Nuffnang

Monday, November 15, 2010

Hari Ini semua Umat Islam Berada Di Arafah


Gambar Padang Arafah..Ehsan Google

Salam buat semua..

Hari ini semua umat Islam berada di Arafah untuk wukuf..ini adalah salah satu daripada Rukun Haji..Wukuf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun satu saat sekalipun dari masa gelincir matahari kesembilan zulhijjah hingga terbit matahari kesepuluh zulhijjah. Seelok eloknya berada di sana sebahagian hari kesembilan dan sebahagian malam kesepuluh.

Wukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji. wukuf ini menggambarkan bagaimana perhimpunan manusia yang paling ramai di dunia dengan seramai 2 juta orang. Wukuf ini menggambarkan perhimpunan manusia di Padang Mahsyar nanti.. di Arafah adalah salah satu tempat mustajab kita berdoa..wukuf ini juga membezakan antara mengerjakan haji dan umrah...

Akhir Kalam..kita mendoakan agar Allah melindungi umat Islam di sana, terutamanya rakyat Malaysia yang berada di sana serta di permudahkan amalan mereka. Sayangku. .aku mendoakan semoga kau dapat menyempurkan haji tahun ini serta di perolehi kesihatan yang baik serta di permudahkan semua amalan di sana...amin

5 comments:

Penulis Rindu said...

semoga Allah melindungi mereka di sana

Khairy said...

best nye dapat gi haji...bila la dapat nak gi sana...

Penulis Rindu said...

Tq khairi..insyallah kita berdoa ye

Unknown said...

salam aidiladha....

Abu Luqman said...

terima kasih posh 76

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung