Nuffnang

Friday, November 15, 2013

Perghh..Restoran Kotor " Restoran “Nasi Ganja” di Ipoh diarah tutup dua minggu

Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.
Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.
Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.
Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. - Bernama, 14 November, 2013.

2 comments:

fazaira said...

kahkahkah... akhirnya kena jugak mamak padukang ni lagi, dulu mase era 70an-80an meletup kari dia bubuh ganja tu sebab dpt nama nasik ganja skang ni lebih terok lagi, bubuh taik orang pulak... patut ler makin benak rakyat ipoh dan sape jugak yg makan d kedai dia... hampehhh!!!! Dulu aku jugak dah terkena sib baik Allah pelihara aku dan aku dah tak berapa selera nak makan kat situ... tui tui tuiii...

matdondang said...

Melayu juga yg bodo mamak meniaga kaya raya melayu meniaga miskin papa sebab melayu bebal banyak sangat makan kari mamak.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung