Nuffnang

Thursday, November 22, 2012

Fulamak...Penjaga gol Khairol Fahmi dapat tajaan perkahwinan sampai Rm 300 ribs ...Jon baca.


GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.
Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.
Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.



4 comments:

YEASLMN said...

Fuyoo , untung laa dia....

Penulis Rindu said...

Tahniah khairol

Anonymous said...

Patutlah prestasi Bolasepak Negara tumbang, gara gara pemain menang sikit gossip banyak.

Kak Mahh said...

Rezeki dia kan...beruntungnya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung