Nuffnang

Friday, October 29, 2010

AC Mizal nyaris dipenjara..Kerana Tak bayar Nafkah


KAJANG – Akibat ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800, pengacara popular AC Mizal dijatuhi hukuman penjara 25 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam.

Bagaimanapun, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, terselamat daripada hukuman tersebut setelah dia berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak itu seperti yang diarahkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.

Abdul Halim memerintahkan responden iaitu AC Mizal dipenjarakan 25 hari bermula semalam melainkan jika pengacara itu menjelaskan bayaran nafkah sebanyak RM200 sebulan yang tertunggak sejak Januari 2005 hingga 19 Februari tahun lalu.

Sebelum itu, Abdul Halim yang membacakan penghakiman setebal 36 halaman berkata, dia mengambil kira tindakan responden memasukkan wang berjumlah RM8,200 ke dalam akaun bersama AC Mizal dengan anak keduanya pada Disember tahun lalu sebagai untuk mematuhi perintah mahkamah.

“Tindakan responden memasukkan RM8,200 ke dalam akaun anak kedua adalah untuk mematuhi perintah mahkamah tetapi cara kemasukan wang tersebut adalah terpesong kerana pembayaran semula diperintah dimasukkan ke dalam akaun anak yang pertama.

“Ini merupakan perlanggaran perintah tetapi tindakan responden itu tidaklah sehingga menghina mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah lain untuk responden patuhi,” ujarnya sebelum mengarahkan AC Mizal membayar tunggakan RM9,800 ke dalam akaun bank RHB milik bekas isterinya, Shafnie Zainudin dan anak pertama.

Dia turut diperintahkan membayar denda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya, Best Line Entertainment (M) Sdn. Bhd., kepada bekas isteri, Shafnie, 35..KOSMO

Isteri dan anak anak kita kena jaga la...masa kita mahu, kita belai...apabila masa tak nak, kita buat macam macam ye...........

10 comments:

sud@is said...

jangan dibuat main nafkah anak2..selaamt membayar AC

Sidratul Muntaha said...

org klu suek langgar hukum agama...
ape dia kira?!
masa dia suke,dia lanyak abis.
masa tak suke,dia cerca dia hina,dia buang.
tapi dia lupa..
dah senang dah mewah.
cuba kalau dia hidup melarat?
takdenya dia nak menongkat langit mcm tu.
bengong.

Nasir said...

dia duit byak mesti x heran la setakat byak tue..mau tau ar....jgan dok wat lgi perangai mcm tue dah la..
Semua Blogger Bodoh

HaN WarreN said...

aduhai AC ni pun 1 hal..dah kaya tu hulurla kat pokcik gak hahaha..

Penulis Rindu said...

wahai kaum lelaki jadikanlah diri kita sebagai suami misali ok.......

budakbalun said...

AC dimanaaa??
AC di mahkamah syariahhhh!!!

ASSOYFINGER67 said...

hai..banyak duit pun ..nak tunggu macam tu baru nak bayar..betul2lah..manusia menghambakan diri cari duit...duit pula menghambakan perasaan manusia agar tersimpang pada menjadi manusia yang baik...ehh..malaslah nak cite..cara dia bagi duit tu buat aku geram.....grrrr!

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Pada pandangan saya, AC sepatutnya mendahulukan anak-anak berbanding soal lain dalam hidupnya... Anak dgn bekas isteri tu anak dia juga! Bayangkan... nafkah tu tertunggak sejak tahun 2005... MasyAllah...

Penulis Rindu said...

terima kasih semua ye

Penulis Rindu said...

bayarlah ac mizal..kecian kat ..bekas isteri dan anak kamu...kita kena ingat ..Allah maha kaya..macam macam boleh jadi ye

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung