Nuffnang

Wednesday, October 31, 2012

Fuyoo,,,, Warga emas di dakwa rogol anak jiran umur 10 tahun..


[DIKEMAS KINI] JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang layak digelar datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak jiranya berusia 10 tahun.

Tertuduh, Mohamad Soha Abdullah, 65, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah anaknya di sini dalam tiga kejadian berasingan sekitar awal bulan ini.

Gempar...Mahkamah arah pelajar terus aibkan bekas teman lelaki ditangkap...jom baca


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pelajar kerana menghina mahkamah dengan mengaibkan bekas teman lelakinya di laman sosial walaupun dilarang berbuat demikian.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan komital oleh seorang guru warga Kanada, Lee David Clayworth, 35, untuk memenjarakan Lee Ching Yan, 28.

Monday, October 29, 2012

Fuyoooo..Bekas isteri, janda berebut duit durian runtuh..FELDA..jom baca


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Oktober 2012
Janda, isteri rebut durian runtuh Felda
Muka Depan Sinar Harian Edisi Isnin
SHAH ALAM - Noor, seorang janda, pada mulanya teruja mendengar pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang menyatakan janda akan turut menerima bahagian mereka apabila durian runtuh diagihkan kelak.

Dia agak kecewa kerana perkara itu tidak berlaku. Pengalaman pahit dilalui.

Sepasang kekasih maut selepas rumah didiami terbakar


Sepasang kekasih maut selepas rumah didiami terbakar




28 Oktober 2012
JOHOR BAHARU - Sepasang kekasih maut dipercayai akibat sesak nafas selepas rumah mereka di Polo Park, Jalan Bentara Luar Satu, di sini mengalami kebakaran, hari ini.

Kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian belakang rumah jenis townhouse itu berlaku pada 11 pagi dan menyebabkan kedua-dua mangsa, Ang Lye Hock, 52, dan Angielee Ambrose, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Saturday, October 27, 2012

Gempar Kes Buang Bayi !!! Ibu bapa gadis berusia 17 tahun di tahan..!!! Jom baca..


KANGAR  - Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan pukul 9.47 malam semalam.
Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Berita gempar ,,,, Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

Wednesday, October 24, 2012

Panas...Isteri terkantoi..di cekup ketika berkhalwat..


Ayer Keroh - Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.

Fuyoooo..parlimen Meletup Dengan soalan ..Parlimen 'meletup' pegawai kastam beli-belah RM1.8jegawai Kastam


Parlimen 'meletup' pegawai kastam beli-belah RM1.8j


Apa yang bermula sebagai satu pertanyaan mudah berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2011 akhirnya bertukar menjadi huru-hara apabila para ahli Parlimen menjadi emosional  semasa jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin di peringkat jawatankuasa dalam perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan.

Perghhh..apa nak jadi ni..Doktor cabul budak !!!!.. Jom baca



Nor Hashim Mohamad
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim MohamJOHOR BAHRU - Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan kes cabul kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan, kelmarin, daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya dicabul oleh doktor terbabit dalam kejadian 20 Oktober lalu.
“Polis ada menerima laporan ini kelmarin apabila seorang bapa mendakwa anaknya dicabul oleh seorang doktor lelaki yang memberi umpan sebuah telefon bimbit.
“Polis sedang melakukan siasatan susulan berhubung kes ini. Doktor terbabit yang berusia 40 tahun dan masih bujang ini ditahan polis di klinik miliknya di sekitar Taman Bukit Indah, di sini, untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, di sini, semalam.
Nor Hashim berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan di IPD Nusajaya sekitar jam 8 malam sejurus anak lelakinya itu mengaku dicabul oleh doktor terbabit.
“Kanak-kanak zaman sekarang suka kepada telefon bimbit yang canggih-canggih pada masa kini.
“Kejadian ini terbongkar apabila bapa mangsa bertanyakan dari mana anaknya mendapat telefon bimbit berkenaan dan kanak-kanak itu mengakui ada menerima telefon bimbit tersebut sebelum dicabul,” katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Polis akan menyiasat kes ini kerana ia melibatkan kanak-kanak khususnya murid sekolah. Polis juga belum menerima sebarang laporan mengenai kes sama sebelum ini.
“Siasatan awal mendapati berlakunya cabul ke atas kanak-kanak ini dan polis percaya suspek berkemungkinan pernah lihat mangsa,” katanya.

Monday, October 22, 2012

Perghhhh!!!!..Ingat bapak dia punya jet?'


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

Fuyoooo..Guru digoda oleh adik ipar sendiri.".

SAYA berusia awal 30-an dan tinggal bersama mentua di Melaka. Kami terpaksa membuat pilihan itu kerana tempat kerja isteri berdekatan rumah mentua.
Saya pula bekerja sementara sebagai guru bahasa di Melaka. Saya amat menyayangi isteri dan anak perempuan berusia lima bulan.
Isteri ada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan berusia 18 dan 14 tahun.

Saturday, October 20, 2012

Berita Gempar!! MT Umno Terima Laporan BN Bakal Tumbang PRU13


Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti. Cepu dari addin

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Berita gempar....dan terbaikkk..Haram undi MCA..PERKASA..


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Friday, October 19, 2012

Fuyoooo..Alat mainan seks tersangkut dalam usus

SHANGHAI: Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama lima hari.



Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks. 

Fuyooo...Pelajar Malaysia buat filem pornografi sendiri.....hulu kacau ni


BUAT BLOG PORNO,PELAJAR MALAYSIA BERDEPAN TINDAKAN DISIPLIN | PETALING JAYA- Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.



Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut terhadapnya.

Thursday, October 18, 2012

Fuyooo.Hutang dijamin k'jaan melepasi paras RM100b ...habis duit..

LAPORAN AUDIT Pinjaman terkumpul yang dijamin kerajaan persekutuan meningkat sebanyak RM19.85 bilion atau 20.5 peratus pada tahun 2011 dan buat pertama kalinya telah melepasi paras RM100 bilion untuk mencecah RM116.76 bilion, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Perghh...kacau Mani haiwan RM486,100 belum 'bernyawa'


Mani haiwan RM486,100 belum 'bernyawa'
  Sebuah anak syarikat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) didapati masih belum menggunakan air mani kambing dan lembu untuk permanian berhadas bernilai hampir setengah juta ringgit.

Fuyoo...Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus

NONESatu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011.

Tuesday, October 16, 2012

Fuyoo..Pegawai kastam bole belanja..sampai rm 1.8 juta...?

Seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pegawai tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan itu, telah membuat pesanan secara lisan bagi barangan tersebut, yang sesetengahnya berharga ribuan ringgit, dan melebihi kuantiti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penetapan Permohonan Pembelian Peralatan Logistik Pencegahan.

Pergh & punah!!!!. Mahadir buka mulut Akan menyebabkan undi melayu untuk BN menurun

hKUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.

Sunday, October 14, 2012

Isu lapok .....Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarDengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

soros lse fund raising dinner 181206 sorosBagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Soros (kanan) menjadi perhatian semula sejak awal bulan lalu apabila kerajaan mempertikaikan dana NGO hak asasi Suaram yang dikaitkan dengan jutawan tersebut. 

Friday, October 12, 2012

Subhanallah .Pelik Tapi Benar !!! Wanita ini melahirkan seekor kuda !! ini semua kehendak Allah


Wanita ini melahirkan seekor kuda                           

Veronica Egiebor, seorang jururawat tempatan mengesahkan bahawa beliau telah menyaksikan sesuatu yang aneh di lahirkan oleh seorang wanita. Sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Paderi yang menyaksikan majlis itu mengatakan bahawa: "Saya tidak boleh menggambarkan objek tersebut. Kita telah melihat ramai orang muntah menyaksikannya. Ia memberi amaran kepada semua orang supaya tidak pergi berhampiran "janin", sebaliknya mereka hanya meninggalkan ia di sana, dalam lopak darah. Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital. Kuda-bayi itu telah diisytiharkan mati dan ditinggalkan di atas lantai gereja sehingga hari berikutnya sebelum dilupuskan.

Thursday, October 11, 2012

Sedih Dan Terkejut !!! Negara Islam ! Tapi Peruntukan Sekolah Agama Rakyat Tiada ? Macam mana nie..


'Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?'


Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.

NONEJurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.

"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya. Malaysiakini



Nota : Apa yang di beritahu ..peruntukan untuk sekolah buka Islam  ada : tapi sekolah Agama Rakyat Tiada...macam mana Remaja masa kini tak lingkup.kerana kurangnya didikan agama.Bukan Xstrem tapi fikir fikirkan lah..ye..Bantuan Untuk Pembangunan Sekolah Agama Perlu..bagi mengimbangi ledakan maklumat masakini yang megatif ..adalah di minta pak Menteri mempertimbangkan semula ye..kami juga pembayar cukai..

Terkejut !!! Baru kita tahu !!! Dulu ceramah Pas di Johor , banyak Pokok Dari orang.., ye ke in !!...


Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok


Mohd Sabri Said,10 Okt 2012

TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar)berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang..harakahdaily
TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar)berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang.

Wednesday, October 10, 2012

Gambar Tersembunyi dari Media Perdana : Pemimpin PR BerDoa Untuk Para Pelajar Yang menghadapi PMR dan Tazkirah


Majlis doa selamat semalam di rumah bersama tetamu Ustaz Dato Ismail Kamus - Turut sama mendoakan kecemerlangan semua anak - anak malaysia yg menduduki PMR..setakat ni pemimpin BN belum ada lagi buat program ni..Kalau ada saya takperasan ye..


Bersama Jemaah di Masjid Titi Gantung Perak Nukilan ABu Luqman

Tuesday, October 9, 2012

Gempar : 8,000 lulusan jururawat kolej swasta menganggur..Dulu Kata ada Kerja..?


KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur.

Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan semasa.

"Cerpen Politik Baru YBJ " : Akhirnya Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok



Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia,  Datuk Chamil Wariya danUtusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

Sunday, October 7, 2012

Terkantoi dah : isu bangkit : Kenyataan Ahmad Masan makan diri



 Seremban : “Saya rasa beliau lupa," kata Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan , Abd Rahman Ramli berhubung kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mendedahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.

Menurut Abd Rahman, kenyataan dibuat Ahmad memberi peluang kepada kepimpinan Anak untuk membidas semula.

“Datuk Ahmad Maslan seakan terlupa bahawa Anak ditubuhkan di bawah parti Pas sendiri. Pertubuhan ini sebenarnya tidak perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jelas sekali nampak kedangkalan beliau mengenai perkara itu. Kenyataan semborononya itu seperti telah memakan diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Abd Rahman juga mempersoalkan kewujudan beberapa lagi pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS tetapi tidak dibangkitkan Ahmad.

“Antara pertubuhan dikenal pasti adalah Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan Belia Felda.

“Anak memang sebuah pertubuhan tetapi kewujudan Anak tidak menyalahi undang-undang kerana ia berjalan atas tiket parti Pas tetapi mempunyai perbezaan dengan JKKR dan GPW,” katanya.

Beliau turut mendesak Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman mengambil tindakan sewajarnya ke atas pertubuhan itu juga.Sinarharian




Gempar : Tergamak Orang Umno Bakar Baju Umno






Orang Umno Bakar Baju Umno



Marah apabila menyedari dirinya menjadi mangsa pembodohan oleh pemimpin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Permatang Tengah bertindak membakar baju UMNO/BN miliknya di tengah-tengah Pekan Permatang Pauh petang tadi.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung