Nuffnang

Tuesday, March 16, 2010

UniMAP Dakwa Graduan Diterima Industri

Kampus Unimap Di Perlis
Salam Buat Semua.

Benarkah 16 program UniMAP tidak diiktiraf ?
Oleh ARSHAD KHAN dan MAZLINA ABDUL MAJIDberita@kosmo.com.my .15/3/2010
KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, hanya dua sahaja daripada 18 kursus yang ditawarkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan dan badan profesional.
Bermakna, 16 lagi program yang ditawarkan UniMAP sejak dinaik taraf menjadi IPTA pada 2001 adalah tidak diiktiraf sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Akreditasi Kejuruteraan-Lembaga Jurutera Malaysia (EAC-BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
UniMAP Dakwa Graduan Diterima Industri

Jawapan hari Ini 16/3/2010
Oleh FAIZAL NAZARUDDINfaizal.nazaruddin@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! semalam.
KANGAR - Di sebalik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) masih bergelut memperjuangkan pengiktirafan terhadap ijazah kejuruteraan yang ditawarkan daripada badan profesional, pihak universiti itu mendakwa graduannya diterima baik dalam sektor pekerjaan di negara ini.Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin (gambar) berkata, lebih 90 peratus graduan keluaran universiti itu mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar walaupun tanpa gelaran IR yang diberikan badan profesional yang berkenaan. lanjut kena baca Kosmo la

Nota :Mas...macam macam la ni , bina Universiti untuk rakyat menimba ilmu dan memegang ijazah . Tapi sayang kemungkinan ada kursus/ program ada yang tak diiktiraf oleh JPA ( Jabatan Perkhitmatan Awam) . Contoh dulu ada pelajar kita ambil bidang kejuruteraan di Jepun dan di Russia..tub..tub.. balik tak di iktiraf oleh JPA..kacau.kacau.. . Tolong tenguk sat Pak Menteri kesian kat orang kampung ni, ada yang potong getah , menebas dan turun kelaut mencari sesuap nasi... pepatah Orang melayu " Kais pagi makan pagi kais petang makan petang " ... pernah terjumpa yang tak berkais pun ada.

sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

2 comments:

mr cekodok said...

ada juga kes kawan2 yg belajar di ipts negara yang degree nya tidak diiktiraf BEM (board of engineer malaysia) kerana ipts tersebut masih baru.

Seri Bahasa said...

silap kerajaan benarkan terlalu banyak ipta tapi krusus tak di iktiraf...pelajar yang jadi mangsa...bagi pula ptptn...jerung yang kayaraya...mcm mana nak bayar bila tak dapat kerja...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung