Nuffnang

Thursday, May 9, 2013

Lebih 20,000 sambut Tuan Guru Hadi Awang Di Terengganu

(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat." Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13. Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

Serentak dengan himpunan di Rusila adalah himpunan di Stadium Kelana Jaya dimana lebih 150,000 penuh sesak luar dan dalam stadium itu. (Lebih 150,000 orang memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya)

Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya NKVE penuh sesak dengan kenderaan yang menuju ke stadium itu sehingga ke tengah malam tadi.  Pemimpin utama dari Pakatan Rakyat memberikan ucapan di himpunan itu.
Ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Rusila itu memberikan harapan khas kepada golongan muda yang banyak memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kali ini.
Di Terengganu, PAS mendapat 15 kerusi DUN kurang dua kerusi di belakang BN yang mendapat 17 kerusi.

Kerusi Parlimen pula sama banyak iaitu empat untuk PAS dan empat lagi untuk BN.
Malam tadi semua wakil rakyat yang baru terpilih diperkenalkan kepada orang ramai yang hadir.




Turut serta adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang menyertai PAS sebelum pilihan raya baru-baru ini.

5 comments:

Anonymous said...

DiTerangganu lebih 20K, KL lebih 100K berkumpul. Kalau 20% org Islam dari jumlah kesemua tak kurang 24K.. Nape yg Islam xberkumpul utk sembahyang hajat pada SPR dari Pengurusi hingga kakitangannya yg penipu ditimpa balasan agar menjadi iktibar pada semua.

Anonymous said...

kepada anonymous yang komen diatas.. berpada sikit jika mahu menghukum orang.. aku pun petugas SPR semasa PRU itu hari.. & aku juga penyokong PR.. sepanjang kami menjalankan tugas kami turut memantau jika ada penipuan seperti yang disebut.. jika petugas yang setia kepada PR didalam sana bagaimana pula pemimpin PR dapat maklumat bahawa ada penipuan..? kalau semua kakitangan didoakan keburukan bagaimana pula kami yang berkerja dengan ikhlas demi rakyat & negara ini..? lain kali tulislah doakan keburukan kepada mereka yang berlaku khianat.. marah, marah juga.. tapi fikirkan orang lain sekali..

Anonymous said...

*
kepada anonymous yang komen diatas.. berpada sikit jika mahu menghukum orang.. aku pun petugas SPR semasa PRU itu hari.. & aku juga penyokong PR.. sepanjang kami menjalankan tugas kami turut memantau jika ada penipuan seperti yang disebut.. jika petugas yang setia kepada PR tiada didalam sana bagaimana pula pemimpin PR dapat maklumat bahawa ada penipuan..? kalau semua kakitangan didoakan keburukan bagaimana pula dengan kami yang berkerja dengan ikhlas demi rakyat & negara ini..? lain kali tulislah doakan keburukan kepada mereka yang berlaku khianat.. marah, marah juga.. tapi fikirkan orang lain sekali..

Anonymous said...

Hoi petugas SPR.!!! rakyat yang korang aniaya semua ni rakyat negara ko sendiri tau....pura-pura baik konon....ko dan semua suku sakat ko...boleh bersorak gembira sokong BN....konon jadi penyokong PR...potong la %&^%&*& ko sekali lagi...

Anonymous said...

Kenapa takut orang nak doakan keburukan....? takut kena bala?....untuk pengetahuan korang yang melakukan penipuan pilihanraya , penyokong UMNOBN semua....memang negara Malaysia ni dah ditimpa bala pun. Bala tu tertimpa bukan untuk yang jahat sahaja...tapi keseluruhan. Antaranya...malapetaka, cukai tinggi, pendapatan rendah, kuasa beli menurun, ekonomi gawat...ini adalah sebahagian yang kita alamai sejak 1998 lagi....dan bagi yg mengundi untuk BN-UMNO, dan yang tak endahkan hak sendiri untuk pergi mengundi...harap kalian semua boleh prepare untuk semua BALA-BALA ini sampai dengan lebih banyak.....cuma Si BALA jer yg dah settle...huhuhuh pasal dia dah dijemput mengadap Rabbul Jalil...amaran aku kat korang yg sokong kerajaan zalim...! korang tunggu lah balasan yang akan menimpa kamu....dan ingat anak cucu cicit kamu nanti pasti akan ludah kubur kamu!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung