PETALING JAYA - Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal.
Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan suaminya.
Dakwa Zaidi, anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu.
"Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu.
"Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi," katanya...KOsmo
Itulah..masa bercinta dan seronok..semunya best..ketiak masam pun wangi...huhu..bila tak hendak..bercerai kata macam macam..kesian Rita nu..huhu
8 comments:
kesian si rita tu ye...huhu
tak ptot2
apa la Aidil ni.. bertanggungjawab la sikit..
kesian nya... xsuka la dgr cerai2 nie.
Macam macam kan... Hehehe
tak pe rita ..nanti lpas ni ada la sape sape mai minang tau
klau drp awal mak mertua dh x suka mmg susah laa kn...
masam x ketiak rita ni? ahhaha :P
Post a Comment