Nuffnang

Friday, May 10, 2013

MB Selangor Bukan Hak PKR !!! Zuraida hang Kena Cool !! Wajib Baca

'Tiada perjanjian MB S'gor mesti PKR'

Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS negeri.

Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.
PR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama.

Dalam kenyataannya Mohd Sany berkata, Pemuda PAS negeri berharap pimpinan Pakatan Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar itu dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.

Sementara itu, Zuraida yang juga ketua Wanita PKR dilaporkan menggesa PAS dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan menteri besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu kerana ia akan diputuskan PKR Pusat.

"Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan PAS dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian (Pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Rani (Osman) pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.

"Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya," lapor Sinar Harian yang memetik laporan sebuah portal berita.

11 comments:

Penulis Rindu said...

Sbb Tu Kerusi PKR Merosot..sombong

Anonymous said...

saya fikir org seperti zuraida ni tidak layak berada dalam pakatan kerana sombong dan tidak pandai menghormati org lain.apa kau ingat jawatan mb tu pkr yg punya? bincang dan ckp elok2 la. saya pasti terdapat pemimpin yang tidak ikhlas dalam pkr dan mungkin juga dlm PAS.ALLAH maha mengetahuisegala2nya.akhirnya kita dpt kenal dan tahu sikap pemimpin

Anonymous said...

Bukan ke kekecohan ni berlaku bila ada blog blog PR dok provoke PAS untuk kerusi MB selepas PR13

Anonymous said...

sebabnya Lambat sangat umum sapa MB ni

Anonymous said...

Aku mula naik menyampah dengan perangai 2 ekor YB PKR yg x sedar diri. bercakap ikut dan x fikir dulu.
Saya harap 2 ekor ni akan tamat riwayat
dlm PRU 14. x leh simpan lama2 trouble maker

Anonymous said...

Apa-apa pun wahai YB sekelian, kenalah bersikap rendah diri. Hormatlah kepada perasaan pengundi-pengundi anda. Jangan bercakaran sesama sendiri. Kurang mulut celupar, ganas dan mulalah bekerja untuk pengundi yang mengundi anda. Jangan sombong kerana ingatlah, kenikmatan kemenangan YB sekelian dalam PRU13 yang lalu atas belas ehsan Allah setelah semua jentera berusaha, doa dan tawakkal. Maka Insafilah diri. Fikir2kan lah.

Anonymous said...

Sibuk sangat pasal siapa jadi MB.
Tolonglah fikir:
1. Apa yang PR nak bagi pada rakyaat selepas berjaya di Selangor. Rakyaat Selangor sedang memerhati PR. Sekiranya Negeri di bawah PR tidak ada beza dengan Negeri di bawah BN dari segi kemudahan. Apakah harus sokongan ini diteruskan. Rebut jawatan tak habis-habis.
2. Tunjukkan perbezaan kebajikan pada rakyaat di bawah Negeri PR lebih baik dari Negeri di bawah BN.

Ikhlas: Yusnee

ras abu said...

Kekuatan PKR terletak diatas kewibawaan Anwar Ibrahim dan kekuatan Anwar Ibrahim terletak diatas sokongan PAS dan DAP.

INGAT Azmin Ali dan Zuraidah - sokongan rakyat jangan dipermainkan dengan isu peribadi dalam parti yang kini memberi pesepsi Azmin Ali terlalu tamakkan jawatan dan kuasa.

Rakyat kini berkuasa atas PR (PKR) dan jika perlu kami akan adakan bantahan ramai menyingkirkan kamu berdua dari PKR kerana memberi masaalah bukab sahaja kepada PKR tetapi juga kepada PAS dan DAP.

Anonymous said...

mereka sudah naik tochang

Anonymous said...

jawatan itu amanah, rasa diri tu hebat agaknya yang berebut jawatan.....

ras abu said...

Nampaknya kepercayaan rakyat kepada PKR (PR) sudah dikhianati oleh Azmin dan Zuraida.

Kita lihat perkembangan seterusnya dan kalau perlu kita ajak rakyat berhimpun dipejabat PKR minta kedua mereka dihumbankan dari PKR.

baru dia tahu siapa yang berkuasa.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung