Nuffnang

Sunday, March 21, 2010

Pelajar Temui Fosil Dinosaur Ganas


LONDON - Seorang pelajar ijazah kedoktoran, Michael Pittman telah menemui fosil dinosaur terbaru yang diberi nama Linheraptor, lapor sebuah akhbar semalam.Dia dan rakannya, Jonah Choiniere dari Universiti George Washington Amerika Syarikat (AS) membuat penemuan itu di wilayah Inner Mongolia, China.Dinosaur berkuku tajam seperti sabit itu hidup sekitar 75 juta tahun lalu dengan memakan haiwan kecil termasuk burung.Ia mempunyai berat kira-kira 25 kilogram dan panjang 2.4 meter. Bentuk Linheraptor menyerupai Velociraptor iaitu dinosaur kecil tetapi amat ganas seperti yang dipaparkan dalam filem Jurassic Park.Penemuan itu diberikan gambaran terperinci dalam jurnal Zootaxa semalam.Menurut pakar paleontologi, Profesor Xu Xing di Beijing, fosil yang ditemui itu amat cantik dan ia mendokumentasikan satu peralihan evolusi. - Agensi/ Kosmo
Nota : Allah menjadikan semua makluk diatas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepadanya, dan sebagai membuktikan tanda kekuasaan Allah sebagai pencipta. sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung