Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

Benarkah Nanu Lakon Aksi Ranjang Selepas 20 Tahun ?


Nanu Baharudin

PETALING JAYA: Pelakon Nanu Baharudin mengakui gementar dan malu ketika melakukan adegan panas bersama pelakon kacak Adi Putra dalam filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari 2011.

Kata Nanu, adegan tersebut merupakan pengalaman pertamanya melakonkan aksi ranjang setelah 20 tahun bergelar pelakon.

"Ini merupakan kali pertama saya diberi untuk melakonkan watak panas. Semasa latihan sahaja saya sudah berpeluh-peluh kerana takut, cemas dan gementar terutama berdepan dengan Adi Putra.

"Tapi ia tidaklah sepanas mana, kita ada hadnya di Malaysia. Setakat ini ia masih lepas dari tapisan Lembaga Penpisan Filem (LPF)

"Watak panas ini juga bukan bertujuan utama untuk menarik penonton, tetapi ada sebab kenapa ia dilakonkan terutama menyentuh kepada jalan cerita," katanya ketika sidang media pelancaran filem Haq, di sini, Rabu.

Jelas Nanu, sebagai pelakon dia hanya fokus kepada kerja lakonannya dan berharap tidak dipandang serong oleh masyarakat dan peminat.

"Saya takut juga dengan pandangan peminat sebab sebelum ini saya hanya bawa watak ibu atau wanita korporat. Saya harap mereka tidak pandang serong sebab tujuan adegan tersebut adalah bagi menceritakan babak seterusnya.

"Setelah melalui LPF, kami hanya perbaiki dan tidak perlu memotong adegan tersebut," katanya yang melakonkan watak Zahra.
Barisan pelakon utama Haq

Dalam pada itu, Nanu memberitahu filem tersebut memakan masa dua tahun untukn disiapkan kerana proses penggambaran dan suntingan dilakukan dengan teliti.

"Banyak proses yang kami jalankan dengan teliti, bermula dari pencarian pelakon utama sehingga proses suntingan terakhir. Maklumlah ini merupakan projek pertama saya dan KasehDia, jadi kami mahu yang terbaik.

"Selepas itu, pada tahun lepas kami ada memilih beberapa tarikh tayangan tetapi tidak sesuai sehingga dapat tarikh 27 Januari tahun depan," katanya.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta ini juga memilih United Studios iaitu anak syarikat KRU Studios yang bertindak sebagai pengedar dan promosi.

Menurut Pengasas dan Pengurus Besar KasehDia Pictures, Jumatun Azmi berkata, perancangan utama adalah untuk membawa filem ini ke luar negara terutama ke Timur Tengah seperti Mesir dan memasuki pasaran antara bangsa.

"Kami merancang untuk membawa filem ini ke pasaran antara bangsa dan kami tahu United Studio adalah satu-satunya pengedar yang mempunyai lesen untuk pengedaran luar negara.

"Kami ingin memasuki pasaran Timur Tengah namun bagi langkah pertama ia mungkin akan dipasarkan ke pasaran filem Amerika Syarikat pada bulan hadapan," jelasnya.

Filem yang menggunakan khidmat pengarah terkenal Hong Kong, CL Hor yang sebelum ini pernah mengarahkan filem The Third Generation dan Kinta mampu memberi kesan aksi sehebat filem antara bangsa dengan menggunakan teknik janaan imej berkomputer (CGI).

Haq memaparkan kisah dua beradik yang dikurniakan dengan kuasa istimewa sehingga membawa kepada pertembungan yang amat mendebarkan.

Filem ini juga banyak memberi pengajaran dan nilai-nilai kekeluargaan yang terputus akibat dari kuasa yang ada.

Antara pelakon yang terlibat ialah Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail dan ramai lagi. MSTAR>>>>>

8 comments:

ishiko said...

macam-macam.... hhuhuu..

Sidratul Muntaha said...

adoii..
malas ckp..
dah artis..

zt-zati said...

agak2 halal ke gaji yg diterima nanti..??
~artis..
sume mcm tu agaknye..

Nasir said...

artis mcm nie..dah terjebak...susah la...nk patah balik...
Artis Kita Layan Arak

Dear Jim said...

tau pun panas kat katil masa latihan bersama2 adi putra..panas kat neraka dia boleh bayangkan tak berapa juta degree celcius??

anakasih said...

nanu..nanu..matlamat xpernah halalkan cara..even suka berlakon, xperlu la buat perkara smpai jatuh hukum haram. haram tetap haram

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Bagaikan bangga mendabik dada memperlihatkan kebodohan diri sendiri...

ASSOYFINGER67 said...

salam...dunia lakonan memang dunia yang tak sesuai untuk orang Islam.....bagi aku nanu telah membuat sesuatu yang merosakkan maruah dan imejnya sebagai muslim..akal dikuniakan pada setiap manusia..gunakanlah ia sebaik2nya...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung