Nuffnang

Wednesday, December 1, 2010

Gempar..11 undi selamatkan menteri daripada potongan gaji



Gempar ..ye..Kredibiliti Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau and Air hampir 'tercalar' hari ini jika tidak kerana majoriti 11 undi yang menentang usul potong gaji menteri berkenaan sebanyak RM10 di Dewan Rakyat.
Usul yang dikemukakan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) itu menyaksikan 58 ahli parlimen mengundi untuk tidak menyokong usul tersebut berbanding 47 anggota yang bersetuju supaya RM10 dipotong daripada gaji menteri berkenaan.

Selain Chin (kanan), hanya tiga menteri kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dilihat berada di dalam dewan dan layak untuk mengundi.

Pengundian usul itu yang sepatutnya hanya dilaksanakan melalui undian suara 'terpaksa' menukar rentak apabila kebanyakan anggota Parlimen pembangkang tidak puas hati apabila ramai yang tidak berpeluang berucap selain tidak berpuas hati dengan penggulungan usul oleh Chin.

Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Yang di-Pertua Datuk Ronald Kiandee bersetuju undian belah bahagian dilakukan setelah berpuas hati terdapat lebih daripada 15 anggota dewan yang bersetuju dengan cadangan itu.

Tempoh pengundian kira-kira 10 minit diisi dengan pelbagai ragam anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang saling 'berperang mulut', malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga berada di dalam dewan turut menerima sindiran daripada pembangkang apabila diingatkan bahawa beliau tidak layak untuk mengundi.

Hehehe..sepatutnya di cadangkan potong gaji sebanyak RM 1000 bukan Rm 10. rm 10 tak ada ape lah.. tuntutan elaun melawat kawasan pun Rm 3000..agak agak je..huhu..Gempar gempar...

15 comments:

Penulis Rindu said...

bapak menteri keja kena rajin tau..nanti potong gaji...

Bee said...

tak suka tengok attitude orang politik sekarang

perindu_خلافة said...

tujuan potong gaji sebanyak RM10 tu sbenarnya bawa mesej besar.. walhal kalau ditolak RM1 pn membuktikan bahawa tujuan penolakan itu adalah sesuatu yg berasas~
bila pandang dari sudut tertentu mgkn anda akan faham,
^_^

shahrilhakime said...

kekeke....
kalo jadile potong RM10 tu...kompom malu beso le deme....sape tu???? pikio sendighi leee.....

Penulis Rindu said...

haha ..

baru semua korang faham ye hehe

Aku Anak Pahang said...

Salam, potong2 sikit apalah salahnya kalau gaji besor :)

New Entry "Aku, Kamu dan Entri."

Penulis Rindu said...

makasek aap

bijak memotong utk..up grede keja

Mulan said...

adei... gempar betol kes sepuloh hengget ni..

suzie rahman said...

rm10 je ker.kikiki

Abu Luqman said...

makasih

Mulan..kalau gaji d potong malu dep aye

Suzirahman...

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Potong RM10 pun mau kecoh ka???? patut2nya x RM10 tapi RM1000 sebulan....

abu muaz said...

salam ziarah dan kenal.

Gen Fujita said...

Kelakar berita ni. He he he...

Abu Luqman said...

Terima kasih

Fuziani JSR

Abu Muaz

Gen Fujita

Syahida Baharuddin said...

10 je pn kan..
ptg 10 pn xleh ek..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung