Nuffnang

Friday, June 11, 2010

Budak Banyak Tangan DiBedah


GAMBAR menunjukkan Deepak Paswan sebelum dia menjalani pembedahan
di sebuah hospital di Bihar semalam.BIHAR, India - Seorang budak lelaki India berusia tujuh tahun, Deepak Paswan akhirnya selamat menjalani pembedahan bagi membuang lapan anggota tambahan menyerupai kaki dan tangan di sebuah hospital dekat sini semalam.

Sepasukan 15 doktor di Hospital Fortis di Bangalore membuat pembedahan itu bagi membuang lebihan anggota tambahan tersebut yang sebenarnya merupakan daging parasit dan bersambung ke bahagian abdomen.

Anggota tambahan itu seolah-olah seperti empat tangan dan empat kaki.

Sebelum dia dibedah, terdapat penganut-penganut agama Hindu yang memujanya sebagai jelmaan Dewa Vishnu yang mempunyai banyak anggota badan.

"Dia sudah 100 peratus pulih," kata ketua pasukan pembedahan, Ramcharan Thiagrajan.

Menurutnya, pasukan pembedahan tersebut berdepan dengan cabaran untuk memastikan bahagian usus budak itu berfungsi dengan betul untuk tempoh jangka panjang.

Bapanya, Viresh Pasawan berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana kos pembedahan yang mencecah 2.34 juta rupee (RM166,350) ditanggung sepenuhnya oleh pihak hospital berkenaan.

Anaknya dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mei lalu.

Pasawan yang berusia 30-an dan bertugas sebagai pekerja pembinaan menyifatkan pembedahan anaknya dianggap paling rumit serta berbahaya apabila ia mengambil masa selama empat jam.

Pasawan menganggap pembedahan anaknya itu sebagai ajaib. Dia berkata, anaknya itu akan pergi ke sekolah sebagai manusia normal selepas pulih daripada pembedahan. - AFP

8 comments:

Penulis Rindu said...

Sambongan posting terdahulu..akhirnya ada pihak bersetuju untuk membuat pembedahan

ong ong kedek kedek said...

salam ziarah...
waa lagi macho laa budak ni he3

MrsLove said...

wahh!! cm2 hal

Arisa Mihashi said...

bukan tu sebenanye kembar die ke?

Penulis Rindu said...

Terima kasih

HarolNizam : Pasti dia hansom pas ni

Hatty : Anugerah Allah kena terima je

Arisa Itu kaki , tangan tambahje

Aidi-Safuan said...

mak aih. banyak nyer tangan. scary~

supergassoline said...

wuee..
bru taw cte sal neh...
tkjut jgax mle2 cepet bce..

:))

Penulis Rindu said...

Adil safuan : kita merancang Allah yang menentukan

Cik cepet : apa pun kalau blok walking..dia kena baca sikit utuk pengetahuan ye

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung