Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Eidul fitri


Selamat Hari raya Eidul Fitri..
Dari Abu Luqman Dan sekeluarga.
Mohon Ampun dan Maaf Zahir Batin sekiranya ada silap dan salah ..di alam maya nie..
Tahun Ini Abu luqman Ber hari raya di Yan Kedah.. Rumah Bapa Mertua..hehe

Thursday, August 25, 2011

Bersabung nyawa balik raya


ANGGOTA APMM menahan penumpang di atas bot yang mereka naiki di perairan Sekinchan dekat Pelabuhan Klang kelmarin.

PELABUHAN KLANG – “Saya bayar tambang bot semahal RM850 dan meredah lautan semata-mata mahu pulang beraya bersama anak-anak yang amat saya rindui.” Itu luahan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 38, selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM) daerah Klang di perairan Sekinchan dekat sini kelmarin.

Dia merupakan seorang daripada 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menaiki sebuah bot. Menurut Siti, sudah hampir setahun dia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Subang dekat sini, tidak pulang beraya bersama anak-anak di Medan, Indonesia. Katanya, meskipun menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan berbahaya, dia tiada pilihan lain selain mempertaruhkan nyawa di lautan untuk pulang beraya di kampung.

“Saya sebenarnya mahu pulang terus ke Indonesia dan tidak mahu lagi kembali ke sini tetapi belum sempat tiba, bot pula rosak,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Terdahulu, ketika ditahan, bot yang dinaiki mereka termasuk seorang tekong dan lima wanita berusia di antara 20 hingga 46 tahun terapung di situ sejak tiga hari lalu kerana kerosakan enjin.

Bot yang dipenuhi dengan pelbagai barangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah sempena Aidilfitri itu juga didapati mengalami kebocoran dan menunggu masa untuk karam tetapi sempat diselamatkan oleh APMM. KOSMO

Saturday, August 20, 2011

Telah Tiba Masanya Untuk Berzakat


Salam buat semua

Dalam kegembiraan kita hendak menyambut Hari Raya dalam masa 10 hari je lagi..
ingatkah kita kepada insan yang malang..
Hulurkanlah sedikit bantuan untuk mereka..
Mereka tidak meminta untuk menjadi miskin
Kita yang mempunyai wang , keluarkanlah zakat , sedekah untuk insan yang malang ni.
Inilah masa yang sesuai untuk berzakat / sedekah pada 10 malam yang terakhir.....

" Sesunggohnya Takkan Rugi Orang yang Mengelurkan Zakat dan Bersedekah" Maksud / Al Quran / Al Hadis

Thursday, August 18, 2011

Mentega DNA babi masih tidak diasing


MENTEGA yang mengandungi DNA babi (paling kanan) masih bercampur dengan mentega halal yang lain di salah sebuah pasar raya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Walaupun pihak berkuasa meminta agar pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke seksyen tidak halal, namun masih ada yang tidak peduli.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya mendapati mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan tidak halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Isnin lalu masih diletakkan bersama produk halal lain di pasar raya.

Sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini didapati seolah-olah tidak peka dengan arahan terbabit kerana mempamerkan produk itu bersama mentega halal lain.

Selain hanya mengasingkan produk itu beberapa sentimeter dari produk halal, tiada sebarang notis tidak halal ditampal pada bahagian mentega DNA babi terbabit.

Bagaimanapun, tinjauan di empat lagi pasar raya terkemuka di Ampang, Taman Midah, Jalan Peel dan Jalan Loke Yew di sini tidak menemui produk mentega babi yang dijual pada harga RM7.99 itu.

Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega terbabit ke dalam rak seksyen tidak halal.KOSMO

Monday, August 15, 2011

Jual martabak, kuih 10 biji RM1


SHAHIDA Abdullah (kanan) melayan pelanggan yang mahu membeli martabak di gerai bapanya di bazar Ramadan Stadium Darulaman, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kebiasaan- nya kuih-muih dijual pada harga RM1 untuk tiga biji manakala martabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.

Berbeza dengan bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darulaman di sini, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuihmuih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.

Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih-muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.

“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.

Nurhayati berkata, walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga RM1 itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.

“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu. KOSMO

Saturday, August 13, 2011

Jom Pekena Nira Nipah

Pokok Nipah
Ni lah dia nira nipah

Salam semua rakan blogger..

Aku teringin nak minum air nira nipah..
dulu aku tak pernah minm air nira nipah ni.tapi selepas kahwin dengan orang Kedah..terus minat
Bila orang Kedah hidangkan air nira nipah..kena sekali terus sodap ...dulu aku ingat minum mabuk....sebab bila masam baru jadi cuka..
kasiat minum air nira ni ialah...bila kita minum boleh menyejukkan badan..dan tiada bahan kimia.. itu yang best tu....buahnya pun sedap juga ye....hehe..jom beli ye

Wednesday, August 10, 2011

Menu Hari Ini Cucur Cempedak

Air Kacang Soya

Salam buat semua..

Menu aku dan sekeluarga ialah cucur cempedak dan air minuman , air soya..
kadang kadang kita makan makan tempatan sahaja...
sekarang ni musim buah cempedak..aku pun beli buahnya dan minta isteri goreng je..
dulu masa buah cempedak banyak kami buat kering je..
apabila selepas luar musim buah ..baru kami goreng..best tau

Saturday, August 6, 2011

Wanita Pertama Kena Tangkap Tak Puasa Di P.Pinang


BUTTERWORTH: Seorang wanita dan dua yang lain telah ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam secara terbuka pada bulan Ramadan.

Wanita tersebut seorang pekerja kilang memberi alasan 'datang bulan' kerana tidak berpuasa dan menjadi wanita pertama yang ditahan kerana tidak berpuasa di negeri ini tahun ini.

Bagaimanapun, wanita tersebut sebenarnya menipu dan akhirnya mengaku kepada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bahawa dia sebenarnya tidak berpuasa kerana lapar.

Namun begitu, wanita tersebut dan yang lain ditangkap bukan kerana tidak berpuasa tetapi kerana makan di tempat awam pada bulan puasa.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan, Jaafar Ismail berkata, tiga orang yang ditahan itu didapati sedang makan di bawah Jambatan Pulau Pinang, Prai, pada lebih kurang jam 2.30 petang Sabtu.

“Walaupun mereka sedang menikmati makan tengah hari di bawah jambatan tetapi aksi mereka dengan mudah boleh dilihat oleh orang awam,” tegasnya.

Jaafar berkata, kakitangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam sering kali membuat rondaan di bawah jambatan tersebut kerana ia telah menjadi lokasi popular untuk mereka yang tidak berpuasa makan di siang hari.

Katanya, ketiga-tiga mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Thursday, August 4, 2011

Hosni dibicarakan walaupun terbaring

HOSNI MUBARAK terbaring di atas katil dalam sebuah kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak mula dibicarakan semalam di sebuah mahkamah di sini berhubung dakwaan beliau melakukan rasuah dan mengarahkan pembunuhan para penunjuk perasaan.

Namun, dia terbaring di atas sebuah katil hospital yang terdapat di dalam sebuah kurungan di mahkamah berkenaan kerana sakit.

Stesen-stesen televisyen Mesir turut menyiarkan imej beliau terbaring itu.

Hosni turut mengangkat kepala untuk melihat proses perbicaraan itu.

Dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa yang turut dibicarakan bersamanya berdiri di tepi katil Hosni dan bercakap dengannya.

Hosni diterbangkan dengan menggunakan sebuah pesawat tentera dari sebuah resort peranginan di Sinai menuju ke ibu kota Mesir, di sini untuk dibicarakan.

Di pekarangan mahkamah itu, berlaku pergelutan antara ratusan penyokong dan penentang bekas presiden itu.

Kawalan keselamatan amat ketat di luar bilik mahkamah berkenaan.


SEBUAH stesen televisyen di Mesir menyiarkan dua anak Hosni Mubarak, Gamal (kiri) dan Alaa (empat dari kiri) di dalam kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.

Ratusan anggota polis cuba memisahkan kumpulan penunjuk perasaan yang bergaduh.

Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Hosni dan yang menentangnya saling membaling botol dan batu ke arah satu sama lain.

Sebelum pergaduhan itu berlaku, sekitar 50 penyokong pemimpin berusia 83 tahun itu melaungkan slogan sambil memegang potretnya di luar lokasi perbicaraan.

Hosni tinggal di sebuah resort di Sharm El Sheikh sejak beliau meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Beliau kemudian ditahan di sebuah hospital kawasan peranginan itu sejak April lalu.

Doktor-doktor menyatakan Hosni mengalami masalah jantung.

Hosni yang memerintah Mesir selama 29 tahun dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah berkenaan di dalam sebuah kandang bersama beberapa tertuduh lain termasuk dua anak lelakinya dan seorang bekas menteri dalam negeri.

Dakwaan-dakwaan tersebut boleh membawa hukuman gantung sampai mati. - Agensi

Tuesday, August 2, 2011

Berbuka Puasa Ala Kadar sahaja


Salam buat semua...

Aku dan sekeluarga berbuka puasa ala kadar sahaja.
Hanya sekadar makan buah tamar dan kueh sahaja... kadang kadang makan nasi sikit.
Bukan apa ..kalau makan banyak ..nanti pergi solat terawih ..tak boleh buka mata nanti..hehe
cukuplah makan ala kadar je..ingatkan kan hamba hamba Allah yang daif...

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung