Nuffnang

Saturday, November 30, 2013

Sah !!! Utz Mohamad Kazim Elias .Sah Dilantik Sebagai MT UMNO ?



Penceramah agama popular Ustaz Mohamad Kazim Elias antara antara sembilan orang yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Lantikan ini adalah sebagai tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini. Sah menjadi MT UMNO Dalam Berita TV 9 malam ini.

PUTRAJAYA - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.




Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim.

Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno.

"Pelantikan mereka adalah berdasarkan pengalaman mereka yang boleh memberi input yang baik kepada parti dan akan bergerak bersama 25 MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan parti bulan lepas," katanya. 

Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka hari ini dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini.

"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan. Mereka akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi selepas Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada malam 4 Disember ini," katanya.

Photo: Penceramah agama popular Ustaz Mohamad Kazim Elias antara antara sembilan orang yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Lantikan ini adalah sebagai tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini.

4 comments:

Anonymous said...

Telah diduga Dalam ceramah ya..mengkritik pr semedang

Anonymous said...

Telah diduga Dalam ceramah ya..mengkritik pr semedang

Anonymous said...

Telah diduga Dalam ceramah ya..mengkritik pr semedang

Unknown said...

SEMAKIN TERUK NEGARA MALAYSIA PADA HARI INI, SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN SEDANG MENCARI PELUANG UNTUK MENGISI POKET DAN MEMBUNCITKAN PERUT MEREKA DAN KELUARGA MEREKA SENDIRI, RAKYAT BAWAHAN SEMAKIN TERBEBAN DENGAN PELBAGAI KESUSAHAN DAN KENAIKAN KOS KEHIDUPAN... PEMIMPIN UMNO & PAS SEMAKIN TAKUT DAN MASING2 NAK JAGA HATI PELAMPAU CINA & INDIA (DAP, PAP & PKR) SERTA GOLONGAN KAFIR LAKNATULLAH.... OLEH ITU, BERSATULAH WAHAI MELAYU ISLAM.... KERANA MALAYSIA SEDANG MENJEJAKI LANGKAH PALESTIN???
http://empayarkumim.blogspot.com/

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung