"KUCING KURAP": PKR P.PINANG BIDAS KETUA STAFF KM, TUNTUT MAAF
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The Star pada 20 November 2013 muka surat 6 (Nation) yang bertajuk ”MP gunning for council chief”
Kenyataan YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong yang mengesa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Ar. Patahiyah Ismail meletakan jawatan sekiranya beliau tidak lebih baik daripada YDP MPPP terdahulu adalah kasar dan tidak mencerminkan keseluruhan pendirian gabungan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Pihak kami juga berpandangan sesuatu teguran kepada penjawat awam hendaklah disampaikan melalui saluran yang betul dan hendaklah dengan cara yang berhemah. Justeru, tindakan YB Jeff Ooi menegur di media secara terbuka adalah tidak wajar dan tidak mencerminkan sifat profesional sebagai seorang ahli parlimen.
Penggunaan kata-kata kesat seperti ”kucing kurap” juga tidak sesuai dan sangat tidak wajar diungkapkan oleh seorang Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri. Penggunaan kata-kata kesat terhadap kakitangan awam adalah tidak selari dengan sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sentiasa memperkasakan dan menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan awam.
Tindakan YB Jeff Ooi ini juga telah menyulitkan urusan kerajaan kerana akan menwujudkan persepsi yang buruk kakitangan awam terhadap pimpinan kerajaan. Adalah wajar untuk YB Jeff Ooi memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu bagi menjernihkan keadaan ini.
Sekian,
Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ OTHMAN
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang
Ahli Parlimen Nibong Tebal
TARIKH: 21 NOVEMBER 2013
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Gambar Dari Google... PENGLIBATAN aktres Fasha Sandha dalam dunia seni baru menjangkau usia enam tahun, tetapi boleh dikatakan dia merupakan...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Kami Tolak Mat Sabu, Mujahid SEBERANG JAYA: PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk be...
-
Spageti ada kaki lipas: Pensyarah dibayar RM55,000 16/03/2012 8:59pm PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusa...

No comments:
Post a Comment