Nuffnang

Friday, November 19, 2010

Jemaah melontar, tawaf dalam hujan lebat..Ya Allah Kau Lindungilah Mereka..


SEJUMLAH jemaah berjalan dalam hujan di Mina pada malam kelmarin.


MINA, Arab Saudi - Hujan membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin. Walaupun tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang menambahkan impak hujan tersebut.

Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.

"Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami telah diterima. Ini adalah rahmat," kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.

Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung. Di dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.

Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.

Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup.

Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu.

Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.

Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.

Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.

Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.

Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. - Agensi..Kosmo...

Semoga Allah Melindungi mereka semua... Amin

20 comments:

Penulis Rindu said...

semoga Allah memberi perlindungan dan memudahkan mereka melakukan ibadah haji...

Annisa said...

moga mereka selamat mengerjakan Haji dan selamat segala-galanya. Amin.

Amira is mira said...

Semoga Allah melindungi mereka semua dan mendapat haji yang mabrur

mama affan said...

Amin..bila la peluang kita2 nih..

Abu Luqman said...

terima kasih :

ameera

anisa

Kak Mahh said...

Alhamdulillah...hujan rezeki

Abu Luqman said...

fikirny : INSYALLAH DOAKAN JE

ZMAH : kita merancang allah yang menentukan

F. A said...

ujian bt mereka....smoga mereka berjaya menyempurnakan ibadat haji...amin....

Khairy said...

1st time dengar time haji ada hujan lebat...kalau nak diikutkan, hujan tu memang rahmat Allah...wallahua'lam

Abu Luqman said...

zana ahamad : makaceh ye

Khairy :semoga allah memberi rahmat kepada mereka

ummu said...

Salam Abu Luqman
moga hujan itu hujan rahmat

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Semoga mereka tabah dan dilindungi ALLAH...

Ain Zulaikha said...

ish lebat sangat tu..

harap mereka dapat sabar.. semua ujian

Penulis Rindu said...

terima kasih

Ummu :: semoga hujan bawa rahmat

Fuziani JsR : semoga allah melindungi mereka...

ghost said...

menguji tahap kesabaran umat.

Abu Luqman said...

ter50a 2as5h

Ainz ::ye harap merek abersaabar ye

Biskut : tq ye....itulah ujuan Allah

ASSOYFINGER67 said...

Hanya Allah yg Maha Mengetahui dan hanya DIA yg dapat menjawab segala persoalan....hanya Maha Pemberi dan Pengampun...

Abu Luqman said...

ma kacih

Assoy..Kita yang merancang..allah adalah sebaik baik perancang..

Penulis Rindu said...

terima kasih ye semua

C'chanteque Manes said...

alhamdulillah..bsyukur sgt masa pergi dahulu tiada sebarangan masalah...huhu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung