Nuffnang

Saturday, May 21, 2011

Hati-hati kunjung kopitiam di Pulau Pinang


GEORGE TOWN – Pengguna beragama Islam di negeri ini dinasihat berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini.

Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya.

Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

9 comments:

Penulis Rindu said...

masih hairan kenapa..orang Islam suka pi kedai kopi tiam

Razis Hamit said...

lebih baik mkn dikedai melayu islam. selamat dari syak...

Kak Imun said...

Salam, dik luqman. Ya, tak usahlah susah2 ke kopitiam. Banyak kedai melayu yang boleh menyediakan makanan pelbagai hidangan...:)

nuriz said...

tadi baca kat paper. Memang kena pantau selalu, kadang2 tulis je halal tapi kandungan tak pasti betul ke halal, ni halal di tulisan dan cop je.

a loqman said...

makasih

Razif
kak Imun...ye la..kita makan kedai Orang Islam'
Nuriz ..Tq ye

sud@is said...

macam2 penipuan lani....malah dah lama..ssh makan diluar

Unknown said...

kena p kedai mamak gak la camni

a loqman said...

terima kasih

sudais
khairul...kena tukar kedai

butik pengantin said...

Elok makan dekat kedai melayu.rasa selamat sikit

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung