Nuffnang

Wednesday, May 4, 2011

Elaun Bilal, Siak Di P. Pinang Naik 80 Peratus

GEORGE TOWN: Kira-kira 800 bilal dan siak di negeri ini akan menerima kenaikan elaun sebanyak 80 peratus mulai 1 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan daripada kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Beliau berkata dengan kenaikan itu, kira-kira 400 bilal yang ketika ini menerima elaun sebanyak RM180 sebulan akan menerima RM324 sebulan, manakala elaun bagi kira-kira 400 siak akan dinaikkan kepada RM360 sebulan daripada RM200 sebulan.

"Keputusan untuk menaikkan elaun bilal dan siak ini dibuat pada mesyuarat MAIPP dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahagian agama Islam minggu lepas," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Mansor berkata kerajaan negeri akan menanggung 70 peratus daripada perbelanjaan berkenaan yang berjumlah kira-kira RM2.3 juta manakala MAIPP pula menanggung 30 peratus kos terbabit, berjumlah hampir RM985,000. -BERNAMA

Tahniah.tak terfikir kita kerajaan baru perihatin dan menghargai akan .ugas tugas yang telah di laksanakan oleh bilal dan siak.. yang selama ini ada duit tapi tak kasi pun..huhu

14 comments:

Penulis Rindu said...

dulu tak ade pun elaun tambahan ni.

Encik MamaT said...

heheh.. biasa la... yang buruk ja orang tgk.. yang bagus ni tak tau la depa nak nampak ka tak...

Penulis Rindu said...

makasih En Mamat

thomas said...

Baguslah tu,Pulau Mutiara kini bersih dan indah(pekerja2 MPPP rajin betul)

Kak Imun said...

Salam Dik luqman. Alhamdulillah, ada juga rezeki sikit kan....:)

Miecyber said...

Alhamdullilah,makmurnya rakyat kalau PR memerintah...

Zaman Kegemilangan Islam

a loqman said...

terima kasih

Mr Tomas

kak Imun
Meicyber

sud@is said...

kat kedah tinggi lagi rasanya

Penulis Rindu said...

makasih sudais.. kedah ada peruntukan..Penang paham jelah

harrazdani said...

masuk utusan tak ni....huhuhu

Unknown said...

salam ziarah ptg..
yg penting aman dan damai

nuriz said...

alhamdulillah, diorang pun berhak dapat

Penulis Rindu said...

makasih

hazrani
su manje
nuriz

Anonymous said...

Wei, tak takut ke tu duit judi cm sebelum ni? :D

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung