Nuffnang

Wednesday, June 26, 2013

ADUN Kuala Besut meninggal dunia.. Bakal Piliharaya Kecil


Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan Berita Harian online menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu.

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI

1 comment:

ZIRAHNAMIA said...

takziah diucapkan...

Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung