Aji sekiranya terkasar bahasa.
Dari Mas Aji dan keluarga.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, December 15, 2009

Kulit ..............Apa yang tersirat...



Salam Sejahtera.


Dalam Surah An Nisa Ayat 56 Allah SWT berfirman yang bermaksud,


Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak kami masukkan mereka ke dalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ( An-Nisa ayat :56)


Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa kulit manusia berfungsi sebagai organ deria yang berfungsi untuk mengesan sakit. dalam sains, kulit manusia mempunyai penerima rangsangan (resporator) panas,sejuk, sakit dan tekanan. Tanpa kulit, manusia tidak akan peka terhadap rangsangan-ransangan seperti itu.



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, December 14, 2009

Wasiat Rasulullah Kepada Abu Dzar Al Ghifari R.A



Salam . Semoga beroleh kesejahteraan dan sihat selalu hendaknya.


Dari seorang sahabat yang bernama Abu Dzar Al Ghifari r.a. pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w. " berikan wasiat kepadaku.

Baginda bersabda " saya memberi wasiat padamu supaya engkau bertaqwa kepada Allah, sebab taqwa itu adalah pokok seluruh perkara ".

Abu Dzar berkata " Wahai Rasulullah tambahkanlah wasiat itu "

Baginda bersabda " Hendaklah kau berzikir kepada Allah " Azza Wajalla, sebab itulah yang merupakan cahaya dibumi dan simpanan dilangit. "

Abu Dzar berkata " Wahai Rasulullah tambahkanlah wasiat itu "

Bagida Bersabda : " Janganlah engkau terlalu banyak ketawa sebab yang demikian itu dapat mematikan hati nurani serta melenyapkan sinar muka "

Wallahuaklam........bersambung ....



sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, December 11, 2009

DISGRACE TO HUMANITY!






Salam... Apa khabar orang kampung....
Ana baru terima email dari kawan dari Alor Setar , Kedah . Setelah melihat bagaimana gambar bagaimana ikan dolphin yang disembelih dan dibunuh oleh orang Denmark . Sebagai manusia , walaupun ana juga seorang pemancing ikan tetapi tak sampai hati ana nak membunuh ikan sampai macam tu.

Kalau kita belajar geografi , kawasan grand bank iaitu di sebelah Nova Scotia, Norway dan Denmark memang kaya dengan ikan. Maka industri ikan amat penting bagi pertumbuhan ekonomi kawasan tersebut.

Untuk makluman pembaca penulis pernah berenang di kawasan perairan Penang dan pernah Ikan lumba datang di sebelah , seolah olah ingin berkawan dengan kita. Datuk ana suatu ketika dahulu semasa perahunya sarat dengan ikan dan ketika itu bot seolah olah hendak karam, ketika itulah datang pertolongan Allah dengan menghantar sekawan ikan lumba lumba untuk menolong datuk saya sehingga ke persisiran pantai.

Kesimpulannya, ikan lumba lumba atau Dolphin ini ialah sepesis yang baik dengan manusia dan ikan dolfin ini juga sebagai penghibur di lautan. Saya yang baca posting ini sila beri maklumbalas.. di ruangan sebelah..

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, December 10, 2009

Mengapa Cap Jari Kita Berbeza



Salam , bertemu kembali semoga beroleh kesejahteraan dan sihat selalu hendaknya.

Orang -orang Musyrikin di Makkah sentiasa membantah dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW bahkan mereka juga mempersendakan ayat-ayat Allah. Antara sendaan mereka ialah tidak mungkin mereka dibangkitkan semula apabila mereka telah mati dan menjadi debu. Allah SWT menjawab sendaan kaum musyrikin tersebut. Umpamanya dalam surah ( Al Qiayyamah ayat 1,2,3,4 ) yang bermaksud :
1. Aku Bersumpah dengan hari kiamat
2. Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali
3. Apakah manusia mengira,bahawa kami tidak akan mengumpul kembali tulang
belulangnya ?
4. Bukan demikian, sebenarnya kami berkuasa menyusun (kembali) hujung-hujung jari
mereka.

Dalam bahasa Arab, perut jari dinamakan sebagai (banan). Dalam ayat ke 4, Allah SWT mengatakan bahawa dia mampu menyusun kembali hujung-hujung jari jemari manusia atau perut jari. dengan tidak secara langsung, Allah SWT membayangkan kepada kita bahawa cap jari tidak sama . Antara cap jari kiri dengan cap jari kanan tidak sama bahkan antara cap jari anak kembar seiras juga tidak sama walaupun kedua-duanya mempunyai jenetik yang sama. Ini merupakan satu mukjizat ilmiyy kerana ia mendahului ilmu pengetahuan manusia. Pengetahuan manusia tentang perbezaan cap jari hanya muncul pada tahun 1900an dan ia digunakan untuk mengesan iedentiti seseorang terutama dalam kes-kes jenayah. Sebelum itu, sistem Bertillon yang menggunakan wajah, digunakan untuk mengesan seseorang. Kaedah Bertillon yang menggunakan hajah digunakan untuk mengesan identiti seseorang. Kaedah Bertillon tidak boleh dipercayai sepenuhnya berbanding dengan kaedah menggunakan cap jari .

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, December 9, 2009

Apa Dah Jadi Dengan Imam Nie......



Minta Maaf la. Imam Ibarat pohon yang rendang untuk kita berteduh..tetapi lai pula perangai nya .. bukan semua..maaf ya tuan-tuan Imam...

Berita Harian 9 Dis 2009


TAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang ........nya.
Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis.

Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.

Astaghfirullah hal azim. Na_u zubillah hi min zalik.....ya Allah jauhkanlah kami dari musibah ini...dan terpalit kepada kami...kahwin 2 tak apa lagi kan....

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, December 8, 2009

Mukjizat AL Quran Dari Aspek Sains




Oceanografi

Kejadian Pertama
Air Lautan Tidak Bercampur
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran surah Ar Rahman ayat 19 dan 20 yang bermaksud:
“ Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu.
Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing .”

Dalam ayat ini Allah SWT menggambarkan bahawa air dua lautan yang bertemu tidak bercampur antara satu sama lain dan antaranya terdapat barzah yang bermaksud pemisah. Kajian dalam oceanografi menunjukkan bahawa air antara dua lautan biasanya tidak bercampur. Umpamanya air Laut Mediterranean dan Laut Atlantik, Laut Atlantik dan Lautan Hindi, Laut Merah dengan Laut Mediterranean.

Kejadian kedua
Air Tawar Dan Air Masin

Allah SWT berfirman dalam surah Furqan ayat 53 yang bermaksud :

“ Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan): yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit : dan Dia jadikan antara keduanya sempadan dan batas yang menghalang.”

Dalam ayat ini Allah SWT membayangkan bahwa air tawar dan air laut tidak bercampur dan antaranya ada batas dan sempadan “

Kesimpulan , penulis pernah menaiki bot di tengah lautan dan jelas kelihatan seperti apa yang tertera dalam ayat diatas. “ SubhanAllah “ memang benar antara keduanya air laut ada sempadannya. Air hijau dengan air biru, dan juga yang paling dalam berwarna hitam….


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Monday, December 7, 2009

Apa Dah Jadi Nie ...



Saturday, December 5, 2009 .. Posting Dari Blog Minda Muslim
Ada udang balik mee?
Salam.


1. Remy Ishak adalah pelakun di dalam teater Natrah yg sedang dilangsungkan di Istana Budaya.

2. Dia memegang watak Mansur Adabi, suami kepada Natrah, seorang wanita Belanda yg memeluk Islam.

3. Mahkamah memutuskan bahawa Natrah mestilah dikembalikan kpd keluarga asalnya yg beragama kristian kerana dia memeluk Islam di bawah umur 18 tahun.

4. Umat Islam Singapura bangkit menentang akan percubaan memurtadkan Natrah. Ramai yg terkorban syahid mempertahankan Natrah dan aqidah Islam.

5. Malam tadi, di perkarangan Istana Budaya, Remy yg memegang watak Mansur Adabi, telah dibelasah 7 lelaki. Dia cedera di dalam peristiwa itu.

6. Polis kena siasat peristiwa ini di dalam berbagai sudut.

Lakonan dia memang hebat dalam drama Nur Kasih dan Suraya....

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Nasihat Dari Tokoh Islam Sedunia



Dari Muaz Bin Jabal

Tidak ada seorang hamba yang menghadap Allah pada hari kiamat yang tidak akan menggerakkan tapak kakinya sehingga ia ditanya mengenai empat perkara :

1.Bagaimana tubuhnya digunakan
2.Bagaimana ia menghabiskan umurnya.
3.Bagaimana ia mengamalkan ilmunya.
4.Bagaimana ia mendapat dan membelanjakan hartanya.

Fikirkanlah Kita semua.....termasuk penulis

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, December 4, 2009

MANJA MAS AJI BERKHATAN





Pada tanggal 30 November 2009 ( Isnin ) . Si manja mas aji akhirnya selamat berkhatan. Pada mulanya rasa takut maklumlah anak manja , yang bongsu pulak tu.






Berkat doa dia tak menangis dan meronta r0nta. Si manja mas aji ditemai oleh abangnya disebelah.






sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, December 1, 2009

Majlis Qurban Di Kampung Mas Aji







Salam .

Pada 28 November 2009 yang lalu , Mas Aji dan Jawatankuasa persatuan penduduk telah mengadakan majlis Qurban bagi penduduk di sini. Alhamdulillah lembu yang di Qurbankan telah di hadiahkan oleh keluarga Hj Mohamad ( Semoga Allah memberi sebaik baik balasan ke atas keluarga kamu ).

Program dimulakan jam 7.30 pagi . Lembu yang di Qurbankan di sembeleh oleh Tuan Hj Mohamad ( Pak Anjang Mat ).
Syukor Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja kami semua dapat menyelesaikan dari segi melapah dan memotong daging selesai jam 10.30 pagi. Semua jawatankuasa dan tuan yang menghadiahkan lembu untuk di Qurbankan bersetuju untuk membuat kenduri 3 bahagian dari lembu tersebut.

Semuanya selesai dimasak dan tetamu dijamukan hidangan daging lembu dengan cicah air asam pada jam 12.30 t hari .... best you...







































sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung