Nuffnang

Saturday, January 1, 2011

Fasha Sandha..Mahu Kurang Seksi Tahun 2011


Gambar Dari Google...

PENGLIBATAN aktres Fasha Sandha dalam dunia seni baru menjangkau usia enam tahun, tetapi boleh dikatakan dia merupakan aktres paling banyak muncul di muka depan akhbar tempatan kerana kontroversi hangat yang dicetuskannya.

Sebelum hangat dengan isu merampas suami aktres Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram atau Jejai lagi, Fasha sudah dicop sebagai perampas kekasih orang tetapi namanya semakin panas apabila berperang mulut dengan Nora Danish dan Tiz Zaqiyah sehinggalah dia membuat pengakuan secara rasmi hatinya milik Jejai pada Julai lalu.

Sejak pengakuan cinta itu dibuat, nama Fasha mula bersih apabila masyarakat menerima status baru Fasha tersebut dengan hati terbuka dan dia kembali menjadi buruan pihak penerbit selepas berehat hampir setahun kerana dipulaukan pihak media.

Fasha yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini menghembuskan nafas lega kerana dirinya telah diterima kembali oleh masyarakat meskipun masih ada yang mencemuh. Akuinya tahun 2010 ditinggalkan dengan penuh kemanisan. Azamnya tahun untuk tahun 2011 adalah mengurangkan imej seksi. Disoal mengapa? Jawab Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, azam itu timbul kerana peminatnya.

"Tahun ini tahun terakhir saya berimej seksi, tahun depan saya akan kurang seksi atas pemintaan peminat kerana mereka tidak suka melihat saya memakai pakaian yang terlalu terdedah. Jatuh dan bangun saya dalam dunia seni kerana peminat.

"Peminat merupakan tulang belakang nombor satu dalam kerjaya saya. Apabila sering ditegur saya sedar sesuatu perubahan perlu dilakukan dan saya tidak lagi memakai mini skirt. Saya mula dalam dunia seni sebagai model dan sudah terbiasa menyarungkan apa jua pakaian yang disediakan tetapi selepas ini seksi saya ada batas,"ujarnya.

AKTRES ini bakal muncul dengan dua buah filem di tahun 2011 iaitu Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila dan Sini Ada Hantu arahan James Lee.

Ditebak lagi, mungkinkah keputusan itu dibuat atas permintaan kekasihnya? Kata Fasha, keputusannya untuk kurang seksi bukanlah paksaan daripada sesiapa.

"Tiada siapa paksa kerana saya lakukannya dengan rela hati. Saya mengambil nasihat daripada peminat dan saya jadikan Erra Fazira sebagai contoh dalam penampilan, dia bijak bergaya tetapi tidak seksi. Selain itu, usia saya semakin bertambah, tidak elok untuk saya memakai baju terlalu terdedah," jawabnya yang mendapat sokongan penuh keluarganya untuk perubahan tersebut....
KOSMO

31 comments:

Penulis Rindu said...

salam..semoga fasha berubah....amin

Cikin said...

bagos laa dia nak berubah .
doakan smga dia berpakaian lebih sopan :)

atiqa aris said...

gud gud:)

Abu Luqman said...

terima kasih

cikin

atiqa

Admin said...

mudah2an...berterus gitu hendaknya

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

baguslah kalau fasha begitu

MJ said...

mudah2an terus berhijab dan menghijabkan tubuhnya dari pandangan2 manusia....

Abu Luqman said...

makasih

anak ulu cheka

mama jnj

mujahadah..kita berharap ye...berlakun pun yang sopan je...

Aida Azryn said...

Fasha bertudung nampak lagi lawa.. ^^

Kak Imun said...

Ziarah, dik luqman. Perubahan Fasha yg bagus...tak seksi lagi baik kan, hehe......

hans said...

kurang jer?
hehehehe
still seksi meh
hahaha

selamat tahun baru
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

P/S : Lepak Dengan Kawan - Kawanku Sempena Tahun Baru

faten muhamad said...

tutup terusla.
papepon alhamdulillah~

Puan Nurussalwa said...

bgs la..

selamat tahun baru ea.

:)

rafina mimi abdullah said...

kurang minat artis2 ni.. :)

~~su manje~~~ said...

huhuhuhu kurang kenal la...maah en.luqman..su kurang kenal dengan frasa sanda nie..
su takminat dengan artis...ape pun semoga di tunjjukkkan ke jalan yang benar dan semogacoretan en.abu luqman nie dapat menbuka semua artis2 yang lain..

Abu Luqman said...

terima kasih semua ye

WieyaRaudzi ♡ said...

ye..mudah mudahan :)
artis boleh berubah alau mempunyai tekad yang kuat..


selamat tahun baru ye

^^

Abu Luqman said...

makasih dawia

~boy_Mr.K~ said...

doa yang baik2 jer..

CekWa said...

fasha ni memang sangat manis bila berpakaian sopan!

MisZ Aien said...

betul ke nak kurang kan seksi? hihi..harap dia benar2 berubah...
kita doakan sama2..suka tgk lakonan dia dlm sumayah

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

geliii~

Abu Luqman said...

terima kasih semua ye

Aku Anak Pahang said...

Kehidupan perlukan perubahan sebaiknya tidak di sebut mahu kurang, berubah pada sepenuhnya.
Jom Singgah "Jalan-jalan Ke akuanakpahang. "

syafiqah khadiron said...

tetttt. fasha sandha gitu lorh. haduhh, uncle ni pun satu, kenapa letak gmbr besar besar. kecik kecik dah la. hehe.

berubah kerana ALLAH la, bukan kerana orang lain.

ASSOYFINGER67 said...

sama2 daokan kerana kebaikan akan datang pada seseorang tanpa mengira siapa ia.....tugas kita doa dan dakwah,,,

Admin said...

kurangkn imej seksi?
kahkahkah....xbape nk caye la kaki clubbing ni...

Abu Luqman said...

terima kasih semua ye

BisnesMeng said...

yer ker????...

Abu Luqman said...

harap harap mcm tu la

Ms Red said...

paling penting, kurangkan kontreversi la,jgn menyusahkan hidup org lain

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung