Nuffnang

Monday, November 22, 2010

Berhati hati....RM300,000 lesap di Internet sebulan


BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Para pembeli pelbagai barangan secara dalam talian melalui Internet di negara ini mengalami kerugian di antara RM200,000 hingga RM300,000 setiap bulan gara-gara tertipu dengan sindiket perniagaan yang sebenarnya tidak wujud.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih, Azli Paat yang mendedahkan perkara itu berkata, jumlah tersebut berdasarkan lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan transaksi urus niaga yang dibuat menerusi pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, perbankan Internet atau bayaran secara bersemuka bernilai RM2.5 juta hingga RM3 juta setiap bulan.

Setiap hari, rakyat di negara ini berbelanja kira-kira RM100,000 untuk membeli pelbagai produk secara dalam talian di Internet.

Katanya, terdapat empat proses penting ketika pembelian dalam talian iaitu carian Internet, pengesahan atau perjanjian pembelian, penghantaran dan pembayaran.

“Malangnya penipuan sering berlaku apabila proses ini tidak diikuti. Kaedah yang salah ialah pembayaran dahulu baru penghantaran menyebabkan barang tidak sampai kepada pembeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nota : Penulis pernah berhadapan dengan kes ini seorang sahabat telah hilang wangnya di dalam sebuah bank yang dipindahkan ke akaun orang lain..huhu..macam macam la nie .

26 comments:

Abu Luqman said...

salam ...berhati hati ye

cik mas said...

kalo shoping on9 kite just bank inn dwit kepada penjuall..x de mslh kot..... kalo yg jenis transfer 2 yg parah 2....

deem said...

tak pernah beli brg online ni sebab takut...klu mau sangat just minta tolong member belikan

Abu Luqman said...

permysuri...beli o9 bankin tak pe..
jgn tranfer je duit tu


deem : tak beli tak pe... beli pada yg kenal je..

orang muo said...

hmm ..simpan duit dlm bank pun dah tak selamat..

Abu Luqman said...

salam

Orang muo...betul tu .bro

ghost said...

itu yang selalu saya risaukan..tapi buat masa nih belum pernah terjadi kat aku

Aku Anak Pahang said...

Begitulah hidup ini penuh dgn tipu daya semoga kita semua berwaspada selalu.

Jom Singgah Ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

Khairy said...

peh..ramai tu..tak sangak ramai yang sanggup menipu pelanggan. Minta dijuahkan...

abunyer said...

Nasib baik hujung tahun begini duit dah makin kurang.... kalau tidak saya tergolong dalam golongan 'terkena'.

Abu Luqman said...

terima kasih :

cik biskut :

Aku anak pahang :

Abu Luqman said...

maksih

Khairi :ya minta dijauhkan

ABuye..berhati hati ye....

WAHIDA ALIAS said...

tetibe takot la plak nk gne on9 banking sume tu

Captain said...

bagus info bagi tau kawanx...supaya diberkatiNya.

Penulis Rindu said...

terima kasih

wahida

capt...mai lagi ye

King Of Single said...

penah dlm bank saye ade rm4000!!

woo sape kasi ek??

still thinking till now..HAHA

Kak Mahh said...

Kesimpulannya..kena lebih WASPADA

a loqman said...

King Of Single : bagus la dah dapat 4000...leh pinjam tak

zmah : ma kasih..kerana waspada

tiefazatie said...

morning..isk2..kena berhati2 nie..

Geng Borak said...

huhuhu.. bahaya ada di mana2..
huh..
http://shakiddo.blogspot.com/

Abu Luqman said...

terima kasih

Tiefa : kena berhati hati ye

Kid : baya dimana mana ada ye

zubair ghazali said...

erk.. takutnye~

azura samsuddin said...

zura antara yg suke gak beli online, slalunye baju anaklah sbb kdg2 tatau bile dpt nak g beli.. tp pepun kena compare harga termasuk postage skali s/ada untung, biasa2 atau merugikan.. hehehe

Abu Luqman said...

terima kasih
Ibnu Ghazali

azura samsuddin

Haziq bukan Hacker said...

leh tanyer..lau beli online guna bank aper?

Penulis Rindu said...

macam macam bank ade..

mengikut penjual yang memperkenalkan produk mereka la...bank mana yang mereka menguruskan transaksi...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung