Yasin (kiri) dan Yusmadi menunjukkan bukti ugutan bunuh yang diterima menerusi laman YouTube.
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
Yasin, 39, berkata, ugutan bunuh yang diterimanya menerusi laman YouTube selepas memuat naik lagu nyanyiannya berjudul Reformasi adalah bukti ada pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk mengugut.
"Perselisihan pendapat adalah perkara biasa malah saya sebelum ini pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
"Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat tetapi saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini," jelasnya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Damansara di sini pada Selasa.
Antara komen yang diterima oleh Yasin daripada pengunjung laman sosial itu.
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas bersempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula bekata Yasin patut dibunuh.
Dalam pada itu, Yasin berkata, buat sementara waktu dia tidak bercadang untuk membuat sebarang laporan polis terhadap dua individu tersebut sebaliknya mahu menyampaikan mesej supaya mereka dan sesiapa sahaja menghentikan budaya tidak sihat itu daripada terus berleluasa.
Turut hadir peguamnya, Yusmadi Yusoff.
Tambah Yasin, sebagai seorang rakyat Malaysia, dia tidak membuat sebarang kesalahan sehingga dikecam sedemikian rupa sebaliknya hanya meluahkan perasaan menerusi lagu.
"Tidak kira daripada parti mana sekali pun budaya mencaci, menghina dan mengugut tidak sepatutnya berlaku dan keadaan ini jika dibiarkan akan berterusan.
"Saya tidak berhasrat untuk mengambil tindakan buat masa ini cuma ingin memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana supaya berhenti daripada melakukan perkara yang tidak sihat seperti itu," jelasnya.
Penyanyi itu turut menegaskan dia tidak terlibat dalam mana-mana parti politik sebaliknya hanya dilantik sebagai duta Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 18 Februari lalu.
Jelas Yasin, dia bersetuju menjadi duta AMK kerana menyokong perjuangan parti itu namun memberitahu tidak berminat untuk bergiat aktif dalam dunia politik.
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
PAS, PKR bertembung di Labuan dan Sg Acheh PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan d...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Wow nampak memang sodap ye..tapi bukan puncanya obesiti KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid s...
-
Ibu Dari Google Bonda Artist: M Nasir Mengapa kanta ini masih berkaca Sedangku telah pun terima di dalam r...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Salam Buat Semua.. Hari ini dan semalam aku rasa kecewa..apabila aku.. pergi ke kedai minyak untuk mengisi minyak keretaku yang hampir habis...
-
Salam buat semua.. Hari Nie penulis memaparkan kedai minyak petrol , guna jenama Buraq Oil..dulu kedai ni kedai caltex...untuk makluman tua...

1 comment:
kita kena nuteral..
Post a Comment