Nuffnang

Thursday, December 13, 2012

Fulamak !!! Untung Apek [khairol] Nik Aziz akan nikahkan Apex, Leuniey



Pasangan Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Eilunie Natasha ketika sesi penggambaran di rumah 

keluarga Nur Eilunie. - Foto majalah Nona

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.
Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.


Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex  pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri.

13 comments:

umiawadah said...

bertuah badan...dapat isteri cantik...dinikahkan lak dengan orang yang disegani ramai...

Nyue said...

untung laa..

Penulis Rindu said...

Beruntunglah dia yep

Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Alangkah bestnya lagi kalau pgantin pompuan itu brtudung..bkn ms majlis akad nikah saja..

Anonymous said...

Tu dah kira sangat bagus..mendapat suntikan dr TNA, tapi perlu BERUBAH....

ijoks2009 said...

Selamat pengantin baru untuk apek dan tahniah sebab dinikahkan oleh ulama' tersohor ;)

Blog Sensasi said...

wow jadi pilihan .....apa pun tahniah..nnnti leuniey pakai tudung ek

Blog Sensasi said...

wow jadi pilihan .....apa pun tahniah..nnnti leuniey pakai tudung ek

Blog Sensasi said...

wow jadi pilihan .....apa pun tahniah..nnnti leuniey pakai tudung ek

Blog Sensasi said...

wow jadi pilihan .....apa pun tahniah..nnnti leuniey pakai tudung ek

Blog Sensasi said...

wow jadi pilihan .....apa pun tahniah..nnnti leuniey pakai tudung ek

Blog Sensasi said...

wow jadi pilihan .....apa pun tahniah..nnnti leuniey pakai tudung ek

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung