Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, June 30, 2010

Fikir Fikirkan lah


Assalamu'alaikum wrm.

1. Anak-anak yg dalam perjalanan ke sekolah, berfikir di tengah perjalanannya tentang subjek yg paling meluat yg akan dihadapinya pd hari ini. Tak ketinggalan, memikirkan guru yg paling tak popular di hatinya, yg akan datang menjenguk klasnya hari ini.

2. Orang yg bekerja di pejabat, lesu menghidupkan enjin kereta. Memikirkan fail yg bertimbun-timbun, kerja yg terbengkalai, kerenah 'bos' dan birokrasi yg tak pernah padam.

3. Guru-guru pula terpaksa 'bersilat' awal ke sekolah. Anak-anak yg akan di 'transit' ke nursery, tak ketinggalan ko-korikulum yg memenatkan, belum lagi kerenah anak-anak murid yg semakin ' bersopan' mutakhir ini. Pening!

4. Kelab Orang Pencen (KOP) , selepas subuh, tiada lain yg difikir - Nasi lemak, teh tarik, roti canai dan kepulan asap-asap rokok ibarat hutan simpan yg terbakar, menjadi agenda penting setiap pagi. Tak lupa juga, suratkhabar yg bersedia untuk memutar otak-otak mereka. Quran? Lain tahun baca!

5. Ahli-ahli politik yg 'tak siuman' nak fikir apa? Kena fikir nak 'makan siapa' hari ni. Nak kata apa hari ni di parlimen. Nak tidur dan nak dengkur pukul berapa dalam sessi perbahasan parlimen hari ni. Kemudian berlagak dan mendakwa jadi pembela rakyat.

6. Tiada fikir yg baik, kecuali untuk memertabatkan Islam dan kehebatannya.

Iklas dari Minda Muslim

Tuesday, June 29, 2010

Double F - Forgive and Forget


Salam.

Firman ALLAH SWT (mafhum):

`Dan janganlah bersumpah org-org yg mempunyai kelebihan harta dan kekayaan di antara kamu, bahawa mereka tidak akan memberikan kekayaan mereka itu kpd kaum kerabatnya, org-org miskin dan yg berhijrah di jalan ALLAH. Malahan mereka hendaklah memaafkan dan mengampunkan (melupakan). Tidakkah kamu suka sekiranya ALLAH mengampuni dosa kamu , sedangkan ALLAH Pengampun lagi Penyayang.'
AN-NUR: 22

Sebab turun ayat:

Ayat ini diturunkan dan ditujukan kpd Abi Bakr r.h.

Ia telah bersumpah untuk tidak lagi memberikan sokongan nafkah bagi perbelanjaan sepupunya yg miskin, yg ditanggung makan minumnya yg bernama Mastoh bin Uthathah, kerana Mastoh telah terlibat secara langsung dalam peristiwa Hadithul Ifki (berita palsu), yakni fitnah yg menuduh Saidatina A'isyah r.h. telah melakukan zina.

Perbuatan Abi Bakr ini telah ditegur ALLAH SWT.

Rasulullah saw datang mendapatkan Abi Bakr, memujuknya supaya memaafkan dan melupakan kesalahan Mastoh, dan meneruskan kembali bantuannya kpd Mastoh.

Mendengar ayat ini dibacakan Rasulullah saw kepadanya, ia berkata: `Bahkan! Sememangnya saya suka ALLAH mengampunkan saya.'

Akhirnya, ia meneruskan bantuannya semula kpd Mastoh.

Inilah tuntutan Islam, namun payah untuk mengerjakannya.

Double F - Forgive and Forget! Sedutan Dari dari Minda Muslim..Utz Halim Nasir

Monday, June 28, 2010

Masakan Istimewa Pak Arab..Nak Cuba Ke...







Salam buat semua..kalau Chef wan atau chef Sabri yang lihat makanan dhob nie, pastinya mereka nak pi lihat serta buat pengambaran , dalam program masak dhob ala Al arabie. Nak cuba ke....boleh lah try kan

Friday, June 25, 2010

Pihak JAKIM, Ragui Status Pembungkusan Makanan Segera





Salam buat semua..baru baru ini bahagian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah membuat serbuan ke sebuah pasaraya besar . Pihak JAKIM telah menjumpai platik pembungkusan potato chip ,atau kentang yang belum digoreng dan diragui status kehalalanya.Sila lihat tulisan pada pelastik pembungkusan, ejaan pun tidak mendapat kelulusan DBP.. Mahukah kita makan benda benda macam nie..sebelum ini pun ada seorang peniaga telah menyaman sebuah pasaraya besar mengenai masalah status halal ayam yang dibeli di pasaraya tersebut... tak tahulah apa ak jadi..mencari makanan yang halal itu fardu..kita perlu mencari yang halal ye...umat Islam harus peka berkaitan perkara halal ye..

Thursday, June 24, 2010

Kehebatan Nelayan Afrika, Ikan Paus Pun Boleh Di Tangkapnya






Salam semua dari orang Kampung...inilah kehebatan dan aksi pelembing ikan pauh dari benua Afrika..mereka ini dulunya sebagai hamba dizaman rejim apathaid , sekarang ini lihatlah kehebatan dan keberanian mereka..mereka bukan lagi dijajah tetapi memerintah negara sendiri.
Disamping kehebatan sebagai nelayan , mereka juga mampu untuk menganjurkan sukan bolasepak Piala Dunia yang berlansung sekarang, bukan calang calang negara yang mampu menganjurkanya.Pasukan mereka telah masuk ke pusingan kedua..Bravo Afrika......kita nahukan sikap ini ada kepada masyakat melayu..bukan sekadar menjadi pentadbir tetapi kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang.....mahukan kite

Tuesday, June 22, 2010

Ok Bungaku, Kenapa Kau Kembang Hanya Semalam




Oh Bungaku, Kenapa kau kembang hanya semalam, Abu luqman pun hairan la..itulah anugerah Allah..kembangnya pada sebelah malam pulak tu.8 malam..sampai jam 9.00 pagi je..lps tu dia menguncup balik. Gambar bunga buah Pitaya ( Dragon Fruit )ini diambil di hadapan rumah ABu Luqman.

Bagi anda yang tidak mengenali buah pitaya, tentu ingin tahu bagaimana rupa dan rasanya buah ini bukan? Buah pitaya yang belum matang berbentuk bulat dan terdapat dalam tiga warna yang berlainan. Kulitnya seakan buah nenas, tetapi lebih lembut dan dilitupi dengan bunga-bunga yang berwarna merah. Biasanya, sebiji buah pitaya boleh mencecah purata berat dari 150 hingga 500 gram. Buah pitaya berwarna hijau ketika belum matang dan bertukar kemerahan menandakan buahnya telah matang dan sedia dipetik.
Buah pitaya ini bukan sahaja sedap dimakan tetapi khasiat yang terkandung di dalamnya juga banyak dan ianya berguna dari isi sehinggalah ke batang pokoknya. Keunikan buah ini ialah setiap satunya mengandungi khasiat yang berlainan untuk kesihatan.Buah yang berisi putih dan merah jambu kaya dengan serat, vitamin C dan B serta beta karotin yang tinggi. Manakala, buah pitaya yang isinya merah jambu dikatakan berkesan untuk awet muda kerana antioksidan (anthocyanim) yang terkandung didalamnya tinggi dan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas. Buah pitaya berisi merah dapat membantu dalam mengawal tekanan darah tinggi manakala kelebihan buah pitaya yang isinya kuning pula terletak pada rasanya.
Selain buah, bunga-bunga pada pokok ini juga boleh dimakan. Bunga yang masih segar boleh dihidangkan sebagai salad, sup ataupun digoreng, manakala daun yang kering pada hujung buah yang hampir masak boleh dikeringkan dan kemudian dikisar halus dan dibuat minuman seakan teh. “Selain dimakan secara mentah, ianya boleh dijadikan jus, jem, pai, jeli, sirap dan cuka kesihatan,” .Buah pitaya merupakan buah yang tahan lama dan boleh tahan segar selama 2 minggu. Jika disimpan dalam peti sejuk buahnya boleh tahan sehingga 2-3 bulan tanpa menjejaskan rupa luaran buah ini.

Monday, June 21, 2010

Pameran Kereta Malaysia





Salam Buat semua..hari ini penulis memaparkan , gambar pameran kereta yang telah diubah suai oleh pemiliknya. Semua kereta ini telah diluluskan atau tidak ,oleh JPJ tak tahu pulak ye..Itulah kreatif orang Malaysia ye.. Dulu semasa zaman kereta volkwagen diubah suai jadi macam macam bentuk, ada bentuk sebiji macam kereta porsce pun ada. Gambar ini diambil kat mana tak diberitahu ye..ini sekadar untuk kongsi maklumat je.....tak puas hati bagi komen ye.........

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa



Salam Buat semua, minggu ini kita merayakan hari bapa, tak tahu dan tak pasti siapa yang memulakanya. Tahu tahu masuk surat khabar dan Tv je...

Seorang bapa berwatakan tegas, garang dan bengis sudah menjadi lumrah bagi sesetengah yang bergelar bapa. Namun di sebalik sifat itu hakikatnya perasaan kasih sayang begitu tebal dalam dirinya walaupun mungkin tidak diungkap dengan kata-kata. Tugas bapa yang hakiki ialah menjaga, memberi kasih sayang serta mendidik dengan memberi nilai nilai didikan secara yang dituntut oleh agama Islam. Disamping itu bapa juga di amanahkan untuk memberi nafkah dan tempat tinggal yang sempurna bagi keluarganya. Apa bapa yang pemalu dan lemah lembut. Bapa yang lemah lembut juga dapat membentuk anak anak dengan kasih sayang caranya terendiri.

Abu Luqman berbangga menjadi seorang bapa kepada anak anakku, syukur Alhamdulillah sehingga kini penulis berharap serta berdoa dan bersyukur kehadrat ilahi apa yang dianugerahkanNya selama ini.

Sudah lama penulis merayakan hari raya tanpa bapa..bapaku telah pergi meninggalkan ku diusiaku 16 tahun. Tinggalah aku , Ibu , abang dan adik meneruskan kehidupan didunia yang sementara ini tanpa bapa. Kini kedua duanya telah pergi..syukur,kini aku telahpun bekeluarga serta hidup dalam harmoni..Ya Tuhanku kau ampunilah dosa kedua Ibu Bapaku dan kedua Ibu bapa muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini. Waalahuaklam.

Friday, June 18, 2010

Jumaat Penghulu Segala Hari


Salam buat semua...

Abu Luqman ingin berkongsi dengan rakan blogger sekelian mengenai perihal hari jumaat , ada banyak perkara berlaku pada hari Jumaat, antaranya ialah :

1. Dikenali sebagai Penghulu segala hari
2. Nabi Adam a.s. dijadikan oleh Allah
3. Nabi Adam a.s. dimasukan ke dalam syurga
4. Nabi Adam a.s. dikeluarkan daripada syurga
5. Akan berlakunya hari kiamat pada hari Jumaat
6. Allah izinkan ahli syurga mengunjungi syurga
7. Malaikat menamakan hari Jumaat itu hari Penambahan kerana banyaknya pintu rahmat
dibuka.
8. Hari dimana Allah menaburkan kebaikanNya dan melimpahkan kurniaNya.
9. Ada satu masa yang dimakbulkan doa pada hari Jumaat. ( Berdoalah )

Tazkirah ini dipetik dari Kitab " Mulianya Hari Jumaat " karangan Tuan Guru Saya Aruah Ustaz Haji Fadzil Bin Haji Ahmad . Alor Setar Kedah. Kita hadiahkan surah Al Fatihah kepadanya.

Thursday, June 17, 2010

Sepetang Makan Laksa Di Kuala Kedah







Salam buat semua..baru baru nie hari ahad penulis dan keluarga telah pergi makan kenduri dari Butterworth ke rumah Ibu saudara di Alor Setar.

Setelah 2 jam duduk berbual di rumah ibu Saudara.Penulis pun minta diri dulu untuk pulang, semasa dalam perjalanan, penulis sekeluarga teringin nak makan laksa Kuala Kedah.Kami pun bertolak ke Kuala Kedah, meninjau jetty Kuala Kedah yang telah lama tak ke sana.

Dalam 20 minit membuat tinjauan , penulis terus menuju ke destinasi di retoran Zakaria, Teluk Kecai, Kuala Kedah ( orang Kedah panggil dia Pakya), fuhh kereta bersusun nak makan laksa pakya. Penulis beratur kira 20 minit baru dapat membeli laksa. Ramainya orang cik/tuan/puan boleh tengok dalam gambar ye..

Di Antara resepinya ialah Laksa,kuah, bawang besar,cabai cili api, dan, sambal nyok ( nyior ) kalau tak biasa mai ke Kedah sila lah rasa ye ...murah je..RM 10.00 sekilo kalau bungkus.

Wednesday, June 16, 2010

Bacalah kalau Anda Tak Sibuk


SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA............

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "INNA LILLAHI WAINNA ILLAIHI RAJIUUN." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? ORANG YG KEDEKUT IALAH ORG YG MEMBIAR ATAU
TIDAK MAHU MEMBACA DAN BIARKAN INI BEGITU SAHAJA, MALAH DIA TIDAK MENYAMPAIKAN PULA PADA ORG LAIN.

Monday, June 14, 2010

Ibu Bapa Pasrah Mengenangkan Masa Depan Anak Mereka


BESUT 13 Jun – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dikurniakan anak istimewa mungkin ujian yang cukup berat bagi sebuah keluarga namun pasangan suami isteri, Suhaimi Hassan, 46, dan Noraidah Kadir, 42, pasrah menerimanya.

Bukan seorang malah tiga daripada sembilan cahaya mata mereka merupakan anak istimewa.

Demi kasih sayang terhadap anugerah Allah itu, mereka tidak pernah mengeluh apatah lagi mahu menyalahkan takdir.

Menurut Suhaimi, dia sememangnya tidak pernah menyangka ketiga-tiga anak lelakinya akan menimpa nasib yang sama iaitu disahkan menghidap sejenis penyakit misteri ketika berusia enam hingga 10 tahun.

Ketika kecil, katanya, mereka bertiga iaitu Mohd. Sayydan, 18, Mohd. Badli, 14, dan Mohd. Hashim, 12, seperti kanak-kanak normal lain namun mula berubah apabila menjangkau usia enam tahun.

“Bagi Sayydan, ketika lahir dia normal namun ketika usianya sembilan tahun bahagian buku lalinya mula bengkak sehingga sukar berjalan.

“Dia sering terjatuh di sekolah malah terpaksa dibantu rakan-rakan untuk menaiki tangga ke kelas,” kata bekas tentera itu ketika ditemui di Kampung Bukit Kemuntung, Alor Keladi, Jertih dekat sini baru-baru ini.Penyakit Mohd. Sayydan semakin serius sehingga berpapah dan berpaut pada dinding untuk berjalan menyebabkan dia terpaksa diberhentikan sekolah.

“Rawatan demi rawatan kami cuba termasuk bomoh namun tiada ubat yang mampu menyembuhkannya,” ujarnya.

Menurutnya, anak keempat pasangan itu, Mohd. Badli juga menerima nasib yang sama apabila lebih awal disahkan menghidap penyakit tersebut iaitu ketika berusia setahun.

Ujian terus datang bertimpa apabila anak kelima pasangan itu, Mohd. Hashim pula mengalami masalah yang sama ketika berusia lapan tahun walaupun sebelum itu sangat aktif bergerak.

Berbanding dua abangnya yang kini terlantar, Mohd. Hashim agak bertuah kerana masih mampu mengesot.

Noraidah bagaimanapun bersyukur apabila dua lagi anak lelakinya iaitu Mohd. Shalihin, 15, dan Mohd. Hanif, 10, selain tiga anak perempuannya iaitu Nor Syaima Amirah, 17, Siti Syazwani, 8, dan Nik Safia, 1, normal.

Bagaimanapun, penderitaan tersebut seakan-akan tidak berakhir apabila anak ketujuh mereka, Mohd. Nashirudin, 6, juga mungkin menerima nasib yang sama apabila mula menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit tersebut.

“Doktor pernah memaklumkan anak-anak kami ini menghidap Duchenna muscular dystrophy iaitu sejenis penyakit yang berkaitan sendi dan genetik.

“Tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut selain kuasa Allah sahaja, jadi kami reda dengan keadaan ini,” jelasnya.

Sementara itu, Suhaimi mengakui menjaga ketiga-tiga anaknya itu tidak rumit apabila mereka boleh makan dan minum apa sahaja, namun keperluan lampin pakai buang menyebabkan kos yang tinggi terpaksa disediakan.

Jelasnya, dua anaknya itu terpaksa menggunakan lampin pakai buang dua hari sekali menyebabkan peruntukan sebanyak RM120 sebulan perlu disediakan hanya untuk lampin berkenaan.

“Kami bersyukur kerana menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan untuk menampung keperluan seharian selain terpaksa menggunakan duit pencen.

“Setakat ini saya tidak boleh bekerja kerana sukar untuk ibunya seorang diri menguruskan ketiga-tiga anak kami itu,” ujarnya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Suhaimi di talian 019-947 1485.
Utusan 14/6/2010

Sunday, June 13, 2010

Hidup Sengsara 15 Tahun


KADIR menunjukkan jeriji besi yang telah patah dan diletakkan sekeping papan di Flat Taman Teluk Kumbar, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Lima flat kos rendah di Sungai Batu di sini sudah berusia 15 tahun dan kini didiami dua generasi penduduk melibatkan kira-kira 4,000 orang.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu, penduduk sering ditimpa masalah ekoran bangunan itu tidak diselenggara dengan baik seperti tiada tong sampah yang sempurna, jeriji penghadang patah, litar elektrik rosak dan alat pemadam api yang tidak berfungsi.

Penduduk menyalahkan pemaju dan mendakwa masalah mereka tidak dipedulikan sehingga mereka pernah mengadakan bantahan aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

Pengerusi persatuan penduduk Taman Teluk Kumbar, Kadir Mohd. Pitchay, 61, berkata, masalah paling besar dihadapi penduduk ialah hak milik strata yang masih belum diserah kepada mereka sejak lebih satu dekad.

“Sudah berkali-kali kami menuntutnya tetapi pihak pemaju hanya mendiamkan diri. Lebih teruk lagi, mereka mengunci bekalan air jika penduduk tidak bayar yuran penyelenggaraan,” katanya ketika ditemui semalam.

Jirannya, Kamal Basha Ismail, 50, berkata, kawasan perumahan tersebut langsung tidak dijaga sedangkan penduduk membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan.

Saturday, June 12, 2010

Ke mana Arah Tuju Pelajar kita Selepas SPM


Ketika dan masa ini ramai di antara adik adik / pelajar kita sedang menunggu keputusan untuk diterima masuk sebagai pelajar baru ke IPTA/IPTS . Ada yang telah menerima keputusan mereka , keputusan berjaya akan diketahui sehinggalah hujung bulan Jun dan awal julai selalunya. Dikalangan pelajar pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang lalu , yang mana mereka telah memohon belajar , masuk ke Insttitut pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara . Permohonan mereka ikut bidang kursus masing masing yang mereka minati. Ada yang telah menerima tawaran ke Matrikulasi , kursus kursus dalam bidang Diploma dan sains asasi, atau pun pengajian dalam bidang Institusi agama Islam sebagai persediaan untuk melangkah ke arah yang lebih tinggi di Universiti, tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya diterima masuk ke IPTA / IPTS pilihan masig masing.

Bagaimana pula pelajar yang gagal ke IPTA/ IPTS Pengalaman kerja penulis dewasa ini telah banyak membantu dalam memberi buah fiiran di sini itu pun kalau tuan / puan sudi membacanya. Penulis menyarankan kepada pelajar yang gagal dalam memohon ke IPA atau IPTS (yang berkualiti dan diiktiraf sahaja ) sekiranya keputusan SPM mereka kurang memuaskan, ada beberapa langkah yang boleh mereka boleh mencuba memohon belajar di Giat Mara selama 6 bulan atau setahun, kemudian setelah mendapat sijil mereka boleh memohon masuk ke IKM, IKBM , ILP dari peringkat sijil sehingga lah ke peringkat Diploma. Kalau keputusan pelajar pelajar ini baik ,sehingga berjaya memperolehi diploma mereka boleh memohon masuk belajar ke IPTA / IPTS untuk menyambung belajar keperingkat ijazah di Universiti.Beitu juga pelajar dalam bidang agama Islam anda boleh memohon masuk mana mana Madrasah kemudian ambil Sijil STAM ( sijil tinggi agama ), kemudian perolehi diploma dan mohon masuk ke Universiti. Boleh ke kami berjaya.?. Boleh kunci kejayaan ialah asalkan kamu mahu brjaya dan berusaha bersunggoh sunggoh .Adakah ada orang berjaya Abu luqman, Insyallah setakat ini pengalaman kerja dan bertemu dan berbincang dengan ramai kenalan , ternyata ada yang telah berjaya, pada asalnya mereka tercicir dalam bidang pelajaran, yang menjadi tunggak utama kejayaan ialah "dimana ada kemajuan disitu ada jalan ". Maaf sekiranya anda ada pendapat yang lain >

Friday, June 11, 2010

Budak Banyak Tangan DiBedah


GAMBAR menunjukkan Deepak Paswan sebelum dia menjalani pembedahan
di sebuah hospital di Bihar semalam.BIHAR, India - Seorang budak lelaki India berusia tujuh tahun, Deepak Paswan akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang lapan anggota tambahan menyerupai kaki dan tangan di sebuah hospital dekat sini semalam.

Sepasukan 15 doktor di Hospital Fortis di Bangalore membuat pembedahan itu bagi membuang lebihan anggota tambahan tersebut yang sebenarnya merupakan daging parasit dan bersambung ke bahagian abdomen.

Anggota tambahan itu seolah-olah seperti empat tangan dan empat kaki.

Sebelum dia dibedah, terdapat penganut-penganut agama Hindu yang memujanya sebagai jelmaan Dewa Vishnu yang mempunyai banyak anggota badan.

"Dia sudah 100 peratus pulih," kata ketua pasukan pembedahan, Ramcharan Thiagrajan.

Menurutnya, pasukan pembedahan tersebut berdepan dengan cabaran untuk memastikan bahagian usus budak itu berfungsi dengan betul untuk tempoh jangka panjang.

Bapanya, Viresh Pasawan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana kos pembedahan yang mencecah 2.34 juta rupee (RM166,350) ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital berkenaan.

Anaknya dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mei lalu.

Pasawan yang berusia 30-an dan bertugas sebagai pekerja pembinaan menyifatkan pembedahan anaknya dianggap paling rumit serta berbahaya apabila ia mengambil masa selama empat jam.

Pasawan menganggap pembedahan anaknya itu sebagai ajaib. Dia berkata, anaknya itu akan pergi ke sekolah sebagai manusia normal selepas pulih daripada pembedahan. - AFP

Wednesday, June 9, 2010

Maafkan Aku Ya Allah Atas Ketelanjuran dan Kealpaan Ku Selama ini..

“ Ternyata Tuhan masih menyayangi saya apabila Allah telah memberi Hidayah dan membuka pintu hati saya untuk kembali bertaubat “

Satu ketika dahulu, nama Malek Noor memang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih beliau dalam arena sukan bina badan sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa menjadi satu kebangaan Negara.

Antara pencapaian terbaik beliau tertinggi beliau termasuklah bergelar jaguh bina badan heavyweight Asia ( Mr Asia ) sebanyak 6 kali , finalis Mr Universe (2X) Mr Asean ( 4X ) Mr Malaysia ( 6X). Namun beliau hanyut dalam dunia glamournya dan lupa asal usulnya sebagai seorang Islam.

Namun segala kemasyhuran dan kemewahan yang dikecapi membuatkan beliau alpa dengan kehidupan duniawi yang bersifat sementara sehingga mengabaikan kewajipan sebagai umat Islam lain. Bahkan lebih teruk, Malek mengakui hidupnya seperti orang yang tiada pegangan agama sewaktu behijrah ke luar Negara iaitu Hong Kong dan Amerika Syarikat selama lebih 30 tahun.

Awal tahun 1990 an, selepas puas mengecapi kejayaan demi kejayaan dalam sukan bina badan, saya mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar Negara . bermula dari situlah detik ssaya melupakan Tuhan “sepenuhnya”.

Apa yang diharamkan agama semua saya lakukan. Sembahyang puasa dan ibadah -ibadah yang lain semua ditinggalkan. Saya hidup bagaikan tiada agama. Keinsafan tidak pernah terbit dibenak hati saya, malah menjadi angkuh dengan segala kurniaan-Nya.”

Beliau menceritakan bagaimana beliau tergamak masuk ke gereja semata-mata untuk mendengar ajaran paderi agama Kristian. Bukan sekali dua tetapi berkali kali sehingga Malek sering mengikuti upacara yang dijalankan. Beliau boleh ikuti ceramah paderi dan minum wain merah serta makan cip yang diberi oleh paderi di gereja yang di kunjungi.

Malek mengaku sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun , sebenarnya beliau tidak pernah berpuasa apa lagi solat 5 waktu sehari semalam. Walaupun perbuatan yang bergitu teruk telah saya lakukan tanpa rasa bersalah ,tatapi ternyata Tuhan masih menyayangi saya apabila Allah telah memberi Hidayah dan membuka pintu hati saya untuk kembali bertaubat.

Menceritakan detik detik cahaya keimanan mula bersinar di hatinya. Malek memberitahu apabila usia semakin meningkat, jiwanya ,mula meronta ronta untuk mengubah gaya hidup Barat yang dijalaninya. Malek sering didatangi mimpi mnimpi ngeri seperti dibakar api neraka, tubuhnya dikelar kelar dengan besi panas dan banyak lagi. Kemudian satu demi satu musibah mula melanda dirinya membuatkan hati kecil nya mula berbisik. “ Mungin inilah ujian Allah kerana . Dia mahu aku kembali menjadi muslim sejati.

Bagaimana pun insiden yang berlaku pada tahun 2002 merupakan titik tolak kepada penghijrahan Malek yang sebenar. Ketika itu beliau hanya berseluar pendek dan berdiri di balkoni Penhouse miliknya yang menghadap Menara Berkembar Petronas KLCC. Sedang asyik memerhatikan pemandangan luar, tiba tiba saya terdengar laungan azan yang berkumandang dari masjid berhampiran dan ia terus menusuk ke dalam kalbu saya.

Waktu itu saya seperti orang gila apabila ke hulu ke hilir di dalam rumah tanpa mengetahui apa yang dicari. Kemudian saya menangis sepuas puasnya sebelum mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Magrib walaupun tidak pasti ia menepati rukun atau tidak. Maka bermula pada sat inilah Malek mula mendapat Hidayah Allah dan mula mengenal Islam…..sila rujuk Kosmo selasa 8 Jun 2010.. untuk cerita lebih menarik..sbb nak taip banyak ye…

Abu Luqman, pada abang Malek saya ucapkan syukran, setelah membaca terasa sebak didada dan mengalirkan air mata kesyukuran kehadrat ilahi , semoga Abang Malek beristiqamah dalam perjuangan tuan. Sesiapa yang ada link dengan Abang Malek sila emailkan artikel ini.. Allahuakhbar

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Anggota tentera mati tergantung

KANGAR: Seorang anggota tentera berusia 26 tahun dipercayai kecewa selepas bercerai dengan isterinya, ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di Kampung Pulau, Sungai Berembang, dekat sini, kelmarin.

Nasrul Efendi Najmi, 26, dari sebuah kem tentera di Sungai Petani, Kedah, ditemui tidak bernyawa oleh bapanya, Najmi Ibrahim, 56, kira-kira jam 1.50 tengah hari dengan tali nylon membelit lehernya.

Anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan baru berpisah dengan isterinya tiga bulan lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan mempunyai dua anak.

Allahyarham yang dalam proses untuk berhenti sebagai tentera dikatakan tertekan dan sangat merindui dua anaknya yang berada di bawah jagaan bekas isterinya di Perak.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, ketika kejadian, mangsa di rumah, manakala keluarganya menghadiri kenduri jiran bersebelahan.

“Nasrul yang baru pulang ke sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.

“Bapanya terkejut melihat Nasrul sudah tidak bernyawa tergantung di dalam rumah dengan tali nylon membelit leher ketika pulang membawa makanan untuk anaknya.

“Nasrul yang baru pulang ke rumah di sini tidak banyak bercakap dan sering termenung serta enggan mengikut keluarga menghadiri majlis kenduri itu,” katanya di sini, semalam.Harian Metro

Abu Luqman, Walau apa sekalipun kita kena banyak bersabar .

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, June 8, 2010

Jangan Sengaja Kau Curahkan Air Mata, Kerana Ia Amat Berharga

Menangis yang dituntut oleh syarak

Kata kata Hikmah…manusia lahir di dunia bermula dengan tangisan dan diakhiri juga dengan tangisan.

Menangis adakalanya dituntut oleh syarak. Para ulamak yang menyintai Allah akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Hari ini manusia terus menangis dan menangis , tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul, dan sahabat. Para solihin dahulu menangis kerana takut kan akhirat, tetapi kita la nie menangis kerana …. 1. Putus cinta (cinta yang abadi ialah cintakan Allah dan Rasul) 2.kehilangan keluaga yang disayangi, (semua pasti akan mati) 3.Kena marah ( semua orang pernah kena marah ) 4. Menerima berita yang sedih 5.Kehilangan sesuatu yang amat berharga

Tangisan itu biarlah ada tempatnya…Sabda baginda rasululullah S.A.W ..tiga mata yang tidak diazab api neraka ialah : 1. Mata yang menangis kerana takutkan Allah. 2. Orang yang menangis kerana terkenangkan dosa yang telah ia lakukan. 3. Takutkan azab Allah di hari akhirat. Maka inilah kehebatan sebenar tangisan..Fikir fikirkan lah wahai teman. Akhir kata . Jangan sengaja kau curahkan air mata kerana ia amat berharga…

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Sunday, June 6, 2010

Kisah Doktor Bukan Islam Dengan Surah Yaa Siin

Seorang bekas pelajar UITM Perlis yang kini sedang bertugas di KUIS telah menyampaikan satu kisah luarbiasa dan menarik mengenai keajaiban Al Quran khususnya Surah Yaa Sin, kepada kakitangan Ingress, dalam satu program ceramah agama bulanan syarikat tersebut.

Kisah ini telah benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada jiwanya mengenai mukjizat AlQuran khususnya disaksikan sendiri oleh seorang yang bukan Islam.

Pada suatu hari sekitar tahun 2004, salah seorang kawan beliau telah terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dikategorikan sebagai amat serius. Salah satu tulang kerangkanya yang patah hampir mencucuk jantung dan yang satu lagi telah menembusi paru-parunya dan menyebabkan pendarahan.


Tempurung kepalanya kemek dan pecah. Bunyi tarikan nafasnya hampir sama seperti seekor lembu yang telah disembelih dan sedang putus nyawanya. Oleh kerana keadaan beliau sangat teruk maka beliau telah dimasukkan ke Wad ICU. Dalam keadaan seperti itu maka tidak ramailah kawan yang boleh ziarah dengan serentak secara beramai-ramai.

Usaha untuk membantu diteruskan. Doktor terus memberikan rawatan rapi seperti bantuan pernafasan dan sebagainya. Bacaan electrocardiogram(ECG) agak rendah sekitar 45 - 50 sahaja. Pada zahirnya, mangsa ini agak sukar untuk hidup. Walaupun ia akan pulih, mungkin percakapannya tidak lagi seperti keadaan sebelum kemalangan. Setelah semua usaha dibuat, maka sebagai orang Islam kepada Allahlah diserahkan segala-galanya. Ikhtiar berdoa dilakukan. Bacaan Surah Yaa Siin dimulakan secara beramai-ramai diluar bilik ICU.

Sedang mereka membaca Yaa Siin, dan belumpun selesai, tiba-tiba doktor Karam Singh yang bertugas pada hari itu, dengan tergesa-gesa meminta kumpulan yang membaca Yaa Siin ini masuk ke bilik, walaupun melebihi 2 orang.

Dalam hati mereka, tertanya-tanya apakah maksudnya tindakan doktor tersebut. Di atas katil mangsa masih terbaring seperti biasa dan tiada pula tanda yang menunjukkan ia menemui ajalnya. Dalam fikiran yang penuh tandatanya, bacaan diteruskan.

Setelah selesai membaca surah Yaa Siin dan masih lagi berada di sisi katil mangsa, bekas pelajar ini cuba mengajukan soalannya kepada doktor, "Kenapa doktor suruh kami masuk dan teruskan membaca Al Quran?"

"Semasa awak membaca awak punya holy book diluar tadi, dan ketika pintu terbuka untuk bagi orang masuk, saya lihat bacaan ECGnya naik sampai lebihkurang 70. Ini bukan satu kali, tetapi berlaku setiap kali pintu terbuka, apabila tutup dia turun semula. Masa pintu itu buka, suara awak dengar sampai kedalam, dan ada reaksi positif pada pesakit." Tegas doktor berkenaan.

Subhanallah, rupanya suara bacaan surah Yaa Sin tadi memberi kesan secara langsung kepada pesakit tersebut. Inilah kebesaran Allah Subhanahu wa Taala. Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang Ia kehendaki. Mudah-mudahan doktor yang merawat peasakit tersebut mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt untuk menganuti agama Islam.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman." - Surah Yunus ayat 57.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Adakah Ini Pemimpin Yang Paling Miskin Masa kini ?

Harta Presiden Uruguay cuma bernilai RM6,200


GAMBAR fail pada 2009 menunjukkan Jose Mujica bekerja di ladang bunga milik isterinya sebelum menjadi Presiden Uruguay.


MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle.

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).

Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya.

Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.

Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - AP

Abu Luman, Islam menganjurkan amalan hidup dalam kesederhanaan , pemimpinan seperti ini sebagai contoh yang dapat dilihat membimbing sesebuah negara kearah kesederhanaan. Cotoh kehidupan yang diamalkan Oleh pimpinan tuan guru di negeri Kelantan..rakyat hidup senang dalam pentadbiran yang sederhana

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Saturday, June 5, 2010

Terima Kasih Award Lagi



Dari Tauke sabun ..Chekland..Tq so much ye award ke 15
Dari Shannice.Terima kasih Ye... Award ke 16


Dari Colourful Life ..Terima Kasih ye .award ke 17

Abu Luqman ucapkan ribuan terima kasih kepadamereka yang sudi beri Award Nie..waduh dah penuh nie..Abu luqman tak syok bagi kat orang yang orang bagi. .Al suka buat sendiri ye..sebulan sekali AL Award ye...kita tunggu bulan julai pulak ye.rajin rajin ye mai blog saye..

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Berhati Hati , Akan Keadaan Sekeliling Anda...Li Maza ?

Assalamualaikum. ....

sapa2 yang tak suka boleh deletelah message ni

Email ini telah dikirimkan kpd sy oleh seseorang hmba Allah....walaupun xde kena mengena ngn grup nih,,tp u olz bc je la k...utk keselamatan masing2..so, beware,my frenz!!

............ ....Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. ..

Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV..

Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ….

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati … .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman…jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling….. ……… ……… …….. …..mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.

Ini adalah nyawa anda. Sila ‘foward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja…

DrMuhd Hishamuddin b Abdul Halim

Professor & Head Dept. of

Chemical Pathology

School of Medical Sciences

USM, Kubang Kerian, Kelantan , MALAYSIA

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Friday, June 4, 2010

Pekerja wanita dipecat kerana terlalu seksi

LORENZANA bergambar di bank Citibank.

NEW YORK - Seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Debrahlee Lorenzana memfailkan saman terhadap bank Citigroup kerana dia dipecatnya atas alasan penampilannya yang terlalu menawan dan seksi, lapor sebuah akhbar semalam.

Lorenzana dipecat dari cawangan sebuah bank tersebut di New York selepas diberitahu bahawa pakaian dan bentuk tubuhnya 'terlalu mengganggu' pekerja pejabat yang didominasi oleh kakitangan lelaki.

Dia yang berasal dari Puerto Rico itu pernah diberikan senarai pakaian yang tidak boleh dipakai, termasuk skirt, sut ketat dan kemeja polo.

"Semua pakaian yang saya pakai adalah sama seperti yang dipakai pekerja dalam dunia korporat Amerika.

"Tanggapan mereka (majikan dan pekerja-pekerja lain) terhadap pakaian yang saya pakai amatlah mengecewakan," katanya.

Namun, Lorenzana menyatakan dia berhak untuk memakai pakaian yang menjadi pilihannya sendiri.

"Saya dibesarkan dalam budaya Latin. Kami feminin dan wanita di Puerto Rivo pandai berdandan, gemar bersolek dan merias kuku walaupun pun untuk ke pergi ke pasar raya," katanya.

Panel penimbang tara akan membuat keputusan mengenai saman itu.

Satu kenyataan daripada pihak Citigroup menyatakan saman mahkamah itu tidak mempunyai asas dan pihaknya akan mempertahankan diri. - Agensi Abu Luqman...kalau style macam nie kat Malaysia banyak kan....I Malaysia sudah tau you...................

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Thursday, June 3, 2010

Ciuman Perokok Boleh Membunuh - Pakar

PAKAR penyelidik Australia berpendapat tabiat merokok boleh menyebarkan bakteria berbahaya. - Gambar hiasan.

MELBOURNE - Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof. Robert Booy, Pengarah Penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children"s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof. Booy.

Pandangan Booy itu bagaimanapun dipersoalkan oleh dua pakar perubatan tempatan.

Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Respiratori, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fauzi Md. Anshar ketika dihubungi semalam menjelaskan, setakat ini tiada kajian khusus yang mengesahkan perokok membawa bakteria berbahaya.

"Bakteria meningococcus biasa terdapat dalam sistem pernafasan baik perokok atau tidak.

"Namun jika ia menjangkiti kanak-kanak yang mempunyai tahap imunisasi lemah, ia boleh mengakibatkan meningitis dan membawa maut,'' katanya.

Abu Luqman. Berhentilah dari merokok, tak ada apa faedah pun. rugi lagi ada..umur pun singkat serta menyusahkan orang pulak tu... " Janganlah kamu membazir, sesunggunnya membazir itu amalan syaitan "
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Anugerah Kepada Pengunjung Setia


. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD
Apa perasaan anda...How u feel

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
award nih pemberian .................................... di alamat

3 Namakan lima nama yang selalu kawan panggil
5 ye

4. Apa yang anda buat semalam:-

5. Kenapa ya Abu Luqman suka sangat dengan Kapal Ye ?


6. Lima perkara yang membolehkan kita gembira...

7. APA PERASAAN ANDA MENJADI BLOGGER.

8. LAMAN MAYA MANA LEBIH MUDAH DIKENALI FACEBOOK ATAU BLOG. ?

9. Apa sumbangan anda terhadap orang Islam yang di tindas..

Khas Buat Rakan Rakan Blogger Ku

mili newbe ashrafi . ady almighty hasmadi apex kitatau miistera .naomei . sakura. Mat Din


ucuuu . cik editor kakshiorila diebella zulkibo . shameel. bloggerman . aiskrim goreng .long hafiz.lompat tikam

mimi shifa rusli Nurayysah shannice Colourful life .qdnie. delour. nurgadis.adah.mario.JJ Jr fazihani..sakira..fikirnya.amiirahr rashid.Kaseh naz lieza
yang lain akan menyusuli kemudian ye..rajin rajin mai jenguk Blog orang kampung ye..


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Wednesday, June 2, 2010

Kalau Anda Sayangkan Umat Islam, Laksanakan Jihad Ekonomi Terhadap Barangan Israel

Dikala sedang tidurku nyenyak

Dibuai mimpi mimpi indah di atas tilam empuk

Saudara se Islam kita disana tidurnya tidak lelap

Hatinya tak keruan memimikirkan masa depan

Mereka berjuang demi masa depan bangsa , agama yang belum ada noktah terakhir.

Dikala kita kenyang dengan santapan pizza, burger, Ayam goreng yang enak.

Sahabat2 ku makannya sekadar alas perut dengan sekeping roti , demi untuk meneruskan perjuangan.

Makannya tak semewah makanan di kampungku, makanan tersedia selalu.

Mereka berperang demi untuk sekeping tanah dan pondok usang bagi tempat berteduh.

Kau berjuang demi kemerdekaan

Kau bertempur mempertahankan bumimu

Kau berjuang ditemai oleh ribuan malaikat

Kau berjuang bukan kerana habuan dunia tapi habuan akhirat . Perjuanganmu mendapat barakah dunia dan akhirat

Darahmu mengalir dibumimu, namun namamu terpahat sebagai pejuang mujahidin

Ayuhai rakanku di Malaysia dan seantero dunia

Bangunlah berjuang dikala orang lain bersuka suka dengan kehidupan duniawi.

Ayuh kita lakukan dengan Jihad ke jalan Allah

Lakukan jihad Ekonomi terhadap barangan Israel

Kuno kah kita, Kampungan kah kita kalau tak makan makanan segera serta alatan lain buatan mereka

Demi Palestin dan umat Islam mulalah kita dari sekarang

Bukan sekadar berdemontrasi, perlu diiringi dengan Jihad ekonomi kerana Allah. Allah hu Akhbar,

Nukilan Abu Luqman 2 Jun 2010


sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Tuesday, June 1, 2010

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel
Joseph Sipalan ei 31, 10 12:51pm. Malaysiakini
Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.

Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakanLifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.

Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.

Dr Abd Rani melalui SMS kepadaMalaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakinimenghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.

Terdahulu, menurut AFPyang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Abu Luqman.sebagai umat Islam Marilah kita sama sama solat hajat dan berdoa agar rakyat Palestine dibebaskan dari cengkaman Israel laknatullah..

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung