Nuffnang

Saturday, May 25, 2013

Tu Baru Menang Bukit Katil ..Ketua AMK Tibai dah Presiden PAS..Otang PAS velum Tibai Hang Lagi ni



AMK selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13



PETALING JAYA, 24 Mei — Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.



“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini.





Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

“Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus “Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto,” kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh

AMK turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik KEADILAN, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya lagi.

Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

Di dalam dewan tempat dimana kongres AMK berlangsung, kelihatan sepanduk digantung berbunyi,” Tahniah bro Sam! From a humble leader to a giant killer!”.
Sebenarnya banyak kawasan PKR kekurangam  cawangan, sesetengah Kawasan hanya terdapat 1 cawangan sahaja..banyak tempat PAS yang membantu..gunalah saluran yang betul..bukan media bro..


Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

19 comments:

Anonymous said...

Syamsul ni kena ingat dia menang Bkt Katil dengan sokongan PAS.
Benda dah selesai jangan diungkit. Ada beberapa kerat dalam PKR ni lebih sudu dari kuah. Kalau tak kerana Anwar PKR ni pun tak ada. Dan banyak yang dah tak laku dalam UMNO masuk PKR.
Kalau beberapa kerat PKR ni nak tunjuk kuat bila masa PRU nanti nak tengok kalau PKR bertanding boleh bawak penyokong sendiri.
Sesetengah mereka ni tak sedar PKR hidup kerana Anwar. Dan ramai yang bantu PKR kerana Anwar. Apa wadah perjuangan PKR sebenar? Kalau mereka ni betul2 perjuang apa yang dicakap sekarang kenapa dok dalam UMNO dulu?

Anonymous said...

betul tu Bro diatas...AMK ni lagak je lebih...kena hormat dan terima pandangan orang sama

Anonymous said...

Usahlah kaduk naik junjung. Ingat di Perak PRU 12? Siapa bantu tumbangkan kerajaan rakyat? Kamu menang dgn jentera PKR saja?

Malaysiabaru said...

salam

kerana sokongan kuat org bukan melayu ... pas boleh tumpang sekole... tapi dek perangai dengki nk kerusi lebih maka allah bagi pengajaran utk pazzz kalah di pulai ... kedah ... wp ... dan di semua 88 kampung di malaysia paz kalah hilang deposit lagiii..

org tegur terima laaa paz pizz puzzz... supaya pru 14 pak lebai tak ulangi politik kopiah bodo ...

nak melenting pulak.... udah .. jgn kita harapkn paz dgn 1juta ahli yg tak berkualiti tu ..

tak de sekor pun org pencen masyuk paz menang parlimen.. di pihak pkr org pencen menang di 2 parlimen

pakatan pkr dn dap jgn hrpkn Paz ... lagi siapkan anggota sendiri utk ganti pazz dan umnoo

XUMNO said...

Takkan Hj Hadi nak hebah calon2 PKR yang terlibat. Itu bukan cara Pas atau cara Islam mengaibkan orang dikhalayak ramai. Kanapa Syamsul atau AMK pergi jumpa TGHj Hadi dapatkan butir2 secara tertutup. Kalau tak ada bukti takkan TG HJHadi berani bercakap begitu. Dan sekali lagi diingatkan kepada ahli2 dan pemimpin2 Keadilan. Jangan guris hati ahli2 Pas.Dalam dua pilihanraya umum ini ahli Pas telah bertungkus lumus membantu PKR. Markas2 Pas sudah wujud hampir di seluruh Semenanjung sejak sekian lama dan banyak kerja2 kempen digerakkan oleh petugas2 Pas tapa henti. Minta maaflah kalau dikatakan cabang2 PKR amat kurang dan cuma menempel apabila program kempen diadakan. Benar seperti kata Anom 10:13, PKR bernafas kerana Anwar. Rakyat sayangkan Anwar, itu saja. Belajarlah dari pemimpin2 Pas cara berhemah.

Anonymous said...

Cakap banyak pun tak guna la...
Kalau dah dari keturunan UMNO, DNA dia tak kan pupus.

Anonymous said...

Elok lah tu..bercakaran sama sendiri. Agaknya kalau PR dpt tawan Putrajaya ari tu, lg lah kecoh agaknya. Rupa2 nya ada hikmah juga PR tak dpt jadi Kerajaan..belum apa2 dah nak kecoh2. Tgk lah DAP tu, cool je kan?...kah3.

Anonymous said...

Aku tak nafikan peranan PAS dalam membantu kemenangan PAKATAN. Tapi, yg aku tak setuju, preseden PAS telah menjatuhkan maruah calun di khalayak umum. Memang baik langkah yang di ambil oleh PAS cuba meletakkan calun kerana konon takut2 calun PKR tak datang semasa pencalunan. tAPI, itu bukanlah alasan untuk menjatuh maruah calun rakan PAKATAN. Ini semua sedikit sebanyak telah melemahkan pengundi untuk mengundi calun PAKATAN. Selain itu aku juga tak setuju dgn tindakan calun2 PAS yang telah diberitahu bahawa kawasn betindih itu telah dipersetujui untuk ditandingi oleh PKR, tetapi masih berdegil meletakkan dan melobi calun PAS. Banyak undi yang rosak dan undi yang sia2. Sepatutnya PKR yg mewakili PAKATAN boleh menang tetapi disebabkan oleh kedegilan PAS, maka, calun PKR KALAH di situ. PAS tidak menghormati kawan dan hasrat rakyat untuk menumbangkan BN. PAS lebih mementing diri di saat2 akhir sehingga semuanya rugi. Lebih 4 tahun rakyat inginkan perubahan, tetapi, dgn satu hari sahaja hasrat rakyat terkubur disebabkan oleh kerakusan kuasa PAS.
Hancur terus harapan kami rakyat yg inginkan perubahan.

Salam dari Anak Muda PAS...utk pemimpin2 PAS.

Anonymous said...

komen malaysiabaru tu sama bahlol dgn ketua amk tu...

Anonymous said...

Malaysiabaru tu macai..kasi hangat punya kaki..cit pooodah...macai detected.

Anonymous said...

Apa pun bro2 ..ini semua sebagai PENGAJIAN kItA masa hadapan..

Anonymous said...

Ingat PAS adalah parti tertua di Malaysia.Mulut tu jangan CELUPAR SANGAT. Ahli-ahli PAS kebanyakkannya telah ditarbiahkan oleh PARTI.PKR parti baru setahun jagung.Kehebatan kamu hanya pada ANWAR.Kamu belum diuji tanpa kehadiran Anwar.TUNGGU DAN LIHAT.

Anonymous said...

SATU tindakan kurang cerdik..lepas piliharaya ini ramai la puak2 PKR dabik dada mereka lah yg paling kuat..kalau kalah tu sebab PAS..mereka lupa muhasabah diri..tgk kelemahan sebab apa allah belum beri kemenangan..kerja tak seberapa nak harap kemenangan camner..hanya gah di atas ceramah besar2 tapi ada mereka masuk ke kg2..jentera pilihanraya amat lemah..perangai umno masih ada (tunggu duit)..so AMK jgnlah berlagak..buat kerja..jgn bagi umnoo masuk daun nak pecahkan PR..KALAU TAK FAHAM JUGAK.. NASIB KAU LA..kepada ahli PAS kuatkan tarbiyah, ukwah dan teruskan dakwah.

Anonymous said...

Yes ..Amoy.8:29..orang PKR tak sedar diri..dulu masa Anwar Kena Bujang dari UMNO ..Dato Fazil Noor yang Ambil..baca pusing Malaysia..bila..dapat Selangor Berlahak macam Negeri PKR..Walhal kerusi depa pun Jatuh..Orang PKR Kena MUhasabah..term ask Puan Zuraida Sekali..kami PAS macam ni sampai bila2.. PKR jangan BUAT Hal..aku tak pi KL HARI ni keluar dgn PKR

Anonymous said...

saya penyokong tegar PR. jadi buat syeikh Syamsul bukit katil, hang jangan dok gatai dok bagi komen2 yg boleh menjatuhkan maruah orang lain tambah2 lagi orang itu adalah TGHH. Orang kemetot mcm hang kira nasib baik saja menang di Bukit Katil. Kalau PR letak calon lain pun boleh menang laa...Jangan bongkak dan angkuh...lain kali kalau nak cakap apapun tanya sama hati dulu...

Bukan Pencacai BN said...

Dia cakap tu ade betul jugak .. Pemimpin ke ,Tok guru, ustaz ke ke still manusia juga.. bukan masum terkecuali dari silap.lagi satu dalam PR ni masih ade yang tak kena dan perlu perbetulkan sebelum PR14.. Paling sedihnya, kebanyakan yang buat hal dan statement bodoh adalah dari PR andalah Melayu Islam sendiri..

Lagi satu jangan lupa ..turun KL pagi ni

Anonymous said...

Apabila yg dituduh jual pil kuda, tayang gbr Staki/Lenin mencabar TGHA tunujk bukti spai skrang x terjawab...

PAS ni kadang2 syok sendiri, ingat boleh menang tanpa sokongan parti lain.. Ingat org Cina blh terima presiden pas jadi PM?

Parti mana yg buat rundingan dalam gelap untuk kerajaan perpanduan 2008 ? Bukan pengkhianatan namanya?

Anonymous said...

Aku kena fikir semula nak sokong parti mana dlm PRU akan datang..tapi yg pastinya bukan lagi PAS atau PKR. Kamu semua bikin malu saja..kemaruk kuasa tak tentu hala. Syukur kerana Putrajaya terselamat drp kecelaruan kamu walaupun puak yg tawan Putrajaya tu lebih kurang kamu juga. Perjuangan yang haprak yang hanya menggunakan rakyat bawahan utk kepentingan diri sendiri. Aku bukan ahli mana2 parti politik, tapi aku rakyat Msia yang inginkan pemimpin yang jujur ikhlas.

Anonymous said...

sokong anon 2.42...apa ingat malaysia ni yg jd 'pemimpin' 2 punya ka? Nk Bntah, bantah jg, Yg dh menang 2 buat keje, lu punya gaji pemimpin udah jln, jgn lupa kewajipan 2. Lau kat kawasan aku, Aku xpduli hg pemimpin parti apa, buat yg BENAR, aku sokong, buat SALAH, aku ludah. Wasalam la nk dpt undi aku lg...ha3

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung