Nuffnang

Tuesday, December 18, 2012

Harun Taib: Mufti jangan campuri politik.. kalau Tak tahu sejarah



Datuk Harun Taib

SHAH ALAM - Mufti-mufti dinasihat agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan sesebuah parti politik itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menggesa  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Menurut Harun, Abdul Hadi tidak perlu menarik balik kenyataan yang pernah dibuat itu kerana apa yang dikatakan itu berpunca daripada kepimpinan Umno terdahulu.

“Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan Umno semasa kepimpinan Mahathir ( Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Harussani, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.

Amanat  Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan Abdul Hadi telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas Pas sekitar tahun itu.sinar

11 comments:

Penulis Rindu said...

banyak lagi fatwa yang perlu di perkemaskan..

Anonymous said...

1. Kedua mufti tersebut mempunyai kaitan langsung dgn politik kepartian umnoapco. Harusani lulusan Pegawai Khas (SB) Bukit Aman sebelum menjadi Timbalan Khadi di Pulau Pinang. Sejak itu ia dinaikkan sehinggalah ketahap sekarang ni. Tiada ijazah dari mana-mana universiti tapi boleh jadi mufti.

2: Manakala Wan Zahidi Wan Teh mempunyai talian kekeluargaan langsung dgn Wan Hashim , mantan MP Gerik dan keluarga mereka sememangnya menguasai politik Perak suatu masa dahulu.

3: KERAjaan umnoapco lakukan pelbagai kemungkaran sehinggalah Najib menyambut Aidil Adhapun dgn tarian gangnam, malangnya tiada fatwa di kemukakan.

4: Rakyat Malaysia pernah di kejutkan dgn dakwaan fatwa haram sertai BERSIH, tetapi bila di tanya di parlimen, ianya hanya berupa nasihat atas nama Majlis Fatwa Kebangsaan, tidak sepertimana dakwaan asal seakan-akan ada fatwa di keluarkan.

5: Nyata dari urutan insiden itu , mufti dan KERAjaan umnoapco hanya menggunakan Fatwa dan status mufti utk mempertahankan KERAjaan zalim umnoapco Be eNd dan memburukkan PR.

6: Sebagai rakyat yg merasakan teraniaya dan dikhianati , didoakan agar KERAjaan, parti, kepimpinan dan seluruh pencacai umnoapco termasuk para mufti yg terlibat di hancurkan ALlah dlm PRU 13 ini agar rakyat dan negara terselamat dari kerja-kerja keji mereka selama ini, insya ALlah, amien!

Obat Tradisional Gagal Ginjal said...

pagi

Obat Tradisional Penyakit Kuning said...

semoga sukses selalu

Obat Tradisional Asam Urat said...

Salam kenal dan sukses selalu

Obat Tradisional Glaukoma said...

infonya sangat bermanfaat sekali

Obat Tradisional Penyakit Kanker Paru-Paru said...

thank's infonya

Obat Tradisional Penyakit Kanker Otak said...

Ikut gabung sisni ea

Obat Tradisional Penyakit Liver said...

sukses terus ea

Obat Tradisional Penyakit Patah Tulang said...

jangan lupa mampir balik ya gan

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan2 semua,

Masa aku sekolah Agama Johor lebih lima dekad dahulu, chegu aku kata,(kami tak pernah panggil guru itu ustaz) kalau tertinggal sembahyang waktu atau tertinggal 3 kali berturut-turut sembahyang Jumaat, tinggal puasa Ramadan, ia dengan sendirinya telah jatuh kafir. Masa itu belum lagi ada cerita rasuah!. Cerita orang macam Datuk 3-Tongkol pun tak ada. Yang ada hanya cerita kominis. Kampungku di Kluang selalu dimasuki kominis.

Dulu-dulu Kami juga tak pernah berpeluang lihat atau kenal Mufti. Itu sebabnya kami sungguh hormat kat Guru, termasuklah guru sekolah Melayu.

Bagi aku orang UMNO yang rasa dah terlajak tu eloklah cepat-cepat taubat. Tak perlulah berfobia dan takutkan fatwa (?) ulamak PAS!, hingga sanggup heret Mufti yang dah nak pencen untuk menjadikan diri Islam balik. Cerita dah berabad pun mahu diperbaharui bacaannya. Mungkin orang-orang ini dah terasa gementar dan bimbang akan status Islamnya, kerana seperti aku mereka pun dah jadi warga emas.

Dalam politik sekarang ni apa yang aku suka kat PM Najib ialah dia ada berani beri kami BRIM. Lepas ni kami bekas askar dapat 1000 pulak. Bukan macam mantan-mantan PM tu dari dulu hingga sekarang asyik nak koner-n-kebas saja. Aku sama berdoa PM Najib akan pulangkan Wang Royalti pada raja dan rakyat Kelantan kerana itu hak mereka.

Kawan-kawan surau kata kita dapat semua ini sebab team DSAI kuat. Ada betul ke?. Dan kebanyakan kami dah dua penggal kami tak undi UMNO~ kini lebih sayang kat PAS tapi kena pangkah DAP, macam dulu-dulu juga sayangkan UMNO pangkah MCA. Semacam saja !.

Wasallam.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung