Nuffnang
Friday, October 7, 2011
Intipati dan Ringkasan Belanjawan 2012 / Budget 2012 / Bajet 2012
Belanjawan 2012 / Bajet 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera
Berikut merupakan Intipati / Isi-Isi dan Ringkasan Belanjawan 2012 / Bajet 2012 / Budget 2012.
- Kerajaan Menjangkakan untuk Penumbuhan Pendapatan perkapita 2011 dijangka naik RM28,775.
- Untuk Bajet 2012 ini, Jumlah Peruntukan Budget 2012 = RM232.8billion, RM181.6billion untuk belanja mengurus dan RM51.2billion untuk belanja pembangunan.
- RM29.8 bilion disediakan untuk pelaburan dalam infrastruktur, perindustrian, pertanian & pembangunan luar bandar
- RM13.6 bilion disediakan utk sektor sosial, termasuk pendidikan & latihan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
- Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kpd RM186.9 bilion.
- Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa, membolehkan pegangan ekuiti asing 100% dlm sektor terpilih.
- Projek utama RP2 (Rolling Plan 2) termasuk Lebuhraya Pantai Timur Jabor-Kuala T’ganu & pembinaan jalan Kota Marudu-Ranau.
- RM18bln drpd RM20bln Dana Mudahcara Perkongsian Awam-Swasta akan diguna utk projek impak tinggi, RM2bln untuk usahawan Bumiputra.
- Pada 2012, Kerajaan akan peruntuk RM978 juta utk merancakkan pembangunan di 5 wilayah koridor. Antara projek yg akan dilaksana:
1. Lebuhraya persisiran pantai JB-Nusa Jaya
2. Projek pelancongan warisan Taiping
3. Projek agropolitan Besut
4. Projek kelompok industri kelapa sawit Lahad Datu
5. Bekalan air di Samalaju
- Kerajaan akan bangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), timbang beri pakej insentif termasuk pengecualian cukai.
- FELDA GVH akan disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dlm usaha kumpul dana menjadi syarikat konglomerat global. Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.
- Dana Pembiayaan PKS patuh-Shariah berjumlah RM2bln akan ditubuhkan pada 2012 & dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih.
- SME Revitalisation Fund berjumlah RM100juta akan menawarkan pinjaman mudah dgn maksimum RM1juta bagi peniaga dari Januari 2012.
- Pengecualian sepenuhnya duti import & duti eksais bagi mengimport kereta hibrid & elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
Pembangunan Sektor Pelancongan.
- Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420juta.
- Msia Healthcare Travel Council akan diperbadankan utk bangunkan & promosi negara sbg destinasi utama penjagaan kesihatan.
Penggalakan Inovasi.
- Kerajaan peruntukkan RM100juta utk inovasi termasuk memperkenalkan Anugerah Cipta 1Msia (C1PTA) utk iktiraf rekacipta pelajar.
- Bagi membolehkan syarikat PKS pasarkan produk penyelidikan, Dana Inovasi Pengkomersilan berjumlah RM500juta akan ditubuhkan.
- Bajet akan tumpu kpd pembangunan modal insan, kreativiti & inovasi. Tahun 2012 akan jadi tahun Gerakan Inovasi Nasional.
Pembangunan Sektor Pendidikan
- Sektor pendidikan akan dapat RM50.2bln utk melahirkan tenaga kerja berbakat, kreatif & inovatif.
- Sebuah tabung khas RM1bln akan melihat kpd keperluan pembinaan, baik-pulih & penyelenggaraan bangunan sekolah-sekolah.
- Buat pertama kalinya, Kerajaan akan mansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah2 krjn.
- Sekolah swasta yg berdaftar dgn Kementerian Pelajaran akan diberi insentif termasuk Elaun Cukai Pelaburan.
- Pengecualian cukai bagi sumbangan kewangan syarikat dan orang perseorangan kepada sekolah-sekolah dan tempat ibadat berdaftar.
Pembangunan Modal Insan
- Utk mantapkan modal insan sektor swasta, insentif akan diberi termasuk potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa.
Pembangunan Luar Bandar
- RM5bln adalah utk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8bln utk Jalan Luar Bandar & Jalan Perhubungan Desa.
- Kerajaan akan panjangkan prgm bekalan air bersih kpd komuniti di Sabah dgn peruntukan RM50juta.
- Kerajaan akan peruntuk RM400juta utk naiktaraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kws2 FELDA yg terpilih.
- Bank Simpanan Nasional akan lantik agen2 di seluruh negara utk tingkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kpd penduduk luar Bandar.
- RM90juta akan diberi utk penyediaan kemudahan asas Orang Asli termasuk memperluas projek bekalan air terawat.
- Bg Orang Asli yg mengalami bencana tanah runtuh di Sg Ruil, krjn peruntuk RM20juta utk pemindahan penduduk ke kws baru.
- Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor utk bantu 4 juta penduduk yg masih tinggal di kws berisiko.
Transformasi Perkhidmatan Awam
- Bajet ini akan mentransformasi perkhidmatan awam utk menjadi dinamik & responsif & berorientasikan prestasi.
- 600,000 pesara krjn akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
- Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
- Dalam skim baru menikut time-based, guru akan dapat gred 44 pd tahun ke-8 & gred 48 pd tahun ke-16.
- Kerajaan akan tawar bantuan yuran pengajian kpd penjawat awam, termasuk 5,000 peluang ijazah sarjana & 500 kedoktoran falsafah.
- Satu prgm khas akan diperkenalkan utk 175,000 anggota tentera yang tidak layak menerima pencen.
- Kerajaan kenang jasa polis khas &polis tambahan masa zaman darurat, akan beri RM3,000 kpd stp bekas anggota serta duda & balu mereka.
Pembangunan Sektor Pertanian
- Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 akan dilaksana & RM1.1bln akan diperuntukkan utk pembangunan sector pertanian.
- Segala subsidi, insentif & bantuan berjumlah RM33.2bln akan diteruskan dalam semangat “Rakyat Didahulukan”
- KAR1SMA akan memberi manfaat kpd 500,000 rakyat, dgn membantu ringankan beban sara hidup.
Pembangunan Sektor Perumahan
- Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000.
- Kerajaan akan terus melaksanakan Prgm Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
- Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.
- RM63 juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 juta utk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
- Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300juta utk bina & baik pulih rumah.
Perkhidmatan Kesihatan
- Perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bln utk perbelanjaan mengurus dan RM1.8bln utk pembangunan.
- Hospital akan dinaiktaraf & dibina, Kerajaan juga akan tambahbaik 81 klinik kesihatan luar Bandar & buka 50 klinik 1Msia.
- KLGH, hospital tertua di msia akan dinaiktaraf menjadi sebuah hospital primer dengan sebuah sayap baru utk rawatan pesakit luar.
- Kerajaan akan sediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.
- Warga emas berumur 60 thn ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
- Skim Amanah Rakyat (SARA 1Msia) akan memanfaatkan 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
- TERAJU akan meyelaras dan memacu transformasi serta kukuhkan penyertaan Bumiputra dlm perniagaan.
- Bg bantu pemilik teksi bajet persendirian hadapi kos operasi tinggi, akan dibantu termasuk pengecualian cukai pembelian teksi.
- Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yg didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma.
- Utk bantu golongan gelendangan, Kerajaan akan sediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sbg Anjung Singgah.
- Peruntukan RM10juta akan disediakan utk melatih wanita professional utk kembali ke pasaran kerja.
Pembangunan Belia
- RM200juta akan disediakan utk melatih belia yg tlh meninggalkan sekolah melalui Prgm Strategik utk Belia 1Msia (SAY 1Msia).
- RM15juta akan diperuntukkan utk bina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dpt dicapai.
- Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.
- Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
- Kakitangan krjn akan dpt tambahan bonus setengah bulan gaji & bayaran bantuan RM500 kpd pesara krjn.
- Pencarum KWSP blh daftar awal giliralan ibadat Haji melalui penghadangan Akaun2 sebanyak RM1,300.
- Pemberian baucar buku RM200 kpd semua pelajar warganegara Msia di inst pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6.
- Ahli-ahli Parlimen Msia akan diberi elaun baru setelah jumlahnya dipersetujui nanti, bermula 1 Januari 2012.
Inilah antara Intipati, Ringkasan dan Isi Bajet 2012 yang dapat dikongsikan. Intipati Bajet ini akan diperkemaskan sedikit masa lagi. Sedikit komen tentang bajet 2012 ini, memang bajet 2012 bersikap Bajet untuk Rakyat. Semoga rakyat berpuas hati dengan Bajet ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
5 comments:
bonos 1/2 bulan pun tak pe la
harap2 semua dapt dlksankan dgn jayanye..
ye dak??
hehe
hurmmm mudahan bajet kali ni dapat la membela nasib rakyat yang tak berape nak berkemampuan tu kan.
bajet kali ni tak mesra kakitangan swasta
TERIMA KASIH YE
Post a Comment