Nuffnang

Friday, December 21, 2012

Fulamak..Giliran Mustafa Kamal Pulak..Sertai Pakatan Rakyat...


Dulu Umno..Sekarang Bersama PAS !!!



Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.


Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.

Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie. Nukkilan ABu Luqman




4 comments:

Penulis Rindu said...

teruskan perjuangan

robertocarlos said...

Belum nyata lg dia masuk mana2 parti PR.. mungkin dalam proses memahami perjuangan.. InsyaAllah tak lama lagi..

♥ Nana BamBam ♥ said...

tegakkan keadilan.. :)

Penulis Rindu said...

Harap harap .dia terima pr

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung