Majlis Perbandaran Seberang Perai menyelar menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen kerana didakwa tidak menghormati undang-undang dan menghina pekerja yang menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina perdana menteri di kawasan berkenaan.

najib chinese new year banner 020213 2Seorang ahli majlisnya, Steven Sim berkata Ng bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Pulau Pinang tetapi juga pekerja MPSP yang hanya menjalankan tugas mereka pada hari itu.

"Sebagai seorang menteri, Ng sepatutnya lebih tahu bahawa undang-undang mesti dipatuhi. Adakah dia bermaksud bahawa tiada apa-apa jika langgar undang-undang, hanya kerana ia melibatkan PM, atau Najib?," soalnya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan bahawa MPSP menurunkan kain rentang dengan gambar Najib itu kerana ia dipasang tanpa mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

NONE"Adakah Ng berkata pekerja itu salah kerana menjalankan tugas? Beliau patut meminta maaf kepada MPSP dan pekerjannya atas kenyataan menghinanya yang mengkritik tugaas rasmi MPSP," katanya.

Sim berkata tindakan sama turut dikenakan ke atas kain rentang haram lain dan tiada kaitan dengan BN atau Najib.

Tambahnya, pekerja MPSP hanya menjalankan tugas biasa mereka di sekitar kawasan Bagan apabila terlibat kain rentang haram yang dinaikkan oleh BN.

Sebanyak 971 kain rentang, termasuk 678 dengan gambar Najib, diturunkan dalam operasi pada hari itu, katanya.