Nuffnang

Saturday, October 22, 2011

Timbalan Menteri: Mahu UIA Tarik balik penggantungan Aziz Bari


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari. NONEMalaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan". Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah. "Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya. Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama. Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.
Malaysiakini..

7 comments:

Penulis Rindu said...

sila rujuk FB datuk Sarifuddin

EmpayarUtama said...

Iya aku pun setuju tak perlu gantung cuma beri surat tunjuk sebab dulu dan majlis boleh bersidang untuk putuskan ada salah laku atau tidak kemudian. Pandangan beliau pun bukan mewakili UIA.

a loqman said...

makasih iya

azza hana said...

kadang manusia buta..menghukum tanpa sebab

Anonymous said...

UIA kah UIA jika bertindak atas kepentingan?
Kepentingan Apakah yg ingin UIA pertahankan hingga bertindak begitu?
Apakah Matlamat UIA jika UIA itu menahan penjawatnya dari menyatakan pendapat yg menuntut ketua agama bertindak selaras dgn Islam?
Apakah Islam menahan pemimpin dari ditegur jika teguran itu adalah utk meneguhkan Ijtihad dlm sebarang Tindakan?
UIA bukan UIA jika tindakannya tidak akedemik..

a loqman said...

bijak satu jawapan yang mantap ye

salman said...

salam persahabatan,sukses milik semua orang,, semoga tetap sukses menjadi apa yang di impikan dan dapat membahagiakan orang yang di cintai...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung