Nuffnang

Thursday, August 25, 2011

Bersabung nyawa balik raya


ANGGOTA APMM menahan penumpang di atas bot yang mereka naiki di perairan Sekinchan dekat Pelabuhan Klang kelmarin.

PELABUHAN KLANG – “Saya bayar tambang bot semahal RM850 dan meredah lautan semata-mata mahu pulang beraya bersama anak-anak yang amat saya rindui.” Itu luahan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 38, selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM) daerah Klang di perairan Sekinchan dekat sini kelmarin.

Dia merupakan seorang daripada 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menaiki sebuah bot. Menurut Siti, sudah hampir setahun dia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Subang dekat sini, tidak pulang beraya bersama anak-anak di Medan, Indonesia. Katanya, meskipun menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan berbahaya, dia tiada pilihan lain selain mempertaruhkan nyawa di lautan untuk pulang beraya di kampung.

“Saya sebenarnya mahu pulang terus ke Indonesia dan tidak mahu lagi kembali ke sini tetapi belum sempat tiba, bot pula rosak,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Terdahulu, ketika ditahan, bot yang dinaiki mereka termasuk seorang tekong dan lima wanita berusia di antara 20 hingga 46 tahun terapung di situ sejak tiga hari lalu kerana kerosakan enjin.

Bot yang dipenuhi dengan pelbagai barangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah sempena Aidilfitri itu juga didapati mengalami kebocoran dan menunggu masa untuk karam tetapi sempat diselamatkan oleh APMM. KOSMO

9 comments:

rayne rawt rawt said...

zzz .. gini punye kes pon ade .

jom join contest senang jer !
http://inibelogterabor.blogspot.com/2011/08/contest-aku-suka-lagu-raya.html

𝑲𝒉𝒂𝒊𝒓𝒖𝒍 𝑩𝒂𝒌𝒉𝒕𝒊𝒂𝒓 said...

Nak kata kesian ada, tak kesian pun ada. Hopefully government make sure PATI ni tak terlampau melambak kat Malaysia. Setakat ni dah ada 2 juta orang foreigners kat sini.

Kak Imun said...

Alahai, begitu mahal... Mengalahkan tambang kapal terbang. Nak kata simpati pun ada juga.

Selamat hari raya Aidilfitri kak ucapkan buat dik luqman sekeluarga.....:)

Zul fattah said...

850? bapak r.. mahal kot..
http://zulfattah.blogspot.com/

sekadar satu coretan said...

nak balik punya pasalkan..tak kisah la berapa pun kene bayar..

selamat hari raya aidilfitri...

umiawadah said...

salam Aidilfitri....saya balik naik kereta...tak naik tongkang tau...

Penulis Rindu said...

kita balik naik kete je lah

Nizam Awang Brahim said...

Saje cari nahas la ter....

a loqman said...

berhati hati d jln raya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung