Dua surat berkaitan pengurniaan tanah balak seluas 4,259 hektar yang dikeluarkan oleh pegawai Nik
Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
Pegawai Nik Aziz: Kurnia tanah 4,259 hektar bukan rahsia, Pusat dimaklum
SHAH ALAM - Isu pemberian tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang, yang didakwa diberikan kepada pemimpin DAP Perak bukan satu rahsia, sebaliknya pengurniaan telah diputuskan tujuh tahun lalu dan sedia diketahui oleh dua kementerian termasuk Datuk Dr Awang Adek Hussin, kata Setiausaha Akhbar kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.
"Kenyataan-kenyataan ini (laporan media) seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net.
"Kenyataan-kenyataan ini (laporan media) seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net.
"Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui," kata Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Ahmad Fadhli berkata, surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bertarikh 16 Januari 2006, yang turut menyokong permohonan
syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan.
"Surat tersebut ditandatangani olah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada masa itu iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin. Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata beliau lagi.
Awang Adek merupakan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan sekarang.
Justeru, Ahmad Fadhli berkata, beliau berharap semua pihak di Kelantan terutama pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan boleh bertanya terus kepada Awang Adek berkenaan isu tersebut.
"Menyentuh kenyataan (Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi ) Pengerusi Ombak agar Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira Ombak boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, Ombak pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya lagi.
Kenyataan Ahmad Fadhli merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 4,259 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada Pas selepas pilihan raya umum 2008.
"Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin Umno bersama beberapa NGO pro Umno masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham," kata beliau.
Laporan akhbar memetik Presiden Ombak, Wan Khairul Wan Muhammad berkata, Nik Aziz tidak wajar berdiam diri, sebaliknya perlu memberikan penjelasan berhubung dakwaan menawarkan tanah balak seluas 4,259 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.
Wan Khairul berkata, jika dakwaan tersebut tidak benar, Mursyidul Am Pas itu harus mengambil tindakan undang-undang ke atas blog pisau.net yang mendedahkan perkara itu sebelum pengakuan dibuat oleh kedua-dua pemimpin DAP terbabit.
"Kedua-dua pemimpin ini telah mengaku melabur dalam Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan itu, tetapi sehingga hari ini Nik Abdul Aziz masih berdiam diri.
"Beliau perlu membuat penjelasan terutamanya kepada seluruh rakyat Kelantan kerana ia bukan isu kepartian malah satu kebenaran yang perlu rakyat lihat di sebalik pemerintahan Islam," katanya.
7 comments:
Depa ni ..keluar isu..yg tak releven...duit..180 billion..senyap je
mereka berak tengan jalan cuba nak tutup dengan kentut orang lalu lalang.
mereka berak tengan jalan cuba nak tutup dengan kentut orang lalu lalang.
Maaflah Pakcu masuk mencelah sikit.
Pakcu ada baca kedua blog Pro dan Kontra mengenai gadaian tanah 10,526 hektar oleh Kerajaan Kelantan kepada Syarikat Upayapadu Sdn Bhd dengan kadar RM 100.00 seekar setahun bagi getah dan RM 150.00 seekar untuk Kelapa Sawit...terlalu rendah tu. sehingga masa melewati 50 Tahun.
Dan yang paling memeranjatkan saham dan syarikat tersebut milik YB orang kuat DAP Perak. Bila terbongkar rahsia ni hingga sanggup ugut orang pula ...itu lah ceritanya...rajin-rajinlah mengunjungi blog-blog lain barulah minda kita tak jumud....walahualam
pak cu rantau panjang dapat dari sumber blog yang tak betul . . cuba dapatkan dari pejabat berkenaan spt audit negara . . lain ceritanya
pak cu rantau panjang dapat dari sumber blog yang tak betul . . cuba dapatkan dari pejabat berkenaan spt audit negara . . lain ceritanya
Pak Cu
Anda silap...RM100-RM150 utk pajakan 50 tahun adalah sangat bagus.
Kalau saya amik kira RM100 je pun jumlah yg akan diterima utk 50 tahun adalah RM130 juta. kalau dikira nilai semasa RM130 juta dgn kadar diskaun 3% adalah RM67 juta...satu urusniaga yg menguntungkan utk kjaan negeri ktan..
Post a Comment