ALOR SETAR – Kebiasaan- nya kuih-muih dijual pada harga RM1 untuk tiga biji manakala martabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.
Berbeza dengan bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darulaman di sini, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuihmuih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.
Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih-muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.
“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.
Nurhayati berkata, walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga RM1 itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.
“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu. KOSMO
12 comments:
boleh pun jual dgn harga murah
murah rezki
Sham's Exora VIP.http://gilamodified.blogspot.com/2011/08/shams-exora-vip-concept.html
nak tak nak je kan... ~
betul tu manje dan khairul
uishh..seronok la melahap.
makan tanpa was2.
bagus betol
itulah dikatakan usaha ye
smoga trus murah rezki family diorg ^^
xpernah jumpe lagi...tp memang berbaloi kot murah dan sedap...ni la peniaga contoh
murah gileer... kenapa la kat sini xder yg g2. huhu
jom berdoa?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html
yang jual murah pun boleh untung lagi....mcmana yang dok jual harga biasa lani..mesti untung besar punya...
bagus2..bertambah rezeki dia..
haha..
Post a Comment