6 Gambar Ngeri Pelancong Jerman Maut Terjatuh Di Gunung Kinabalu
6 Gambar Ngeri Pelancong Jerman Maut Terjatuh Di Gunung Kinabalu | Seorang pelancong wanita warga Jerman maut selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu di Ranau, yang ketinggiannyamencecah 4,095 meter dari aras laut. Difahamkan ketika kejadian pada 6 pagi semalam, mangsa, Victoria Paulsen, 22, bersama rakan-rakannya sedang menunggu matahari terbit di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata mangsa yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China itu dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai ‘Low Peak’ pada ketinggian dianggarkan 30 meter.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat dilakukan pihak Taman-Taman Sabah sebaik laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada kira-kira pukul 7 pagi.
“Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Thomas Yussopberkata mangsa dipercayai berada di luar kawasan garisan selamat untuk mengambil gambar matahari terbit.
“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan kaki dan punca kejadian sebenar masih disiasat, ” katanya. Gunung Kinabalu merupakan gunung kelima tertinggi di Asia.
4 comments:
sunggoh mengerikan
pergh mmg patah riuk la weii tulang2...ngeri2
sayang betul awek tu lawa.
kaalu jumpa hamba hari tu boleh di islam kan jd pasangan hamba... takde lah buat keje gila panjat gunung tu.
dh takdir dia lah
kesian dia belum islam lagi sebelum mulakan espidisi kena berlatih dulu rekrut ke
Post a Comment