Nuffnang

Tuesday, October 16, 2012

Pergh & punah!!!!. Mahadir buka mulut Akan menyebabkan undi melayu untuk BN menurun

hKUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.


"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.


Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.

Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.

"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

"Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi.

Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi.

Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain.

Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.
ttp://harakahdaily.net/index.php/headline/13860-mahathir-buka-mulut-undi-melayu-untuk-bn-m

6 comments:

Anonymous said...

komitmen mahadet pada menjadikan kesejahteraan malaysia dapat dikecapi oleh semua rakyat dari pelbagai kaum tak pernah berubah.baik sebelum-semasa-selepas menjadi orang pertama. bukan sedikit mereka yang cuba merusakkan budaya ini diketepikan malah ada yang dibayar dengan harga tinggi. sebagai contoh mengenepikan anuar.ini satu tindakkan kewajaran mahadet yang kian terserlah untuk dihayati oleh semua.
perkara yang dikesali dan masih tidak berjaya dilakukan mahadet ialah mengubah sikap orang melayu terutamanya. mungkin dilihat atau cuba dimaksudkan mereka yang berada dalam umno semata2. tetapi dikeadaan tiada apa kepentingan atau merebutkan sesuatu jurusnya menggambarkan ujud kebodohan yang merusak dalam permainan politik pembangkang.
semakin banyak maklumat dapat di sahihkan bahawa malaysia ke arah ditanamkan fikiran caca marba pembangkang.semua perkara yang dapat menjanjikan sokongan kepada pembangkang dibuat.

t sambung .

Anonymous said...

Ada hikmatnya Allah panjangkan umur dia. Secara tak langsung dia menjahanamkan diri sdri bersama2 BN. Nasib kolah labu, anda buat anda dapat.

Anonymous said...

soly pkei tfon kapcai..k sambung+ betul kata bean tp tak mcm tu..aq saja rambg2 tanya bodoh2 termasuk mat tegar pkr sikaki pns baran..tak lah ada per2 terok keypad ni. mf t sambung

♥ Nana BamBam ♥ said...

kadang apa yang mahathir cakapkan tu ada betul nye...entahlah..

Penulis Rindu said...

Salam..Maas..tak Len..on line..sbb Ada di Saudi arabia

Penulis Rindu said...

Salam..Maas..tak Len..on line..sbb Ada di Saudi arabia

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung