Nuffnang

Wednesday, November 3, 2010

Kalau Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah, Orang lain macam mana pula ye ?


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya. Malaysiakini

21 comments:

Penulis Rindu said...

salam..orang yang tidak tahu beza sahaj yang cakap begitu ye...

paDel said...

orang yg cetek ilmu cakap tak pakai akal..camtu la jadinya..kalau ye pon nak rasuah..takkan la nk buat terbuka camtu...isk..isk...isk...

orang sekarang ni..ahli agama camtu pon difitnahnye...

orang muo said...

lebih baik memberi secara terang dan nyata..tandanye ikhlas.. daripada memberi secara gelap... ada maksud tertentu :)

Nazifa M.Zali said...

org cetek ilmu agama nie mmg camtue la..
mane dia tahu hukum hakam nie.. PAS bg duit sikit pun rasuah..
boleh x saya ckp dorang xde akal?
*geram sebenarnye*
maafnye emosi plak kt sini..ehee

faryzh said...

maaf kalo terkasar.
memang sangat cetek pemikiran orang yg tuduh camtu.kalo iye pon nak bg rasuah takkan nak lakukan kat tempat terbuka camtu.terlalu asyik nak cari salah orang sampaikan takleh nak beza hal berkaitan agama..

Kak Mahh said...

Semua lapor sesuatu berita pastikan KESAHIHAN berita itu.

Teratakindah said...

sedih tgk para ulama saban hari makin diberi tohmahan sebegini..sabarlah Tok guru...keadilan sentiasa bersamamu kelak..

Unknown said...

leka sgt dgn dunia tu yg lupa pada yg SATU.

Penulis Rindu said...

makaseh sema.

to zmah said..saya dah link ngan Malaysiakini..ye..

Penulis Rindu said...

makaseh sema.

to zmah said..saya dah link ngan Malaysiakini..ye..

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

org lain semua salah,gomen je yg betul.

Seri Bahasa said...

ini semua adalah permainan politik. biar rakyat yang menentukan halatuju mereka.

Nur Fannun said...

surt khbar klu cite bab politik tak leh percya sgt & kish2 yg melibatkn pihk atsn & yg bkuasa..klu ikut logik, mne de org bg duit rasuah terang2an mesti sorok2 punya mne leh terang2..klu bg rasuah wt pe dok ats kerusi bek berdiri..

Orang Lidi said...

adeh.... siapa yg percaya memang kelakar teramatlah...

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Cakaplah apapun, tulislah apapun... kami dah celik politik... kami tetap berpihak pada yang benar... Tuan Guru beri rasuah????? kalau org biasa tu mungkin boleh diterima akal... ni Tuan Guru... GILA mereka ni!!!

Haw said...

nama pun utusan malaysia.. sapa laa yg masih lg percaya!

ASSOYFINGER67 said...

tuk guru bukan bodoh..aku bukan ahli bulan tapi aku tau Nik Aziz bukan macam tu...huhu..aparaaa isu macam tu nak dimanupulasi..kemarok nak menang

Penulis Rindu said...

Terima kasih semua ye...semuanya dah celik ye...Allah hu akhbar

intan izani said...

tergamak diorg tuduh ulama mcm tu rasuah... dulu time mengundi hubby byk jugak dpt on the way balik kelantan nak undi, satu bas budak2 utm dpt sorg 200 BN bagi... takde lak kecoh masuk tv.

Penulis Rindu said...

betul tu intan izani...depa bagi duit tak apa...Tu yang bagi macam macam.. paper x kata apa pun..apa pun Kita Doa Allah memberi kemenangan kepada Tok Guru Kita... Takbir... Allah Hu Akhbar

cimöt said...

buat baik dikatakan salah..
buat jahat dikatakan baik??
otak letak tang mana ntah..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung