Nuffnang

Wednesday, June 16, 2010

Bacalah kalau Anda Tak Sibuk


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "INNA LILLAHI WAINNA ILLAIHI RAJIUUN." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? ORANG YG KEDEKUT IALAH ORG YG MEMBIAR ATAU
TIDAK MAHU MEMBACA DAN BIARKAN INI BEGITU SAHAJA, MALAH DIA TIDAK MENYAMPAIKAN PULA PADA ORG LAIN.

12 comments:

Penulis Rindu said...

Salam tk kepada Hidayah yg hantar email nie

XYZ said...

tq... ats ingatan =)

mama affan said...

bagus ingat mengingat..

Anonymous said...

sgt2 berguna !

Shannice said...

ingatan yg elok..
sebenarnya dah tiga kali baca entri mengenai hal ini di blog lain... blog awak kali ketiga... :P

Penulis Rindu said...

Terima Kasih Ye :

Tak baca 5 x pun tak pe ye

enEnfeeL said...

=))..thanks..

Young Millionaire Cik Mariah Sazali, said...

wahh..nsb baik ary xbz..sb ary bce entry ni =))

Anonymous said...

bagus2...satu peringatan yg sangat baik utk semua...

Penulis Rindu said...

sebenarnya kita kadang kala, leka kan bukan untuk kamu,,untuk saya juga kan

Penulis Rindu said...

Terima kasih

Apple hijau :

Arieko San : tq kerana baca ye

Hasmadi : Terima kasih ye

amira afiqah said...

terima kasih atas peringatan :)
salam persahabatan.
follow sini :D

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung