Nuffnang

Saturday, May 14, 2011

Pantau peniaga cekik darah


ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kiri) tertarik dengan aksi pembuat teh tarik popular, Mior Sazali Mat Ali di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,600 pemantau harga kini digerakkan di seluruh negara bagi mengawasi langkah para peniaga yang mungkin menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau berikutan peningkatan harga gula baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga jualan makanan dan minuman walaupun 10 sen.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen baru-baru ini hanya akan menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman sebanyak 0.4 peratus sahaja.

“Contohnya, harga secawan teh dan kopi cuma naik 0.4 peratus. Jika peniaga menaikkan harga minuman itu sebanyak 10 sen di kedai, kita boleh ambil tindakan undang-undang.

“Jika ada laporan mendapati mereka mengenakan harga tidak masuk akal, tindakan tegas akan diambil,’’ katanya.

Yang hebatnya..tukang buat teh tarik tu la...sempoi tu...

15 comments:

Penulis Rindu said...

jm pekena teh tarik ye

ASSOYFINGER67 said...

Salam bro...kena kumpul peniaga2 nie bagi ceramah..agar faham konsep berniaga secara yang dituntut...

Obat Sakit 2011 said...

sangat pelik niaga dimana mana

umiawadah said...

ya!ya! kena pantau...kot tak tercekik lak masa makan tengok harga tak munasabah....

a loqman said...

terima kasih

Assoy..
Obat Sakti ..betul tu..kerana bagi ceramah sikit

a loqman said...

terima kasih

obat sakti

ummiarasa...

Obat Sakit 2011 said...

howah...jadi tontonan dech itu picture

Hans Hanis said...

betul tu
peniaga skrg patut diberi kesedaran

Analisis Hans : Maharaja Lawak Episod Ketujuh

sud@is said...

naik harga untuk ugut peniaga....
kita kena berjaga-jaga, minum air kosong saja....

a loqman said...

terima kasih

hans

sudais..la ni kena banyak minum air suam

misyamissyou said...

gula naik 20sen, air naik 10sen?? kejam abis..bape sudu je la gula dlm air tu smpai nak naik 10sen..abis untung dh tu...

a loqman said...

tq misyamissyou..muahhh

Nasz said...

harap jangan cakap je...kena ada tindakan gak..kalau tak, tak guna gak..

SEGMEN "JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM"

a loqman said...

betul tu Nasz

nuriz said...

pantau le mula2 ni pastu malas dah le, hangat2 tahi ayam

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung