Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, April 30, 2012

Gadis tomboi disyaki turut diperkosa

KOTA BHARU - Siasatan polis berhubung kes kematian seorang gadis tomboi, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi (gambar) yang mayatnya ditemui dibakar bersama motosikalnya di kawasan ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang minggu lalu percaya mangsa turut dirogol sebelum dibunuh.
Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut dengan menyoal siasat sembilan suspek termasuk dua wanita yang ditahan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu.
Kesemua mereka merupakan rakan-rakan Nor Ain Shafnie, 16, dan kebanyakan mereka adalah penagih dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih banyak maklumat kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan.
"Polis mengesyaki gadis berkenaan telah dirogol sebelum dibunuh dan dibakar. Siasatan masih berjalan dan kita tidak boleh dedahkan semuanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Pasar Siti Khadijah dan Buluh Kubu di sini semalam.

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 ..Terrkini dari Blogger Abu Luqman..Live di sana...


Gambar Semasa Kemuncah

 Gas Pemedih Mata Dah Mula di Tembak


Blogger bersama ..Presiden MTUC Tuan Hj  Shahir Di Atas LRT menuju ke masjid jamek



Di Bawah LRT ..Di hadapan masjid jamek.. ramaikan...hampir 300 ribu lebih tau

Friday, April 27, 2012

Scha Bimbang Tak Laku Selepas Jadi Isteri

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya,29, mengakui berasa risau sekiranya dia semakin kurang menerima tawaran berlakon selepas bergelar isteri kepada pengacara Awal Ashaari, 31, pada Mei ini.
Scha berkata, perasaan itu mula wujud ketika dia sibuk membuat persiapan perkahwinannya namun percaya bahawa rezeki itu akan berada di mana-mana sekiranya seseorang itu berusaha.
"Saya pernah juga terfikir, adakah saya masih diterima oleh para penerbit dan peminat-peminat selepas berkahwin nanti atau mungkin dah tak laku?
"Tetapi saya percaya rezeki itu akan sentiasa ada sekiranya bakat dan kualiti kerja kita seiring," katanya.
Tambah pelakon filem Aku Bukan Tomboy ini, hal tersebut tidak menjadi satu masalah untuknya apabila bergelar isteri nanti selepas melihat rakan-rakan seangkatannya yang masih lagi menerima tawaran berlakon.
Scha dan Awal Ashaari
Scha dan Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari akan melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.
Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.
Ditanya adakah Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir sudah merasai 'debaran pengantin', dia masih belum merasai perasaan itu.
"Setakat ini, saya belum merasai debarannya lagi walaupun ramai yang berkata perasaan itu akan muncul buat mana-mana wanita apabila masa untuk menjadi suami isteri itu semakin dekat.
"Bagaimanapun, harap-harap saya tenang melalui peristiwa bersejarah itu," ujarnya.
Sementara itu Scha dan Awal turut berkongsi tip dan kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan mereka menerusi program Seia Sekata yang disiarkan selama setengah jam pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 malam bermula 13 April lalu menerusi saluran Astro Ria.
Program selama enam episod itu memaparkan detik manis beliau bersama bakal isteri melakukan persiapan sehingga pada hari pernikahan. Mstar.

Thursday, April 26, 2012

Sheila Majid Tidak Ambil Botoks Kerana Haram


HIBURAN

Sheila Majid
KUALA LUMPUR: Penyanyi versatil, Datuk Sheila Majid mengakui tidak pernah mengamalkan pengambilan botoks untuk kelihatan cantik kerana cara itu adalah salah dan haram di sisi agama Islam.
Sheila,47, berkata, suntikan botoks mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh memberi kesan sampingan kepada semua wanita yang mengambilnya.
“Kalau kita ambil botoks, kita tidak tahu apa akan jadi kepada wajah kita pada 20 tahun akan datang. Saya menasihati kepada anda semua tidak menggunakan botoks,” katanya.
Sheila berkata demikian apabila ditanya oleh seorang peminat adakah beliau mengambil suntikan botoks untuk kelihatan cantik pada majlis Minggu Setiausaha yang diadakan di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur, di sini, Rabu.
Kira-kira 200 tetamu menghadiri majlis makan tengah hari itu yang dikendalikan oleh pengacara Dee.
Dalam masa yang sama penyanyi itu turut berkongsi petua untuk kelihatan cergas dengan melakukan senaman serta memilih makanan berkhasiat setiap hari.
Katanya, langkah itu bukan sahaja perlu diterap kepada diri sendiri tetapi juga kepada anak-anak.
“Saya mengajar anak-anak saya supaya mengambil makanan yang berkhasiat agar mereka membesar dengan sihat,” ujarnya.
Terdahulu beliau muncul dengan lagu Dia membuka tirai persembahannya bagi menghiburkan para setiausaha yang hadir bersama bos masing-masing.
Selain lagu itu, Sheila turut menyanyikan lagu Ku Mohon, Can’t Take My Eyes, Legenda, Antara Ayer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Sinaran dan Warna.
Persembahan Sheila berjaya memikat hati kerana keupayaan beliau berkomunikasi dengan para peminatnya. MStar..online

Wednesday, April 25, 2012

Bercerai tapi tinggal bersama Seperti suami isteri !!!!

Gambar Hiasan

SAYA dan isteri sudah bercerai dan ketika masih dalam edah kami tinggal dan tidur bersama seperti pasangan suami isteri dengan kerelaan bersama.
Seperti yang diarahkan, kami mengesahkan �perceraian itu di mahkamah namun bercadang untuk rujuk kembali secara sah. Adakah saya dan isteri dikira rujuk jika sudah bersama pada malam berkenaan? 


Sahabat Kelabu
Johor 




Jawapan : 
DALAM keadaan itu anda sudah dikira rujuk kembali. Perkara berkenaan hendaklah dilaporkan kepada mahkamah bagi tujuan pengesahan rujuk sebagaimana pengesahan perceraian dibuat di mahkamah.
Dalam keadaan �perceraian talak yang �boleh dirujuk (raj’i), rujuk berlaku dengan kata-kata atau perbuatan seperti bersetubuh dan �dorongan ke arahnya seperti pelukan dan ciuman.
Bagaimanapun Imam as-Syafi’e hanya menerima rujuk melalui kata-kata sahaja (Sabiq 2000, II: 178). Hmetro .soal jawab agama

Tuesday, April 24, 2012

Fida Ibrahim Tepis Tuduhan Jadi Isteri Kedua VIP

Fida Ibrahim Tepis Tuduhan Jadi Isteri Kedua VIP
Fida Ibrahim
PETALING JAYA: Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) menepis sekeras-kerasnya dakwaan terbaru kononnya dia sudah bernikah secara senyap-senyap dan menjadi isteri kedua seorang usahawan berstatus VIP pada awal bulan ini di Perlis.
Pelakon berusia 26 tahun itu berkata tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana pada waktu tersebut dia sedang berada di lokasi penggambaran sebuah drama.
“Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran.
“Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online.
Terdahulu, pada Disember tahun lalu mStar Online pernah melaporkan pengakuan aktres itu menjalin hubungan dengan VIP tersebut yang sudah dikenalinya hampir dua tahun lalu menerusi jaringan perniagaan.
Difahamkan juga, Fida menyembunyikan hubungan mereka kerana enggan menimbulkan kekecohan memandangkan VIP itu sudah berkahwin.
Ditanya adakah dia cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, bekas kekasih kepada pelawak Mamat (Sepah) ini menganggapnya sebagai salah faham.
“Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu.
“Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya.
Beralih kepada perkembangan kerjaya, impiannya untuk bergelar penyanyi akhirnya menjadi kenyataan apabila Fida mengesahkan bakal muncul dengan lagu single pertama berjudul Apo Kono Eh Jang yang pernah dipopularkan Ally Noor dan Mastura pada tahun 1980-an
“Lagu itu digubah semula dengan susunan baru yang sesuai dengan muzik semasa. Ia dijangka keluar pada hujung April atau selewat-lewatnya awal Mei depan.
“Menariknya, saya akan berduet dengan kumpulan Stellar Band dan diterbitkan oleh Sheikh Qalam,” katanya yang bakal terlibat dalam telefilem Nasib Si Pemandu Limousin.

Monday, April 23, 2012

Pemuda dibunuh 10 jam sebelum Sebelum nikah

Operator kilang ditikam tiga suspek warga Myanmar depan tunang


JOHOR BAHRU: Seorang operator kilang maut dibunuh di depan tunangnya sendiri, 10 jam sebelum mereka dijadualkan berkahwin, dalam kejadian di rumah kedai Jalan Dedap, Taman Johor Jaya, dekat sini.
Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, yang bekerja di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam berulang kali oleh tiga individu yang dipercayai warga Myanmar. Lebih menyedihkan apabila kejadian terbabit disaksikan tunangnya yang dikenali sebagai Sharina, 26, malah mangsa dikatakan meninggal dunia di pangkuan bakal isterinya itu. Sharina berkata, beliau dalam keadaan trauma selepas menyaksikan sendiri bagaimana Indra ditikam bertubi-tubi dengan kejam.

“Ketika kejadian, saya dan Indra sedang berpindah keluar daripada rumah sewa di rumah kedai berkenaan selepas terpaksa berbuat demikian susulan insiden rakan serumahnya mengintai saya sedang mandi.

“Berikutan kejadian itu, Indra kemudian pergi berjumpa mereka bagi menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga berlaku perselisihan,” katanya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam.

Katanya, selepas kejadian itu, mereka mengambil keputusan berpindah daripada rumah terbabit, selain dinasihatkan oleh pemilik rumah kerana bimbang perkara lebih serius berlaku.
“Saya berpindah sejak beberapa hari yang lalu namun, kembali semula ke rumah itu kerana mengambil wang deposit rumah dan beberapa barang lain.

“Bagaimanapun, ketika kami sedang menaiki tangga untuk ke rumah terbabit, tiba-tiba pasangan warga Myanmar itu dan seorang lagi lelaki menarik tunang saya dan menumbuk mukanya beberapa kali sebelum menikamnya dengan sebatang besi,” katanya.

Sharina berkata, kejadian itu mengejutkannya kerana berlaku beberapa jam lagi sebelum mereka diijab kabul selepas berkenalan beberapa tahun kerana bekerja di kilang yang sama.

Sunday, April 22, 2012

Isteri cari lelaki muda selepas suami muflis


Gambar Hiasan 

DISEBABKAN tuntutan tugas, Amran terpaksa hidup bersendirian di Johor Bahru dan berjauhan dengan isteri, Ena yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam sebuah syarikat di ibu kota.
Begitupun, Amran (bukan nama sebenar) tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga yang dibina sejak 18 tahun lalu. Setiap Sabtu dan Ahad, dia cuba pulang ke ibu kota untuk bertemu Ena (bukan nama sebenar).

Bagaimanapun, bergelar suami hujung minggu dan perpisahan sementara itu menjadi punca keruntuhan rumah tangganya yang kini retak menunggu belah.
Amran tidak menafikan sebelum itu hubungan dengan isteri bermasalah gara-gara dia diisytiharkan muflis apabila syarikat miliknya terpaksa menghentikan operasi dan menanggung hutang bank.

Ini berikutan perniagaan dijalankan bersama abang kandung dan menggunakan namanya sebagai peminjam tidak mampu menanggung beban hutang lebih RM600,000.

Sebaik diisytiharkan muflis, dia terpaksa memulakan hidup baru dengan serba kepayahan. Ini kerana undang-undang memperuntukkan orang yang diisytihar muflis hanya layak ‘memegang wang RM10’ sehari, tidak boleh memiliki kad bank dan banyak halangan lain.
Buat permulaan, dia cuba mencari kerja lain tetapi banyak syarikat tidak mahu menerimanya dengan memberi pelbagai alasan.

Sebenarnya, Amran memiliki ijazah dalam bidang perniagaan dari universiti luar negara, namun ketika memohon pekerjaan, dia hanya menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya senang ditawarkan kerja.
Akhirnya permohonan menjadi pemandu peribadi kepada seorang usahawan diterima. Amran menunjukkan dedikasinya yang tidak berbelah bahagi.

Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga beberapa hari dan minggu kerana mengikut majikan yang sering memantau kilang di Johor Bahru, Amran menghubungi isteri dan anak hampir setiap hari.

Pada mulanya Ena tidak merungut, tetapi lama-kelamaan dia seolah-olah tidak suka kerjaya Amran dengan alasan penat menguruskan tiga anak sendirian kerana suami tiada di sisi.

Amran tetap meminta isteri memahami keadaan dirinya kerana bukan senang orang yang diisytiharkan muflis mendapatkan pekerjaan, sedangkan dulu dia memiliki segala-galanya — harta, banglo dan kereta mewah.

Semakin lama dia merasakan ada sesuatu disembunyikan isteri, apatah lagi Ena yang bekerja di syarikat konglomerat terkenal dinaikkan pangkat selepas hanya enam bulan bekerja.

“Seorang teman rapat kemudian memberitahu, dia kerap nampak isteri saya keluar dengan lelaki lain. Saya menyangkal tuduhannya kerana tidak mungkin isteri bersikap begitu.

“Mungkin rakan saya sengaja mereka-reka cerita kerana cemburu dengan kebahagiaan kami, tetapi dakwaannya mula mengganggu fikiran.

“Ini membuatkan saya tertekan kerana jauh di sudut hati, saya mula terfikir yang bukan-bukan. Tambahan pula, layanan isteri terhadap saya makin hambar,” katanya.

Ini menyebabkan dia mengambil keputusan menyiasat kelakuan isterinya kerana enggan mendengar cerita tanpa usul periksa.

Amran berkata, dia membuat perancangan sendiri apabila memberitahu mahu pulang ke Johor Bahru tetapi sebenarnya mengambil cuti kerana hendak mengintip perbuatan isteri.

Dia juga mengupah seorang pengawal di tempat kerja Ena untuk mengintip kegiatan hariannya.

“Saya tahu tugas isteri sebagai pegawai perhubungan awam sering menemukannya dengan pelanggan daripada pelbagai syarikat dan individu, namun daripada cerita didengar, dia menjalin hubungan dengan rakan sekerja, menyebabkan rasa ingin tahu saya memuncak,” katanya.

Amran mengaku pernah ternampak kelibat isterinya dengan lelaki yang jauh lebih muda bergandingan ke restoran mewah dalam keadaan sungguh mesra dan sering berdua-duaan di hotel.

Semua cerita itu menghantui dirinya hinggalah satu hari dia nekad menceroboh dan memasuki pejabat isteri yang kebetulan ketika itu berbual mesra dengan seorang lelaki.

Ketika itu berlaku pertengkaran hebat membabitkan mereka bertiga hingga isterinya secara terang-terangan mengakui rasa cinta terhadap Amran sudah lama pudar lalu meminta cerai sambil disaksikan rakan sekerja.

“Isteri juga mengaku hubungannya dengan lelaki bujang itu sudah intim dan meminta dilepaskan kerana tidak mahu lagi hidup bersama saya. Saat itu, hati saya hancur luluh dan sungguh tertekan serta terbayang anak kami.” “Walaupun berkali-kali memujuk hinggakan saya sanggup memaafkan kesilapannya, isteri tetap berkeras mahu bercerai.” “Sikap lelaki itu yang langsung tidak mengakui kesalahannya membuatkan saya naik angin lalu bertanya apakah dia benar-benar mencintai isteri saya. Dia dengan selamba mengakui mencintai Ena.

“Bayangkan betapa hinanya saya saat itu. Saya kemudian ke pejabat agama untuk mendapatkan kaunseling sebelum memfailkan perceraian sesudah berfikir panjang, tak guna terus menyayangi orang yang tidak menyintai kita lagi.

“Hampir setahun berulang-alik ke mahkamah syariah, akhirnya kami disahkan bercerai dan bekas isteri kemudian berkahwin dengan lelaki itu dan anak diletakkan di bawah jagaannya.

“Tak tahan dengan pengalaman pahit itu, saya membawa diri ke luar negara mengikut bapa saudara saya menetap di sana selama lima tahun,” katanya.

Kini Amran kembali ke tanah air dan membuka perniagaan kecil, tetapi tidak mungkin berkahwin lagi kerana serik dengan apa yang pernah dilaluinya.Hmetro..

Saturday, April 21, 2012

Lelaki pertama hamil di dunia kini tidak lagi serumah dengan isteri

Recent parents Thomas Beatie and wife Nancy Roberts are in Spain for a TV interview with their daughter Susan. Thomas Beatie, called before Tracy, is the first man to get pregnant in history.

HONOLULU: “Lelaki” pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.
Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.

Pengakuan Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.
Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.

“Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan,” katanya.

Beatie - lahir sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino - menjadi perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.
Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.

Selepas bertemu Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.
Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.

Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki. - DM..Hmetro

Friday, April 20, 2012

Fenomena Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Hafaz al-Quran selepas SPM


BERBULAN-BULAN usaha mengaturkan sesi fotografi dengan pemuda bernama Don Daniyal Don Biyajid, 28, atau mesra dengan panggilan Ustaz Don ini. Kesibukannya mengehadkan masa bersama media, namun pelawaan wakil TV AlHijrah ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, pada 15 April lalu membuahkan hasil.
Kebetulan ketika itu Ustaz Don terbabit dalam program Cinta Masjid yang bertujuan mengembalikan peranan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan kegiatan masyarakat.
   
  • FotoPUJAAN RAMAI...Ustaz Don takut lupa diri.
  • Foto
  • Foto
Sekitar Asar, wakil Rap tiba di pekarangan masjid berkenaan dan apa yang mengagumkan, sepanjang jalan di luar pekara�ngan masjid di penuhi kenderaan seperti orang menghadiri konsert.

Situasi itu sudah cukup menjelaskan berita mengenai fenomena seorang penceramah agama iaitu Don adalah benar. Bukankah ini satu perkemba�ngan baik? Anak muda mula berminat menonton program agama, mendengar ceramah dan tazkirah selain memilih untuk berada di masjid daripada membuang masa pada hujung minggu.

“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,” kata pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

Kesukaran mendapatkan beliau selama ini ekoran komitmen Ustaz Don. Selain terbabit dengan 30 Minit Ustaz Don pada waktu malam, aktivitinya pada sebelah siang dipenuhi dengan tuntutan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi serta tugasnya sebagai penceramah bebas.

Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Berbicara mengenai fenomenanya, nyata Ustaz Don sedikit gelisah dengan pertanyaan itu kerana enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.

“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik,” katanya.

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.
“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi,” katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu peng�kaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,” katanya.

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal,” katanya.


Zaman kanak-kanak

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan me�nyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah,” katanya. ..HMETRO

Thursday, April 19, 2012

Alamak...Jenayah seksual naik 36 peratus..KDN..macam mana nak buat?



 – Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Jumlah kes jenayah seksual termasuk rogol membabitkan mangsa berumur di bawah 16 tahun meningkat sebanyak 36.1 peratus atau 642 kes pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, statistik polis mendapati sebanyak 1,777 kes jenayah seksual terhadap remaja dilaporkan sepanjang 2010 sebelum naik kepada 2,419 kes pada tahun lalu.
“Sebanyak 924 kes telah dilaporkan pada 2005, 1,301 kes (2006), 1,653 kes (2007), 1,871 kes (2008) dan 2,049 kes (2009),” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Beliau memberitahu, banyak kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa penjenayah sewaktu mereka bersendirian di dalam atau di luar rumah.
“Antara faktor kes jenayah seksual ini meningkat ialah disebabkan kurang pendidikan dan agama, masalah dalam institusi kekeluargaan, pengaruh media massa dan media alternatif serta mangsa dan suspek melakukannya secara suka sama suka,” katanya.KOSMO
LAMAN sosial seperti Facebook didakwa antara punca kes jenayah seksual terhadap remaja semakin berleluasa.

Wednesday, April 18, 2012

Blogger Rocky's Bru Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS


KUALA LUMPUR: Penulis blog dan bekas pengarang akhbar, Ahirudin Attan yang merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin telah menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu berlaku.
Menulis di dalam ruangan blognya Rocky's Bru, Ahirudin memuji sikap tenang para pramugari dan pramugara MAS ketika salah satu daripada empat enjin pesawat Boeing 747-400 itu berhadapan dengan masalah yang memaksa mereka berpatah balik ke KLIA.
Pesawat itu yang berlepas pada jam 11.40 malam telah mendarat dengan selamat pada lebih kurang jam 2.05 pagi.
Ia berada dua jam di udara mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.
Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat.
Menurut Ahirudin, kejadian yang menakutkan itu berlaku lebih kurang sepuluh atau 15 saat selepas pesawat berkenaan berada di udara apabila tiba-tiba satu bunyi yang sangat kuat seperti 'berdebap' kedengaran.
Kata Ahirudin lagi, bagi mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengembara menaiki pesawat akan dengan segera menyedari bahawa sesuatu yang tidak keruan telah berlaku.
Tulisnya, pesawat gergasi itu kemudiannya bergegar lalu kedengaran seseorang menjerit "api".
Beliau melihat pramugari berlari ke arah kabin kelas pertama dan selepas itu diikuti oleh seorang pramugara lain.
"Saya sendiri tidak melihat sebarang percikan api atau kebakaran pada mana-mana enjin pesawat walaupun saya duduk di barisan ke-16 yang membolehkan saya melihat enjin-enjin berkenaan," kata Ahirudin.
Bagaimanapun jelas Ahirudin, enjin yang bermasalah itu terletak di sebelah kiri sayap.
Pada saat itu cerita Ahirudin, fikirannya sepertimana penumpang-penumpang yang lain melayang memikirkan nasib mereka semua.
"Ia adalah dua jam yang menakutkan dalam sejarah pengalaman penerbangan saya. Tetapi dua jam itu sekali lagi mengesahkan satu perkara kepada semua penumpang iaitu Malaysia Airlines mempunyai anggota kabin yang terbaik.
"Walaupun kapten pesawat mengambil masa yang agak lama untuk mengumumkan apa yang telah berlaku tetapi tabik hormat harus diberikan kepada Pramugari Wai Soh dan kesemua rakannya kerana kecekapan dan ketenangan mereka telah mengurangkan tekanan ke atas para penumpang dan sentiasa melayani para penumpang sepanjang tempoh yang mencemaskan itu," ujarnya.

Tuesday, April 17, 2012

Betul ka !!! Lisa Surihani & Yusry Jadi Cikgu Sekolah pula ?

Pengalaman sebagai guru sandaran mengajar aktres Lisa Surihani untuk mendidik para pelajar tingkatan 1 Usaha, SMK Pendamaran Jaya bersempena program "Teach for Malaysia" pada Isnin. - Foto oleh AZMAN GHANI
PELABUHAN KLANG: Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.
Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.
Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.
"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.
"Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.
Lisa dan suaminya Yusry meluangkan masa bersama pelajar Tingkatan 1 Usaha SMK Pendamaran Jaya, Nurul Syafiqah Mohd Nizam (duduk, kanan) dan Kristy Ann.
Selain kedua-dua artis itu, mereka yang mengambil bahagian dalam program anjuran TFM yang bermula hari ini sehingga 20 April ini mewakili sektor perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam, pendidikan dan hiburan.
Mereka dijadualkan mengajar di sekolah kawasan Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Petaling Perdana dan Hulu Langat di Selangor; Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur; dan Tampin, Jelebu serta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.
TFM adalah sebuah badan bebas bukan mencari keuntungan yang menyenaraikan bakal pemimpin masa depan Malaysia paling menyerlah dalam misinya untuk menghapuskan keadaan tidak saksama dalam bidang pendidikan.
Sejak Januari 2012, kohort pertamanya yang terdiri daripada 50 felo, menjadi pengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
TFM sedang mencari 70 lagi felo untuk kohort barunya bagi 2013. - BERNAMA

Monday, April 16, 2012

Terkejut Mama...Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup

SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang ‘dihadiahkan’ rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin.
Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari.

Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan.

Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit.

Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan,” katanya. H Metro..


Sunday, April 15, 2012

Fulamak ...Cincin Pertunangan Angelina Jolie Bernilai RM764 Ribu

Brad Pitt bersama tunangnya, Angelina Jolie.
WASHINGTON: Cincin yang kelihatan di jari manis aktres Angelina Jolie, dipercayai cincin pertunangannya dengan aktor Brad Pitt dianggarkan bernilai RM764,000 (ASD 250,000).
Difahamkan, aktor berusia 48 tahun itu menempah khas cincin berlian dengan potongan baru zamrud itu daripad pembuat jauhari Robert Procop sebagai cincin pertunangan mereka.
Jolie, 36, dilihat menyarung cincin enam karat itu ketika pasangan berkenaan menghadiri sebuah majlis tertutup di LACMA, baru-baru ini.
“Cincin berlian yang bertatahkan potongan batu zamrud mempunyai beberapa segi, ia tidak bersinar seperti potongan batu yang lain tetapi itu bermakna ia perlu dihasilkan dengan kualiti terbaik.
Cincin berlian bertatahkan potongan batu zamrud dianggarkan bernilai RM764,000 menjadi cincin pertunangan pasangan kekasih itu.
“Kilauan batu zamrud ini putih dan suci. Memandangkan Brad dan Angelina sering memilih unsur-unsur yang simbolik dan emosi dalam hubungan mereka, maka tidak hairanlah Brad memilih cincin itu sebagai simbolik cinta mereka yang tidak akan pudar.
"Cincin itu akan menjadi harta pusaka yang bernilai tinggi. Saya menganggarkan ia bernilai ASD250,000,” kata pakar jauhari Michael O’Connor kepada majalah Us Magazine.Mstar

Saturday, April 14, 2012

Fulamak..Beratur 3 Jam Hanya Untuk Makan Burger.. Kaw Kaw

Daging-daging burger yang dibakar dengan perisa istimewa daripada Burger Bakar Kaw Kaw.
KUALA LUMPUR: Sanggupkah anda beratur selama kira-kira tiga jam hanya untuk menikmati burger di sebuah gerai di tepi jalan?
Dan adakah anda juga pernah membeli sebiji burger pada harga yang mencecah sehingga RM150?
Namun pengalaman itulah yang dialami ribuan penggemar burger bakar yang mengunjungi sebuah gerai burger yang beroperasi di tepi jalan di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini.
“Sistem order (pesanan) kami bermula pada pukul 7.45 petang. Nombor giliran akan diberi semasa order diambil,” demikian pengumuman yang tertera pada sekeping papan putih (white board) di hadapan gerai “Burger Bakar Kaw Kaw.”
Bagaimanapun, tempoh menunggu yang terlalu lama dengan purata dua jam malah boleh mengambil masa sehingga 3 jam, hampir menyamai durasi filem box office Titanic itu bukan berpunca daripada sistem operasigerai tersebut yang tidak cekap.
Namun sebaliknya, ia disebabkan oleh sambutan luar biasa daripada orang ramai, tanpa mengira umur, bangsa dan kaum.
Pelanggan berbaris panjang untuk mendapatkan Burger Bakar Kaw Kaw.
Siapa sangka Burger Bakar Kaw Kaw yang kini menjadi ikutan ramai dimiliki dua usahawan muda, Mohd Faizul Baharudin (Zul), 26, dan Nini Haznita Muhammad (Nita), 25, yang menguruskan perniagaan itu di bawahsyarikat Protalis Enterprise.
Mengenai apakah keistimewaan Burger Bakar Kaw Kaw sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan, Zul berkata, selain menggunakan daging segar yang padat dan besar, konsep burger bakar merupakan sesuatu yangbaru di kalangan masyarakat tempatan.
“Orang kita menyukai sesuatu yang baru. Mereka tertanya-tanya dan mahu mengetahui apakah rasa sebenar burger bakar. Apatah lagi ia dijual di gerai tepi jalan,” katanya kepada mStar Online di sini, baru-baru ini.
Menurut Zul, pelanggan tidak membuat perbandingan antara gerainyadengan gerai-gerai burger jalanan lain tetapi sebaliknya membandingkannya dengan restoran di pasaran termasuk yang menjual makanan segera.
“Perbandingan antara Burger Bakar Kaw Kaw dengan restoran-restoran daging amat berbeza kerana kami adalah gerai jalanan yang menawarkan burger bakar pada harga lebih murah.a.
“Kami menawarkan burger pada harga yang lebih kurang sama dengan restoran makanan segera tetapi dengan saiz hidangan (portion) burger kami adalah dua kali ganda. Ini membuatkan apa yang pelanggan beli adalah berbaloi.
“Burger Bakar Kaw Kaw diperbuat daripada daging segar home-made yang penuh dengan perisa, pelbagai rasa yang istimewa dan tersendiri,” katanya.
Zul (kiri) dan Nita di hadapan gerai Burger Bakar Kaw Kaw.
Secara purata, Burger Bakar Kaw Kaw menerima sebanyak 250 pesanan (order) sehari, tetapi pernah mencatatkan jumlah paling tinggi sehingga 300 pesanan.
“Bilangan pelanggan adalah lebih daripada itu kerana ada juga yang membeli untuk rakan-rakan dan ahli keluarga,” kata Zul sambil memberitahu seorang pelanggan pernah memesan sebanyak 30 biji burger.
Rakan niaga Zul, Nita pula berkata, harga menu di Burger Bakar Kaw Kaw adalah serendah RM7.50 dan setinggi RM18.50, namun ia bergantung kepada citarasa dan permintaan pelanggan sekiranya mahu tambahan patty daging burger dan set hidangan istimewa.
Gerai Burger Bakar Kaw Kaw beroperasi di tepi jalan Seksyen 2, Wangsa Maju.
“Kami pernah menjual burger yang dipanggil “Tower 20”, mengandungi 20 patty daging burger beserta keju dan 'bakon' (diperbuat daripada daging lembu), berharga kira-kira RM150,” katanya.
Mengenai sistem pesanan Burger Bakar Kaw Kaw, para pekerja akan mengambil pesanan daripada pelanggan sebaik sahaja nombor giliran diberikan kepada mereka.
Nita berkata: “Berapa panjang barisan, berapa ramai yang datang, kami tetap akan memberikan nombor giliran supaya sistem pesanan lebih lancar dan memudahkan kami menyiapkan pesanan,” katanya.
Setiap pesanan yang dibuat akan diteliti oleh garnisher iaitu pekerja yang menyediakan burger seperti yang dipesan oleh pelanggan.
“Mereka akan mengikut senarai pesanan (order sheet). Kami telah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap pesanan adalah selama 1 minit dan 25 saat,” katanya tanpa mengira bilangan dan jenis untuk sesuatu pesanan.
“Kira-kira 50 pesanan dapat disiapkan dalam tempoh sejam,” kata Nita, sambil menambah, burger yang paling digemari pelanggan Burger Bakar Kaw Kaw adalah beef burger cheezy with bacon atau menggelarkannya sebagai “Baconizer.”
Ketika mula-mula berpindah ke lokasi baru di Seksyen 2, Wangsa Maju pada akhir Disember tahun lalu, Nita berkata, hanya 100 patty daging burger yang disediakan untuk sehari.
“Namun setelah beroperasi di sini lebih tiga bulan, jumlahnya meningkat kepada 1,000 patty sehari ekoran permintaan yang amat menggalakkan,” kata Nita.
Burger Bakar Kaw Kaw beroperasi dari pukul 7.45 petang sehingga 2 pagi setiap hari kecuali Isnin. MSTAR

Friday, April 13, 2012

Eksklusif Nurul Halimin Enggan Komen Jadi Isteri Kedua Sham (Kamikaze)


Nurul Halimin (kiri) dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (kanan). Foto dipetik dari Rotikaya.com
PETALING JAYA: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.
"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.
Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8).
Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.
"Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.
"Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya," kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Sham bersama isteri pertamanya, Farazila. Foto trigyy.com
Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.
Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu.
Bagaimanapun pada Khamis, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.
Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu.
Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung